Friday, 23 January 2015

14.2.14 @ Hari ke-216 di ICU

sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan & rahmat daripada Allah swt ini, kami ingin memohon jasa baik Saudara/ Saudari sekalian agar dapat mendoakan anak kesayangan kami Muhammad Solehuddin..


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Saudara/Saudari sekalian,

"..Anak kami Muhammad Solehuddin yang dilahirkan pada 9 Julai 2013 yang lalu, sehingga kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)..dia mempunyai masalah pernafasan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan..dia disahkan sebagai pesakit kronik yang mengalami 'hypoventilation' dan 'breath holding spell'.."

"..Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik saudara/saudari sekalian untuk sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami Muhammad Solehuddin..jika ada solat Hajat dan bacaan Yaasin dibuat di rumah/pejabat/surau/masjid, mohon kalian dapat doa & hajatkan agar anak kami sentiasa selamat & sihat..kami yakin, berkat doa semua, anak kami akan sembuh.."

"..Ya Allah Ya Tuhan kami, Tiada Tuhan melainkan Engkau..sesungguhnya kami telah mendzhalimi diri sendiri..Ampunkanlah kami, Redhailah kami, Rahmatilah kami..berikanlah kesabaran kepada kami..berikanlah kekuatan pada anak kami Muhammad Solehuddin untuk berjuang melawan sakitnya..pulihkan dia, lindungi dia dari segala kemudharatan..berkatilah dan panjangkanlah umurnya dalam keadaan sihat, gembira dan beriman serta bertaqwa kepadaMu..semoga dia menjadi anak yang soleh yang dapat menolong kami di Dunia & Akhirat..kurniakan kami sekeluarga kegembiraan & kebahagiaan..bimbinglah kami untuk menjadi hambaMu yang bersyukur..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih & Maha Penyayang.."

"..Ya Allah, lembutkan hati & berikanlah kekuatan kepada keluarga, saudara serta sahabat kami bagi membaca Yaasin, menunaikan solat Hajat & mendoakan keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan anak kami Muhammad Solehuddin..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui kedukaan kami..Makbulkanlah hajat & doa kami..Wahai Tuhan yang memakbulkan doa.."

"..Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat semua yang berdoa, membaca Yaasin & menunaikan solat Hajat demi keselamatan & kesihatan anak kami..semoga Allah swt merahmati & membalas jasa baik kalian..semoga Allah swt memberkati usaha kita semua.."

~Aamiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin~


Kami yang berharap,
Azhar Zainuddin & Noraaini Saaidin



- kepada sahabat & rakan FB, mohon jasa baik agar dapat disampaikan harapan kami ini kepada teman-teman lain..semoga lebih ramai insan dapat mendoakan kesihatan anak kami..setiap SHARE anda, amat kami hargai..semoga doa kita semua, dimaqbulkan..

0 comments :

Post a Comment