Friday, 23 January 2015

9.5.14 @ Hari ke-300 di ICU

"..hari ni genap 300 hari bersamaan 10 bulan, Muhammad Solehuddin di wad ICU..sehingga sekarang, keadaan Muhammad Solehuddin tidak banyak perubahannya..namun, kami tetap bersyukur..sebab dia masih bersama kami..dan apa yang paling penting, dah lama kami tidak menempuhi saat-saat sukar melihat Muhammad Solehuddin berada dalam keadaan kritikal.."

"..sejak tragedi perbuatan pihak Hospital yang membuat aku trauma, aku nekad ingin membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..setiap hari terngiang-ngiang di telinga ku, kata-kata Pengarah Hospital itu..["..semua tu, tanda protes saja..buktinya, anak Puan masih selamat sehingga sekarang..nak tak nak, Puan kena terima..sebab anak Puan di hospital kami..Puan boleh bersedia bawa balik anak Puan, sebab dah tak der apa yang pihak Hospital boleh buat..kat sini pun, kami cuma membantu untuk proses 'nursing-care' Muhammad Solehuddin sahaja"]..protes apa ke halnya, sampai mempertaruhkan nyawa anak aku..aku sebagai penjawat awam, macam mengemis simpati Hospital Kerajaan..inikah nasib penjawat awam? tak der langsung hak nak bersuara, nak buat aduan pasal salah laku Jururawat, Doktor di Hospital Kerajaan..bila buat aduan pun, diambil tak endah sahaja..kesalahan kita pula, yang dicari..begitu sukar untuk meluahkan masalah, apatah lagi untuk aku meminta sedikit pengertian & simpati tentang perasaan ini..agaknya, inilah nasib & hakikat yang perlu diterima pesakit & ahli keluarga yang terpaksa tinggal di Hospital Kerajaan.."

"..bersusah-payah aku melengkapkan semua dokumen, berhubung dengan syarikat-syarikat yang berkenaan dan berulang alik Kementerian Kesihatan..semuanya aku lakukan sendiri..semata-mata mempercepatkan lagi proses ini..aku tidak bergantung dengan Jabatan..semua dokumen aku serah dengan tanganku sendiri, kuiri aku terima dan hantar dengan tangan sendiri, begitu jugalah akhirnya kelulusan..sebelum ni, aku dengar sehingga berbulan-bulan lamanya KKM mengambil masa..tapi, Alhamdulillah..pada pertengahan bulan April yang lalu, kelulusan telah pun diperolehi bagi bantuan pembelian peralatan perubatan Muhammad Solehuddin yang berjumlah hampir RM60 ribu..Jabatan aku pun, dah mengeluarkan Pesanan Kerajaan bagi pembelian ini..aku masih meneruskan usahaku, dengan setiap hari aku susul dengan pihak syarikat, berkenaan proses perolehan ini..aku merayu, mohon dipercepatkan..Alhamdulillah, semalam aku terima berita gembira daripada syarikat berkenaan..shipment dari United State of America (US) dah tiba..InsyaAllah, aku akan dihubungi semula bagi temujanji untuk penghantaran ke Hospital & latihan penggunaan semua peralatan perubatan tersebut.."

"..bagaikan hilang separuh beban dalam hatiku..sekarang ni, tiada lain yang aku fikirkan..kami suami isteri dah bersetuju..pendirian kami sekarang, bawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..InsyaAllah, kami nak ikhtiar cara lain pula..kami yakin Muhammad Solehuddin akan bertambah sihat dengan jagaan sepenuhnya, perhatian, sentuhan dan belaian kasih sayang kami berdua..setiap anak yang sakit, perlukan perhatian ibu & ayahnya..itu semua, kami tidak dapat lakukan di Hospital..semuanya terbatas bagi kami..ini tak boleh, itu tak boleh..semuanya serba tidak kena..terus-terang, selama 10 bulan ini..aku sebagai ibu, telah memendam rasa yang cukup mendalam..aku ingin membelai anakku sepenuhnya..aku ingin memeluk, mendakap, memandikan, mendukung, mengusap dan membelai Muhammad Solehuddin dengan tangan aku sendiri..tanpa ada yang menghalangnya.."

"..dengan keadaan aku sekarang yang kurang mengizinkan, untuk aku berulang alik ke Hospital setiap hari..hati ini terasa lebih berat untuk berjauhan dengan Muhammad Solehuddin..di tiap hari aku tidak dapat menziarahinya, hati ini sangat sedih..apapun terjadi, selewat-lewatnya pada hujung bulan ini, kami akan bawa pulang Muhammad Solehuddin..semoga segala niat, ikhtiar & usaha kami ini diredhai & diberkati oleh Allah swt..Aamiiin.."

0 comments :

Post a Comment