Friday, 23 January 2015
“..selepas berada dalam keadaan yang kritikal menjelang Aidilfitri lalu..Alhamdulillah, kini keadaan Muhammad Solehuddin semakin stabil..kadangkala terkena jangkitan kuman & keadaannya lemah, perkara yang tidak dapat dielakkan..sehingga kini, doktor masih belum tahu punca kenapa dia tidak dapat bernafas tanpa bantuan alat pernafasan..ujian air tulang belakang, darah & x-ray tidak dapat mengenalpasti penyakitnya..sekarang nie doktor suspek dua perkara, pertama adalah kerana otak yang perlu menjalani ujian MRI atau kedua kerana otot yang memerlukan pembedahan dijalankan bagi mengambil tisu otot untuk ujian..kedua-duanya perlu dilakukan di Hospital Kuala Lumpur..kerana hanya HKL mempunyai pakar neurologi serta mesin ujian MRI khas yang boleh dilakukan dengan keadaan Muhammad Solehuddin masih menggunakan bantuan alat pernafasan..sehingga kini, maklumbalas yang diterima daripada HKL masih hampa..adakalanya “..doktor pakar bercuti..katil & alat bantuan pernafasan di wad NICU masih penuh serta ada kes yang lebih kritikal perlu diselesaikan terlebih dahulu..” macam-macam sebab yang diberikan..sedangkan doktor di Hospital Ampang maklumkan, dia tidak dapat dirawat lanjut sehinggalah diagnosis punca penyakitnya dapat dikenalpasti..sedangkan dalam masa yang sama, apa saja boleh berlaku kepada Muhammad Solehuddin..kadangkala kriktikal, kadangkala stabil..sebagai ibu bapa, kami sangat bimbang..kami sedang dalam usaha membuat rayuan kepada HKL, agar kes anak kami dapat dipercepatkan..secara verbal sudah, dengan meminta bantuan rakan yang berkhidmat di HKL..tapi, masih hampa..sekarang ni, kami sedang usahakan secara menulis surat rasmi serta membuat temujanji bagi face to face berjumpa doctor di HKL..kalau ada kawan-kawan yang mempunyai kenalan para pegawai @ doktor di HKL, kami sangat berharap agar dapat membantu usaha kami ini..sekiranya tidak, mohon dapat diberi pendapat untuk usaha ini..kami juga sangat berharap, kalian tidak putus-putus dapat mendoakan Muhammad Solehuddin agar segera sembuh..kalau ada bacaan Yaasin dibuat dirumah/surau/masjid, mohon kalian dapat doa & hajatkan agar anak kami sentiasa selamat & sihat..setakat nie, doktor tidak memberi kami banyak harapan & adakalanya keputusan serta pendapat yang diberikan membunuh jiwa kami seperti kata-kata “..anak kalian tak banyak masa lagi..mungkin tiada peluang..harap dia masih boleh bertahan sampai esok..” tapi, kami yakin berkat doa kita semua, anak kami masih lagi bertahan..terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat semua yang berdoa, membaca Yaasin & mengadakan solat Hajat demi keselamatan & kesihatan anak kami..semoga Allah swt merahmati & membalas jasa baik kalian..semoga Allah swt memberkati usaha kita semua..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment