Friday, 23 January 2015
“..biar sebesar mana kedukaan kami, biar seberat mana ujian yang kami lalui..anak ini berhak untuk gembira..walau hanya dengan sebiji kek di hari ulang tahun kelahirannya..kerana dia telah menjadi anak yang sangat baik, penyayang, prihatin, matang & bertanggungjawab..kerana dialah penghapus air mata & penawar kelukaan kami..kalaulah aku tak dapat meraikannya lagi bersamanya di tahun hadapan, aku harap biarlah sambutan kali ini menjadi kenangan yang abadi dalam hidupnya..Mama sayang Luqman, sangat-sangat..Mama ampunkan dosa-dosa Luqman, Mama halalkan makan minum Luqman, Dunia & Akhirat..semoga Allah swt sentiasa menjaga & menyayangi Luqman, walau nanti Mama tiada lagi di Dunia ini..”
“..Selamat Hari Lahir yang ke-6 tahun, anakku Muhammad Luqman Izzuddin..semoga menjadi anak yang soleh, diberkati umur, dimurahkan rezeki, bahagia Dunia & Akhirat..Aamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment