Friday, 23 January 2015

9.11.14 @ Hari Graduasi Abang Luqman

Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Serdang di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

"..Tahniah, anak Mama..tamat sudah alam persekolahan kecil mu..selepas ini, anak Mama akan menempuhi alam persekolahan yang lebih mencabar..semoga anak Mama telah bersedia dengan bekalan yang secukupnya.."

"..dari dulu, Mama & Abah yakin dengan keputusan kami menempatkan kamu di PASTI..Alhamdulillah, hari ini kami amat bersyukur & berbangga dengan hasil pendidikan yang kamu terima di PASTI..terima kasih, PASTI..terima kasih juga pada kamu, kerana tidak mengecewakan kami.."

"..sekadar ingatan buat kita semua..pertimbangkanlah pendidikan yang akan memberi kecemerlangan Dunia & Akhirat pada anak-anak kita..anak-anak adalah amanah Allah swt untuk kita & saham kita di hari Akhirat, kelak..dunia sekarang, terlalu mencabar..ramai anak-anak yang rosak akhlaknya..ramai juga, yang terpesong aqidahnya..biarpun cemerlang dalam akademik, ada yang akhirnya gagal dalam hidupnya..kerana ilmunya tidak dipandu dengan jati diri & keimanan..benar, iman & taqwa anugerah dari Allah swt..tetapi, sekurang-kurangnya sebagai hamba Allah, kita wajib berikhtiar melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita..InsyaAllah.."

















0 comments :

Post a Comment