Showing posts with label Usaha Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Usaha Rezeki. Show all posts
Tuesday, 14 April 2015
“...BISMILLAHHIRROHMAANIRROHIIM..”
“..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..”
“..ALHAMDULILLAH..hari ini, sempurna sudah hajat Mama untuk menyiapkan blog berkaitan usaha Mama & Abah mencari rezeqi yang halal bagi menyara kehidupan kami sekeluarga serta mengumpul dana untuk perbelanjaan penjagaan rapi 'anak syurga' kami Muhammad Solehuddin di rumah termasuk pembelian item-item ‘disposeable’, bil elektrik yang tinggi kerana penggunaan mesin/ kelengkapan yang bersifat 'high-voltage' serta perlu beroperasi hampir 24 jam sehari, isian semula tangki oksigen & usaha mendapatkan rawatan alternatif bagi membantu perkembangan Muhammad Solehuddin.."
“..dengan penuh rasa syukur & rendah diri, Mama ingin memperkenalkan Blog ‘Rezeqi Soleh’..blog ini mengandungi informasi perniagaan produk QASEH GOLD, ANA EDAR, TAMAR COCOA, AL HADDAD, MINI CATERING REZEQI SOLEH & SIMKAD TUNETALK TONE EXCEL..”
"..Terima Kasih atas pembelian anda..kami doakan semoga dimurahkan rezeki & beroleh ganjaran pahala kebaikan daripada Allah swt.."
“..semoga usaha kami ini diberkati oleh Allah swt serta mendapat sokongan daripada saudara & sahabat semua..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
DOA UNTUK SOLEH
“..SyafakAllah..Ya Muhammad Solehuddin bin Noraaini..”
BLOG KISAH SOLEH
BLOG REZEQI SOLEH
Friday, 20 February 2015
Tone Excel Bersama Noraaini Saaidin
BISMILLAHHIROHMANIRROHIIM
"..ALHAMDULILLAH..setelah sekian lama Mama berusaha mengkaji, mengumpul material & maklumat berkenaan perniagaan yang telah Mama & Abah sertai hampir 2 bulan..akhirnya, hari ini dengan rasminya..Mama ingin berkongsi Blog ‘Tone Excel Bersama Noraaini Saaidin’ yang InsyaAllah lengkap & memberi kemudahan rujukan kepada mereka yang berminat menyertai Mama dalam perniagaan ini..perkara yang baik, biarlah dikongsi bersama..sama-sama kita tolong-menolong memperbaiki taraf kehidupan masing-masing..berusahalah untuk mencari rezeki yang halal demi keluarga yang tercinta..dengan mengambil iktibar daripada riwayat yang ada menyatakan : sesungguhnya 9/10 daripada rezeki itu, ada dalam perniagaan..semoga kita semua berjaya..InsyaAllah..”
7 sebab Mama memilih Perniagaan 'Tone Excel'
- Mudah
- Modal Kecil
- Pulangan Bulanan
- Syarikat Kukuh
- Adil, Bersih & Telus
- Pendapatan Pasif & Berterusan
- Santai & Sambilan
Kepada semua rakan-rakan yang berminat untuk menyertai Mama dalam perniagaan ini,
Sila layari Blog
www.toneexcelnoraaini.blogspot.com
www.toneexcelnoraaini.blogspot.com
Call/ SMS/ Whatsapp
012-3065085
Kata-kata Hikmah Prof. Dr Hamka :
“..Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba..datang tidak menentu masa..datang di saat kita kesempitan atau kesusahan..Nilailah peluang itu secara bijaksana..rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba..Jangan jadikan seribu alasan untuk TIDAK merebut peluang yang besar itu..”
Thursday, 29 January 2015
Ejen Produk - Tamar Cocoa
“..Alhamdulillah..kebelakangan ini, ramai yang tawarkan bantuan peluang mencari pendapatan sampingan atau perniagaan pada Mama Soleh..walaupun bukan dari segi kewangan..Mama Soleh tetap bersyukur & berterima kasih..tapi, mungkin ramai yang masih belum faham keadaan Mama Soleh sekeluarga..kami tak mampu nak sertai peluang mencari pendapatan sampingan atau perniagaan yang melibatkan modal..kami tak ada langsung sumber kewangan untuk dijadikan modal..habis semua simpanan, digunakan untuk perbelanjaan penjagaan rapi Muhammad Solehuddin..malah, kami masih ada tunggakkan bil elektrik yang sangat parah, hutang pada kawan & keluarga yang masih belum dijelaskan..jadi, Mama Soleh harap sangat jangan buat Mama Soleh berharap & akhirnya kecewa..terangkan sejujurnya & sejelasnya sedari awal, peluang perniagaan atau pendapatan sampingan yang dimaksudkan..jangan, bila dah berjumpa & bercerita panjang lebar, dihujungnya barulah diterangkan Mama Soleh perlu melabur atau mengeluarkan modal, apatah lagi ada yang memerlukan sehingga nilai ribuan ringgit..hanya Allah swt yang Maha Mengetahui perasaan Mama Soleh..terusik perasaan Mama Soleh, serasa dipermainkan pula.. Mama Soleh tahu, tak patut Mama Soleh berprasangka..tapi, Mama Soleh tak nak jadi hipokrit..itu sebenarnya, yang bermain di hati & fikiran Mama Soleh..jangan risau, biar apapun niat kalian..Mama Soleh maafkan..mungkin, kalian memang ikhlas..tapi, kalian tak berada dalam situasi Mama Soleh untuk betul-betul memahami keadaan kami sekeluarga..justeru, kalian mungkin tersalah percaturan..”
“..namun, ada juga mereka yang memahami..ada yang cadangkan Mama Soleh menjadi ejen produk..Alhamdulillah, akhirnya Mama Soleh dapat peluang menjadi ejen produk Tamar Cocoa..Mama Soleh tak perlukan modal..Mama Soleh hanya perlu menjadi ahli & mendapat komisyen daripada hasil penjualan..walaupun komisyennya sedikit sahaja, Mama Soleh tetap bersyukur..sedikit-sedikit, lama menjadi bukit..Alhamdulillah..Mama Soleh pun memang suka minum Tamar Cocoa, selain kerana banyak khasiatnya, Mama Soleh minum sebagai milkbooster..walaupun Adik Hafiz dah tak nak menyusu badan, Mama Soleh masih berupaya perah susu..daripada dulu Mama Soleh memang jenis kurang susu badan, tapi dengan mengamalkan Tamar Cocoa, susu Mama Soleh masih ada..walaupun tak banyak sangat, tapi Mama Soleh tetap gembira..sekurang-kurangnya masih ada..susu ini, Mama Soleh berikan pada Soleh dan Adik Hafiz..harap-harap, dapat juga jadi antibodi untuk anak-anak Mama Soleh..InsyaAllah..”
“..kalau ada kawan-kawan, keluarga atau rakan-rakan yang juga penggemar Tamar Cocoa yang selama ini beli di kedai runcit atau gerai jualan, mulai sekarang bolehlah mula beli daripada Mama Soleh pula yer..Mama Soleh jual Cash On Delivery (COD) area Bandar Baru Bangi/ Bangi/ Kajang/ Putrajaya..kalau nak beli online pun boleh..tapi, untuk tujuan penghantaran ada tambah caj kurier..Mama Soleh doakan semoga dengan pembelian ini, Allah swt memberikan ganjaran pahala kebaikan beramal kepada kalian kerana dah menolong Mama Soleh sekeluarga..Aamiiin..”
Disini, Mama Soleh kongsikan kebaikan Tamar Cocoa, harga & cara pembelian :
Khasiat Kurma
- Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
- Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah
- Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
- Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi
Khasiat Koko
- Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
- Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
- Koko melambatkan proses penuaan
Tamar Cocoa
- Campuran Koko & Kurma
- Minuman yang berkhasiat & memberi tenaga
- Membantu proses tumbesaran kanak-kanak
- Menguatkan tulang
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal kerosakan sel & tisu
- Memiliki sifat anti stress & anti radang
- Mengurangkan masalah anemia
- Mengurangkan masalah kulit
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Meningkatkan imuniti tubuh
- Meningkatkan kecerdasan minda
- Meningkatkan daya tumpuan & ingatan
- Meningkatkan pengeluaran & kualiti susu ibu
Golongan Yang Perlu Mengamalkan Tamar Cocoa
- Ibu mengandung
- Ibu menyusukan anak sebagai penambah susu
- Anak-anak sekolah untuk merangsang minda
- Ibu bapa yang inginakan anak tidak mengantuk dalam kelas
- Penggemar minuman malt coklat
- Pencari alternative gantian Milo
3 packaging Tamar cocoa
Harga Tamar Cocoa
- Setiap packaging berharga RM22.00
- Jika anda inginkan Tamar Cocoa ini dipos terus kepada anda, sila tambah kos pengeposan sebanyak RM10.00
Kaedah Jualan Tamar Cocoa
- Cash On Delivery (COD) sekitar Bandar Baru Bangi/ Kajang/ Putrajaya
- waktu penghantaran 1.00 - 2.00 petang & selepas jam 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
- waktu penghantaran 8.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu-Ahad)
- Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak
- Whatsapp saya untuk menempah Tamar Cocoa, 012-3065085
Keahlian Al Haddad Marketing Sdn Bhd
Keistimewaan Keahlian Al Haddad Marketing Sdn Bhd
Pendaftaran Keahlian & Pembelian
Dengan setiap pembelian 1 pek Tamar Cocoa, anda layak secara automatik mendapat KEAHLIAN PERCUMA Al Haddad Marketing Sdn Bhd untuk menikmati harga ahli Tamar Cocoa dan produk-produk Al Haddad Marketing Sdn Bhd yang lain yang lebih murah berbanding harga pasaran serta pelbagai keistimewaan yang lain.
Nota : Post ini dikemaskini semula kerana perubahan harga Tamar Cocoa selepas GST mulai 1 April 2015
Info & Makluman Terkini
Sila layari blog www.rezeqisoleh.blogspot.com
Call/ SMS/ Whatsapp 012-3065085
Info & Makluman Terkini
Sila layari blog www.rezeqisoleh.blogspot.com
Call/ SMS/ Whatsapp 012-3065085
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


.jpg)









