Friday, 23 January 2015

26.9.13 @ Hari ke-78 di ICU

ALHAMDULILLAH

“..hari ini, kami dikejutkan dengan satu BERITA BAIK..di usia 80 hari, hari ini Muhammad Solehuddin memberikan kami satu HARAPAN BARU lagi..pihak Hospital dapati ada kemungkinan dia KUAT untuk bertahan dengan alat bantuan pernafasan berkapasiti RENDAH yang boleh digunakan bagi melakukan ujian MRI yang BIASA tanpa perlu ke HKL bagi ujian MRI Khas..sehubungan itu, mereka berusaha MENCUBA peluang ini..ALHAMDULILLAH, Muhammad Solehuddin BERTAHAN sepanjang ujian ini dan ianya akhirnya BERJAYA dilakukan..namun, dia kembali LEMAH dan BERHENTI BERNAFAS beberapa kali selepas itu dan kini terpaksa menggunakan kembali alat pernafasan yang berkapasiti TINGGI..walaupun kami SEDIH ketika ini melihat keadaannya, namun kami tetap BERSYUKUR dan BANGGA dengan SEMANGAT JUANG nya..Doktor juga PUJI dengan SIKAP BAIK nya yang memberikan KERJASAMA dan MEMUDAHKAN lagi proses ujian MRI hari ini..” TERIMA KASIH, SAYANG!

“..KEPUTUSAN ujian MRI ini akan keluar dalam masa 48 JAM..hanya ALLAH swt yang tahu perasaan kami, ketika ini..kami berharap SAUDARA & KAWAN-KAWAN dapat MENDOAKAN semoga keputusan ujian MRI ini berjaya mengenalpasti PUNCA penyakit anak kami..semoga dia dapat DIRAWAT & PULIH sepenuhnya..AAMIIIN YA RABBAL ‘AALAMIIIN.."

0 comments :

Post a Comment