Friday, 23 January 2015

7.9.13 @ Hari ke-60 di ICU

"..hari ini, genap 2 BULAN anak tersayang berada di wad NICU..sehingga kini, pelbagai SOALAN yang masih belum terjawab..apa punca penyakitnya? dapatkah dia dirawat? selama mana dia mampu bertahan? dlm usaha merungkai semua persoalan ini yang entah bila akan terjawab, hanya DOA yang mampu dipanjatkan kepada ALLAH swt..semoga MUHAMMAD SOLEHUDDIN akan terus bertahan & akan sembuh segera..semoga ada KEAJAIBAN..kami tetap yakin, ALLAH Maha Berkuasa yang memberi penyakit & DIA jugalah berkuasa menghilangkannya..kami REDHA dengan UJIAN ini..ALHAMDULILLAH, sehingga kini MUHAMMAD SOLEHUDDIN berada dlm keadaan STABIL.." terima kasih, ALLAH!


"..TERIMA KASIH daripada kami sekeluarga, kepada semua saudara & kawan-kawan yang mendoakan KESIHATAN anak kami..begitu juga, pada insan-insan yg baik hati yang sudi memberi bantuan, nasihat & semangat utk kami tetap tabah mengharungi UJIAN ni..smg ALLAH swt merahmati kalian.."

0 comments :

Post a Comment