Friday, 23 January 2015

21.11.14 - 13.12.14 @ Hari 1 - 23 Home Sweet Home

“..sepanjang tempoh ini, begitu banyak perkara yang dilalui oleh kami sekeluarga..minta maaf, baru sekarang dapat update..banyak sangat perkara & rutin yang berubah..terlalu sibuk, sampai Mama pun dah tak ingat kat mana simpan gambar-gambar yang berkaitan dalam komputer..ceritanyer, pun panjang..baru sekarang, betul-betul ada kelapangan untuk mengarang & mencari koleksi gambar..lagipun, Mama dah berhajat nak keluarkan entri ini seiring dengan siapnya Blog Kisah Soleh ini..Alhamdulillah, semasa berjaga waktu malam bergilir-gilir dengan Abah bagi memantau keadaan Muhammad Solehuddin, Mama dapat curi-curi masa untuk sediakan Draf..mengambil keberkatan hari Jumaat, hari ini 23 Januari 2015 dengan rasminya Mama publishedkan semua entri yang selama ini Mama kongsikan dengan sahabat-sahabat Mama di FB, untuk tatapan semua..InsyaAllah, Mama dah bersedia nak kongsikan kisah anak Mama dengan semua rakan-rakan di luar sana..Mama bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, Mama dapat siapkan Blog ini..Mama juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abah Soleh, Abang Luqman serta sahabat-sahabat Mama yang sentiasa memberi nasihat, teguran, sokongan & bimbingan dalam Mama menyiapkan blog Kisah Soleh ini..Mama juga dedikasikan ucapan terima kasih ini kepada ibu-ibu dan bapa-bapa 'anak syurga' yang lain, kerana Mama tak nafikan Mama juga mengambil inspirasi serta menjadikan blog-blog kalian sebagai rujukan..Semoga Allah swt merahmati & memberkati kalian..InsyaAllah..Aamiiin,."

Detik Bersejarah

“..Alhamdulillah..dengan izin Allah swt dan berkat doa daripada semua..Muhammad Solehuddin selamat menjejakkan kakinya buat pertama kali semenjak dilahirkan, dalam usianya 501 hari, lebih kurang jam 5 petang 21 November 2014..detik bersejarah, yang akan kekal dalam memori ingatan buat selamanya..InsyaAllah..”

Ujian

“..21 November 2014 memang hari yang sangat kalut..pagi-pagi, pergi cari barang ‘disposeable’ Muhammad Solehuddin, sampai ke KLANG jadinya..kami baru tahu, tak banyak barang ‘disposeable’ yang Hospital bekalkan..yang diaorang bagi, mungkin cukup seminggu dua..aku pula, tak pandai bab-bab jalan..kalau Muhammad Solehuddin dah balik rumah nanti, suamiku dah tak boleh nak keluar..kena jaga Muhammad Solehuddin sepanjang masa..jadi, pergi jugalah cari bersama sementara tunggu pengesahan ‘discharge’ daripada pihak Hospital..Alhamdulillah, suamiku memang sangat cekap bab-bab jalan Kuala Lumpur atau Selangor..lepas cari alamat pembekal di google, terus pergi..jalan nak pergi, dah ada dalam otak suamiku..abis di Klang, balik semula Bangi..tak semua barang, boleh beli daripada syarikat pembekal..kata pembekal, ada undang-undang yang melarang mereka menjual kepada pembeli persendirian..kami kena beli di Farmasi..Alhamdulillah, semua barang-barang ‘disposeable’ selesai dibeli menjelang tengahari..memang nangis, perbelanjaan beli barang..sampai ada yang dihutang dulu..mujurlah tauke cina Farmasi, sangat baik hati..aku pun hampir tak percaya dia yang tak ada kaitan apa-apa dengan kami, boleh begitu bertimbangrasa..semoga Allah swt, memberi hidayah Iman & Islam kepadanya..Aamiiin..”




“..berkali-kali kami berulang-alik rumah-hospital untuk bawa pulang barang-barang Muhammad Solehuddin..memang banyak sangat, yerlah macam orang pindah rumah juga..dah 501 hari Muhammad Solehuddin, tinggal di Hospital..dah jadi rumah jugalah untuk dia..dua (2) rumah pulak tu..barang-barang masa tinggal 112 hari di Hospital Ampang dulu tambah barang-barang masa tinggal 389 hari di Hospital Serdang dan tambah lagi semua mesin peralatan/kelengkapan Muhammad Solehuddin..ada Jururawat siap perli lagi, “..nak kena angkut dengan lori nie..”

“..selesai saja berulang-alik mengangkut 2 kali barang dari rumah ke hospital..petang tu juga, Allah swt menguji kami lagi dengan kereta suamiku yang rosak..mujur, ada saudara yang membantu..maka terpaksalah Muhammad Solehudddin pulang ke rumah, menaiki kenderaan saudara..aku hanya mampu ikut dengan keretaku dari belakang..kereta aku dah penuh muatan barang-barang, dibawa pula anak-anakku Luqman & Hafiz..tambah lagi, ventilator & tangki oksigen Muhammad Solehuddin..memang tak muat, kami nak bersama satu kenderaan..ada hikmahnya, bila difikirkan semula..memang bahaya, kalau Muhammad Solehuddin naik berdua sahaja dengan suamiku..kalau terjadi apa-apa, susah..inilah dikatakan, hikmah disebalik kejadian..”

Perpisahan

“..memang sedih, hari perpisahan Muhammad Solehuddin di Hospital..ramai Jururawat yang menangis, sebab sayangkan Muhammad Solehuddin..tak sanggup nak berpisah dengan dia..bila aku tengok diaorang menangis, hati aku jadi sayu..masa tu, baru terdetik hati aku rasa ingin melupakan ‘kejadian’ yang membuat aku trauma di wad itu..’kejadian’ yang membuat aku ‘dingin’ dengan hampir semua Jururawat di situ..lebih kurang sebulan, aku tak dapat nak bersua dengan Muhammad Solehuddin di wad ICU..hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa itu..aku tak sanggup nak pandang wajah mereka..macam-macam perasaan yang aku rasa..tapi, sejak beberapa bulan ini..bila aku pergi melawat Muhammad Solehuddin, aku dapati banyak perkara yang dah berubah..hati aku, jadi makin sejuk..bila difikirkan semula, tak wajar aku salahkan mereka semua..hanya sebilangan Jururawat, yang berada di wad & membuat ‘tindakan’ seperti ‘hari kejadian’..yang penting, di celah-celah mereka, ada seorang insan yang sangat berhati mulia..yang wajar, untuk aku kenang budi baiknya sampai bila-bila..entahlah, mungkin ‘kejadian’ itu tak sepatutnya pun berlaku..hanya orang yang salah, tempat yang salah, percakapan yang salah, perbuatan yang salah serta pada masa yang salah..disebalik apa yang berlaku, aku sedar begitu besar pengorbanan & beratnya tanggungjawab seorang Jururawat..tak semua orang, boleh berada di tempat mereka..sewajarnya, mereka dihargai..InsyaAllah, semoga masa mengubati hati ibu ini untuk melupakan ‘kejadian’ itu & memaafkan mereka seikhlas hati ku buat selama-lamanya..”

“..aku juga sangat terharu, dengan sambutan Doktor-Doktor..ramai yang sanggup datang ke wad ICU, semata-mata nak ucapkan ‘salam perpisahan’ pada Muhammad Solehuddin..Ketua Jabatan Pediatrik yang sangat comel & baik hati, Dr. Rohaizah..dia lah tempat aku mengadu, selama ini..dah macam ibu sendiri..Pakar Perunding Pediatrik (Rawatan Rapi) Dr. Ani Suraya, yang lemah lembut & cukup memahami..macam tak percaya Pegawai Gred Khas C bertaraf JUSA seperti mereka, bersikap begitu merendah diri..sedangkan sikap yang sebaliknya, kita boleh lihat hampir di kebanyakkan Jabatan dipamerkan oleh pegawai kumpulan lain setaraf mereka..”

Buat semua para Doktor, Jururawat & Kakitangan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang..Terima Kasih banyak-banyak, kerana telah menjaga & merawat Muhammad Solehuddin dengan baik selama ini..”











