Friday, 23 January 2015

10.8.13 @ Hari ke-30 di ICU

“..genap 1 bulan, ANAKku Muhammad Solehuddin berada di wad NICU..tahun nie, dh masuk 7 tahun juga, ABAHku meninggal dunia dan kami meraikan Aidilfitri tanpa dia..sebagai anak & ibu, aku rasa inilah Aidilfitri paling sedih bagiku..perasaan sedih, seorang anak yg telah kehilangan abah tersayang yg sentiasa ketika hidupnya menjadi pendorong & kekuatan semangat dlm setiap masalahku yg aku hadapi..perasaan seorang ibu, tanpa anak tersayang berada di sisiku setiap masa, yg masih belum ku dpt memeluk erat tubuhnya..kali pertama, beraya di perantauan, tidak dpt bersama keluarga di P.Pinang & keluarga mertua di Perak..tidak dpt pulang ke kampung, kerana keadaan Muhammad Solehuddin yg tidak stabil di wad NICU sehari menjelang Aidilfitri..ssghnya, berat benar ujian ini..namun, aku redha..Alhamdulillah, berkat doa semua..segala pengorbanan & kesedihan rasa terubat, bila keadaan anakku semakin stabil..smg dia kuat & bersedia utk ujian seterusnya di HKL..smg keadaannya tidak membahayakan & boleh dirawat..InsyaAllah..Aamiiin..

0 comments :

Post a Comment