Friday, 23 January 2015
“..semalam, mungkin adalah hari yang paling aku tidak dapat lupakan..seumur hidup ini, aku tidak pernah terperangkap dalam lif..tapi, semalam adalah catatan baru dalam hidup ku..sehingga lewat pagi ini, aku tidak berupaya untuk tidur lena dek peristiwa ini..”
“..sekadar ingin berkongsi pengalaman & rasa dengan kalian..peristiwa ini terjadi selepas kami sekeluarga melawat Muhammad Solehuddin di wad ICU..lif yang aku naik bersama anakku Muhammad Luqman Izzuddin begitu sesak dengan manusia kerana baru sahaja habis waktu melawat di Hospital..kebetulan suamiku tidak bersama kami, kerana dia terlebih dahulu turun melalui anak tangga kerana tidak suka agak lama menunggu lif sedangkan berulang kali tiba penuh sesak..aku yang dah sarat ni, terpaksa juga menunggu lif ditemani anakku Luqman..”
“..kurang seminit kami menaiki lif, tiba-tiba sahaja lif tersebut berhenti..selepas loceng kecemasan ditekan, tiada respon yang diterima & bantuan masih juga belum sampai..hampir selepas 15 minit menunggu, anak-anak kecil mulai menangis & kaum wanita mula berasa bimbang..ada juga yang mengadu sesak nafas, mungkin kerana lif terlalu sesak & juga faktor panik..aku juga tidak dapat lari daripada perasaan yang sama, apatah lagi Luqman mula menunjukkan reaksi wajah yang sangat pucat serta air mata mula bergenang di matanya..”
“..dek kerana tertekan melihat isteri & anak masing-masing, kaum lelaki yang berada di dalam lif mula memikirkan sesuatu..akhirnya, mereka cuba membuka pintu lif dengan pelbagai cara..akhirnya, pintu lif terbuka sedikit & kanak-kanak serta mereka yang berbadan kecil dapat keluar..Luqman memegang erat tanganku seakan tak mahu berpisah apabila dia dipaksa juga keluar oleh mereka yang lain..akhirnya tinggal aku , seorang lelaki tua yang berkerusi roda serta 2 orang lelaki yang tak sampai hati membiarkan sahaja kami tertinggal dalam lif itu, kerana tidak dapat keluar..aku tidak mahu mengambil risiko untuk memaksa diri keluar dari bukaan laluan lif yang begitu sempit disebabkan anak dalam kandungan ku yang sedang menunggu hanya 12 hari sahaja sebelum dijadual lahir secara pembedahan pada 5 September ini..apa sahaja boleh berlaku pada kami berdua, jika kami tersepit..jadi aku memilih untuk terus berada dalam lif sahaja..”
“..sambil menunggu dalam lif, mujur aku dapat menghubungi suami ku untuk meminta bantuan daripada Unit Penyelenggaraan..sedang nafasku makin sesak, dari luar lif anakku Luqman mula menangis..semakin lama semakin kuat..tak henti-henti dia memanggil aku.. “..Mama, Mama, Mama..tolong Mama saya , pakcik makcik..”..kaum wanita di luar lif, cuba memujuknya..akhirnya Luqman lebih tenang apabila suamiku tiba, namun masih menangis sambil meminta ayahnya menyelamatkan aku.. “..Abah, Abah..tolong Mama, Abah..”..semakin sayu hati kecil ini, mendengar suaranya..”
“..akhirnya, Unit Penyelenggaraan tiba..mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana lif rosak teruk serta memarahi mereka-mereka yang cuba membuka lif secara paksa..dengan nada & suara yang keras mereka berkata.. “..lain kali, jangan buat apa-apa..jangan paksa buka lif..sekarang ni, dah jadi makin susah..sebab tu, bila kita naik lif..selalu ada tampal, jika terperangkap dalam lif jangan buka secara paksa..kami tak boleh hubungi bomba lagi..ikut peraturan, kena tunggu masa lebih dari setengah jam serta Unit Penyelenggaraan dah cuba segala cara untuk buka lif..”..mereka di luar lif yang dah berjaya keluar tadi, mula rasa tak puas hati & membentak..”..Encik, soal panik ni, bukan boleh jangka..kalau tahu pun, kadang tak mampu nak buat..lagipun, dah lama sangat kami tunggu bantuan..lif sesak dengan orang, kalau kami tak cuba buka..mungkin dah ada orang yang mati sesak nafas di dalam..”..komunikasi antara kakitangan Unit Penyelenggaraan, sangat menjengkelkan & menyakitkan hati..balik-balik soal kos pembaikan yang disebut..”..ini kalau cuba buka juga ni, abis rosak semua, jenuh karang kos nak repair..”..kami yang di dalam lif, mula bercakap sesama sendiri, sambil memandang di dalam lif..sah, tiada sekeping pun peraturan @ langkah-langkah kecemasan jika lif tersekat yang dipamerkan di dalam lif ini..akhirnya seorang daripada lelaki dalam lif bersuara.. “..Encik, nanti Encik tolong tampal besar-besar dalam lif ni yer ‘PERATURAN KECEMASAN’ jika lif tersekat, kami tengok dalam lif ni sekeping pun tak der..” seorang lagi lelaki bersuara, “..Encik, saya ni tak pikir diri saya..marilah kita cuba buka sama-sama lif nie..jangan lah pikir pasal kos, Encik..lif ni, boleh dibaiki, tapi Encik cuba pikir pasal nyawa ibu mengandung yang dah tunggu hari nak bersalin serta warga emas di dalam nie..” ..tersentuh hati aku, mendengar kata-kata lelaki tersebut..sungguh dia manusia yang bertimbang rasa serta berperikemanusiaan..”
“..aku semakin lemah, mungkin kerana kekurangan oksigen..akhirnya aku terduduk, kerana dah tak berupaya nak berdiri..dari dalam lif, aku bersuara..“..Abang, call jer lah bomba..Ayang dah tak boleh nak bernafas nie..” ..suami aku hanya mampu menjawab.. “..sabarlah Ayang, Jurutera mereka on the way dah..”
“..tak lama kemudian, Jurutera mereka datang..mengambil sedikit masa & mengguna pelbagai cara, Alhamdulillah, akhirnya pintu lif dapat dibuka, walaupun tidak habis dibuka namun kali ini lebih besar daripada sebelumnya..lelaki-lelaki dalam lif, menyuruh aku keluar dahulu..warga emas tadi pun, disuruh cuba bangun untuk keluar dari lif..keluar sahaja dari if, aku dah tak mampu nak berkata-kata..Luqman memeluk erat aku sementara suamiku memimpin tanganku.. “..saya tak nak naik lif, kita ikut tangga sahaja..” dalam perjalanan ke kereta, berkali-kali suamiku bertanya “..Ayang, awak OK tak?.." .. aku hanya menggangguk lemah..
“..berada dalam kereta, aku mula resah..nafasku rasa begitu sesak..perut ku pun rasa tak selesa..semasa ini, aku teringat kembali cerita kawanku mengenai seorang staf di pejabatnya yang anaknya meninggal dalam perut kerana lemas di usia kandungannya sudahpun melebihi 9 bulan.. “..Abang, saya nak pergi ke klinik lah..takut anak kita lemas..” tanpa banyak pikir, kami pun bergerak ke Hospital Az-Zahrah..itulah tempat yang paling sesuai bagi kami..kalau perlu emergency LSCS pun, Dr Fazlina dah tahu kes aku..”
“..setibanya di Hospital Az-Zahrah, aku terpaksa juga menunggu hampir sejam sebelum dapat berjumpa Dr yang berkenaan..dengar sahaja kes aku, Dr terkejut & bertanya macam-macam..Puan rasa sesak nafas teruk tak? berapa lama terperangkap dalam lif? perut rasa macamana? bayi ada rasa gerak-gerak? aku hanya menjawab.. “..minta maaf Dr, saya tak boleh nak rasa apa-apa sekarang..semuanya tak pasti, untuk saya..” “..kita kena buat CTG Puan..kalau dari scan & ultrasound sahaja, kita tak boleh nak pastikan anak lemas atau tak..kes macam ni, kena lebih hati-hati..kadang-kadang, anak boleh lemas kalau tak dapat oksigen yang cukup..”
“..CTG dibuat 2 kali bagi mengetahui keadaan anak & memeriksa tahap oksigen..Alhamdulillah, Dr sahkan anak tak lemas dan tahap oksigen baik..aku dibenarkan pulang..namun, Dr menasihatkan aku memantau rapi pergerakan anak..jika anak dikesan, kurang pergerakkan..aku perlu cepat-cepat ke Hospital semula..”
“..terus-terang aku masih trauma sehingga kini..semalam, aku peluk erat & pandang wajah Luqman ketika nak tidur..dia semangat aku..sehingga hari ini, aku masih bertahan kerana kekuatan yang lahir dari kasih sayang Luqman..aku mampu hadapi apa yang berlaku pada Muhammad Solehuddin, kerana Luqman..dia sentiasa jadi penawar yang menghilangkan duka ku..setiap gelagatnya menceriakan aku..aku tak sanggup melihat dia menangis..kalau lah aku terpaksa pergi lebih awal dijemput Ilahi, dialah insan yang paling aku sedih & berat nak tinggalkan..”
“..apa yang berlaku semalam juga, membuat aku tidak dapat lari daripada memikirkan, mungkinkah ini tanda-tanda awal yang Allah swt nak bagi pada aku? mungkinkah, aku akan pergi menemuiNya pada hari menjalani pembedahan nanti? tapi, sebagai hambaNya aku pasrah..aku sedar, tiada seorang manusia pun yang dapat lari, apabila tiba ajalnya..mungkinkah jua, ini cuma ujian daripada Allah swt? yang terbukti, setiap ujianNya sehingga kini, telah mengeratkan lagi hubungan & kasih sayang antara kami sekeluarga..mungkin, aku terbawa-bawa oleh mainan hati & perasaanku sendiri..namun, aku tetap berdoa semoga aku & anak ini selamat menjalani pembedahan..semoga kami membawa kegembiraan dalam keluarga ini, bukan kedukaan..semoga kami sekeluarga dapat bersama-sama lagi menjalani kehidupan, apatah lagi dalam keadaan Muhammad Solehuddin sekarang yang sangat memerlukan kasih sayang, sokongan serta perhatian kami semua..semoga Allah swt merahmati kami sekeluarga serta menjauhi kami daripada kemudharatan di Dunia & Akhirat..Aamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment