Friday, 23 January 2015
“..semalam, genaplah 44 hari aku berpantang..yang aku sendiri, tak dapat nak perakui samaada aku benar-benar berpantang..yang nyata, ramai wanita mendapat layanan VIP masa berpantang apatah lagi jika bersalin melalui pembedahan..tapi, dengan keadaan kami sekeluarga & ujian yang kami lalui, aku terpaksa self-in service..kalau nak sebut pasal jangan banyak bergerak..dengan menjaga diri sendiri nie, apa saja aku tak buat..menyapu, mengemas rumah, memasak, membasuh..bukan suami tak membantu..tapi, dia pun dah cuba semampu yang boleh..masa awal aku bersalin dulu & dalam bulan Ramadhan pula, dia dah macam nak pengsan aku tengok..kalau ada anugerah suami & bapa mithali, aku rasa dialah orang yang paling layak menerimanya..apa saja yang dia tak buat..bila aku dah sihat sikit, masanya untuk aku tolong dia pulak,.dia tak pernah suruh pun, cuma aku saja yang tak boleh tengok rumah tak terurus..lagipun dia sibuk dengan kerja, kursus, assignment, kelas tutorial & minggu nie pulak dah minggu dia exam di OUM..berulang ke Hospital Ampang, menjenguk anak tersayang, dah menjadi rutin setiap hari selepas dua minggu bersalin..bab menjaga makan dan minum pula..aku makan apa yang ada, mudah & sempat jer..ditambah dengan masalah susu aku yang kronik, aku terpaksa makan & minum apa saja yang doktor & jururawat nasihatkan untuk menambah susu aku walaupun ada sesetengahnya tidak digalakkan bagi ibu yang berpantang dalam kepercayaan masyarakat Melayu..air masak pun, kena minum sekurang-kurangnya 4 liter sehari..selain mengambil supplement seperti Shaklee..ada juga kawan-kawan yang tanya, “..tak sakitkah, tak ngilukah tempat luka caesar kau, bila kau banyak bergerak?..” sebenarnya aku makan ubat tahan sakit yang biuskan segala rasa sakit aku sehinggalah sekarang..luka kat luar, masih lembap..apa jadi kat dalam, aku tak tahu..aku tawakkal saja..aku terpaksa lakukan ini semua demi diri sendiri, keluarga & anak tersayang..InsyaAllah, aku sihat & tiada yang mudharat..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment