Friday, 23 January 2015
“..hari ini, Muhammad Solehuddin dah berusia 73 hari..sehingga sekarang, masih belum ada sebarang jawapan berkenaan PUNCA penyakitnya..usaha yang dilakukan oleh pihak Hospital, rasanya begitu PERLAHAN bagi kami..pelbagai alasan diberikan..begitu juga, PAKAR NEUROLOGI belum pernah sekalipun melihat keadaan anak kami..pihak Hospital hanya dapat berhubung dengan beliau, melalui email & panggilan..alasan yang diberikan, beliau SIBUK & banyak KES KRITIKAL..apatah lagi usaha bagi merujuk anak kami ke HKL, untuk pemerhatian Pakar Neurologi & ujian MRI Khas..kadang-kadang kami tertanya-tanya, samaada mereka faham perasaan kami..setelah berfikir & menimbangkan perkara ini, kami nekad BERUSAHA sekali lagi setelah usaha merayu di HKL pada awalnya telah gagal..mungkin perkara ini MUSTAHIL, mungkin juga TIDAK..semalam, kami menulis SURAT RAYUAN kepada salah seorang BIG BOSS di Kementerian Kesihatan & telahpun menyerahkannya by-hand ke pejabat beliau..macam-macam persoalan yang timbul..nak ke beliau PERTIMBANGKAN rayuan kami ini? siapalah kami, untuk dia MENOLONG? tapi, bila difikirkan arwah ABAH pernah berkenalan baik dengan beliau..kami cuba kumpulkan KEKUATAN & yakinkan diri kami..walaupun, mungkin PELUANG kami agak tipis..yang penting, kami berusaha..apa saja CARA yang ada, kami perlu lakukan..semoga ALLAH swt membuka PINTU HATI Big Boss tersebut, untuk menolong kami..semoga semua USAHA yang dilakukan oleh kami sebagai IBUBAPA & juga para DOKTOR serta PEGAWAI yang berkenaan, bagi MEMPERCEPATKAN ujian mengenalpasti PUNCA penyakit serta MERAWAT anak kami diberkati oleh ALLAH swt & dipermudahkan..Aamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment