Friday, 23 January 2015
“..hari ni Muhammad Solehuddin dah berusia 150 hari @ genap 5 BULAN..dah lama kami tak bercerita tentang kami & dia di laman Facebook ini..bukan tak nak..tapi, BERAT sangat..atas permintaan kawan-kawan dan ramai sangat yang dah sering bertanya khabar, kami kumpulkan KEKUATAN untuk BERKONGSI dengan kalian cerita tentang anak kesayangan kami Muhammad Solehuddin dan juga kami..”
“..sebenarnya Muhammad Solehuddin dah DIPINDAHKAN ke wad ICU Hospital yang lebih dekat dengan rumah kami..sehingga sekarang, penyakit Muhammad Solehuddin masih gagal dikenalpasti dan disahkan..yang SEDIHNYA, ketika dia baru sahaja DUA (2) HARI dipindahkan ke sini..kami dah dapat CADANGAN yang berat sangat kami nak terima & buat KEPUTUSAN..doktor mencadangkan dia menjalani PEMBEDAHAN TRACHEA (TRACHEOSTOMY)..kata doktor, tak elok terlalu lama dia tinggal di wad apatah lagi dengan keadaan INTUBATED..doktor nak dia pulang CEPAT ke rumah..kata doktor, RUMAH lebih SELAMAT untuk dia dijaga..doktor cakap dah TAK ADA apa lagi ujian dan rawatan yang boleh dibuat untuk Muhammad Solehuddin..semua keputusan UJIAN adalah NORMAL..mungkin, sudah FITRAH kejadiannya..”
“..walaupun berat bagi kami untuk membuat keputusan..namun, kami terpaksa AKUR..semua rawatan dan ujian, telah kami usahakan..baik cara SAINS, AL-QURAN & ALTERNATIF..agaknya telah tersurat, inilah UJIAN Allah swt yang tetap harus kami jalani yang entah bila akan BERAKHIR..minggu lalu, Muhammad Solehuddin menjalani pembedahan TRACHEA (TRACHEOSTOMY)..ALHAMDULILLAH, pembedahan berjalan LANCAR & dia SELAMAT..”
“..proses permohonan BANTUAN pembelian PORTABLE VENTILATOR dan beberapa peralatan lain yang dikhabarkan hampir berjumlah RM80,000 sedang diuruskan dan kami berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan DILULUSKAN..disamping itu, kami perlu memikir & MERANCANG dengan sebaiknya..apa yang terbaik bagi Muhammad Solehuddin dan kami sekeluarga..yang pastinya menuntut PENGORBANAN besar dalam hidup kami..bermula dengan CUTI SEPARUH GAJI & CUTI TANPA GAJI secara BERGILIR-GILIR bagi menjalani LATIHAN di wad dan MENJAGA Muhammad Solehuddin di RUMAH..mungkin juga antara kami ada yang terpaksa BERHENTI kerja, jika keadaan Muhammad Solehuddin berterusan..menurut kata doktor, ada pesakit yang mengalami keadaan ini secara berterusan SEPANJANG HAYAT..ada pesakit yang selepas satu tempoh masa, hanya memerlukan bantuan alat pernafasan semasa TIDUR sahaja dan ada juga pesakit yang apabila semakin membesar, BERJAYA mengawal pernafasannya dan TIDAK lagi memerlukan bantuan alat pernafasan..semuanya terpulang kepada TAKDIR yang ditentukan oleh Allah swt..kami hanya mampu berdoa, semoga Muhammad Solehuddin akan berjaya MENGAWAL pernafasannya dan pulih dengan SEGERA..”
“..sehingga TAKDIR merubah segalanya, inilah bakal KEHIDUPAN yang kami lalui..hari-hari tanpa ke mana-mana lagi secara bersama @ SEKELUARGA..antara AKU & ABANG, seorang keluar seorang lagi di rumah..TIADA lagi aktiviti DI LUAR secara bersama-sama..apatah lagi BALIK KE KAMPUNG, jauh sekali..Muhammad Solehuddin hanya dibenarkan berada di RUMAH dan ke HOSPITAL sahaja..kerana PERALATANNYA tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya di mana-mana soket/ suis..hanya di tempat pihak Hospital telah membuat PEMERIKSAAN & DILULUSKAN sahaja..walaupun boleh DICAJ, ada risiko jika berada LAMA di luar..doktor pula akan selalu membuat lawatan ke rumah (HOME VISIT) bagi meninjau keadaan di rumah & Muhammad Solehuddin..minta maaf kalau selepas ini, kami TIDAK lagi SEPERTI DAHULU..semuanya TERBATAS untuk kami..kalau ada kawan-kawan dan ahli keluarga yang ingin melihat Muhammad Solehuddin dan BERZIARAH juga, kami terpaksa HADKAN..semuanya bagi MENGELAKKAN risiko berlakunya JANGKITAN KUMAN dan memberikan PENGUDARAAN yang baik kepada Muhammad Solehuddin..kami berharap kalian semua dapat MENGERTI keadaan kami..semoga ukhuwwah tetap dapat kita jalinkan dalam DOA, PANGGILAN, SMS, WHATSAPP, LINE, FACEBOOK..”
“..apa saja yang kami lalui kini, adalah ujian yang BESAR dalam hidup kami..kami sentiasa BERHARAP, ujian ini SEGERA berlalu..kerana segalanya begitu berat & tidak mudah bagi kami..semoga kalian dapat MENDOAKAN semoga kami sekeluarga diberi KEKUATAN, KESABARAN, KEMUDAHAN dalam MENGHARUNGI ujian ini..semoga Muhammad Solehuddin berjaya PULIH dengan segera..semoga kami SEKELUARGA dapat mengecapi kehidupan BAHAGIA di DUNIA & AKHIRAT..Aamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment