Friday, 23 January 2015

Prosedur Penjagaan Rapi

Terdapat beberapa prosedur bagi Penjagaan Rapi Muhammad Solehuddin..walaupun Muhammad Solehuddin tinggal di rumah, prosedur penjagaan rapinya sama juga seperti di Hospital..dalam erti kata yang lain..kalau di Hospital, Muhammad Solehuddin tinggal di Unit Rawatan Rapi (ICU)..di rumah pun sama, Unit Rawatan Rapi juga cuma berbeza versi..tempat, di rumah bukan hospital..kami yang buat prosedur, bukan Doktor atau Jururawat..kami ibu & ayah ambil masa beberapa bulan untuk belajar..Alhamdulillah, kami dah lulus ujian Doktor agaknya..barulah kami dapat bawa balik Muhammad Solehuddin ke rumah..

Selepas entri ini, aku akan kongsikan beberapa artikel prosedur tersebut yang aku gunakan khidmat pakcik ‘google’.. pada ibu bapa di luar sana yang senasib dengan kami, yang mempunyai anak syurga yang keadaannya hampir sama dengan Muhammad Solehuddin & sedang berkira-kira untuk bawa balik anak ke rumah daripada Hospital dengan penjagaan rapi, bolehlah jadikan sebagai rujukan..yang lain-lain, boleh juga baca kalau nak memahami dan nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan penjagaan rapi..

Prosedur-prosedur yang dimaksudkan adalah Feeding, Feeding Tube Changing, Suctioning, Tracheostomy Cleaning & Tracheostomy Tube Changing, Rectal Wash-Out serta prosedur kecemasan Basic Life Support (BLS)..

Oleh kerana prosedur penjagaan rapi Muhammad Solehuddin sangat kompleks, kami telah mengambil inisiatif untuk merangka satu Jadual Catatan Harian bagi memudahkan proses penjagaannya.




0 comments :

Post a Comment