Kata-Kata Terakhir Pakar

“..sehari sebelum hari perpisahan, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”



Home Sweet Home

“..malam pertama di rumah, Muhammad Solehuddin terpaksa tidur di bawah..katil, bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) belum sampai..katil bayi Abangnya Luqman dulu pula, dah uzur benar & tak sesuai untuk keadaan Muhammad Solehuddin..Adiknya Hafiz pun, tidur sekatil dengan aku saja..Muhammad Solehuddin tak boleh tidur katil macam kami..susah nak kendalikan mesin-mesin dia..tak per, kami temankan dia..kami tak tidur pun..esoknya, Alhamdulillah katil bantuan daripada LZS sampai..Muhammad Solehuddin, nampak selesa sikit..tambah pula, katil tu sama sebiji dengan yang di Hospital..agaknya, dia ingat itu katil yang sama..dia dah serasi katil macam tu..teringat aku, macamana susahnya kami nak dapatkan bantuan katil untuk Muhammad Solehuddin..berkali-kali cakap dengan Doktor..minta tolong buat surat pengesahan jenis penyakit saja..bukan minta surat sokongan pun..kata mereka, tak berani nak buat..sampai ada yang sanggup cakap, “..tak per, tidur kat bawah pun tak per..” hancur luluh hati ibu ini..salahkah kami, berusaha melakukan yang terbaik untuk Muhammad Solehuddin..akhirnya lepas 2 bulan, dapat jugak suratnya..sehari sebelum aku bersalin, aku 'whatsapp' Doktor kesayangan aku..terang betul-betul, kami hanya cuba ikhtiarkan..terpulang pada LZS untuk luluskan berdasarkan keperluan..bila tengok surat dengan setitik ayat, rasa sedikit kecik hati..tak per lah, kalau ada rezeki Muhammad Solehuddin, InsyaAllah dapat..kalau tak der, tak per..Alhamdulillah, ternyata ada rezeki Muhammad Solehuddin..”





“..2 hari pertama Muhammad Solehuddin di rumah, kami tak dapat melelapkan mata..risau sangat, bimbang apa-apa terjadi..pada awalnya, Muhammad Solehuddin memang agak meragam..adakalanya dia jadi biru, Alhamdulillah bila kami ‘bagging’ dia okey semula..tak perlu pun, sampai peringkat nak buat CPR..mungkin, dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru..nak senyum pun, susah..masuk hari ke-3, dia dah okey..dah tak meragam..kalau jadi biru pun, masa kami nak tukar ‘feeding tube’..memang sakit, prosedur ini..kesian, Muhammad Solehuddin..sampai bila, dia akan lalui semua ini..sebagai ibu, hati aku rasa perit sangat bila melihat dia kesakitan..tapi, semuanya terubat bila melihat dia senyum..”

“..Muhammad Solehuddin nampak macam seronok, bila dapat mandi dalam kid & baby bath tub yang aku beli semata-mata kerana dia..walaupun mahal, aku rasa sangat berbaloi..kami pun, mudah nak mandikan dia..Muhammad Solehuddin, tak macam kanak-kanak lain..dia hanya boleh mandi sambil duduk..berendam saja, sampai ke paras dada..bahagian atas, tak boleh kena air..nanti, air masuk dalam salur ‘tracheostomy’..tapi, inipun dah besar rahmat untuk aku..hati aku, rasa puas..selama ni, Muhammad Solehuddin hanya ‘mandi’ di atas katil hospital yang pada aku, sangatlah terbatas..”

“..seperkara lagi, yang membuat Muhammad Solehuddin nampak gembira ialah bila kami bawa dia ke balkoni untuk menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan pagi yang sangat menenangkan..selama ni, dia asyik terbaring & terperuk saja dalam wad..semoga perkara ini, dapat membantu perkembangan otaknya..”

“..bila tiga beradik dapat bermain bersama, akulah orang yang paling gembira..pada awalnya, Luqman sedikit kekok kerana Muhammad Solehuddin jarang memberi reaksi balas..selalu juga, dia bertanya kenapa adiknya begitu..bila diterangkan kepadanya mengenai keadaan Muhammad Solehuddin, dia nampak berusaha untuk faham..lama kelamaan, dia dah biasakan dirinya bermain dengan Muhammad Solehuddin..”




“..aku pula, perkara yang paling menggembirakan aku ialah dapat ambil gambar Muhammad Solehuddin sepuas-puas hati aku..kalau di Hospital dulu, kami hanya dapat curi-curi amik beberapa keeping gambar..yang lain-lain, ihsan Jururawat yang baik hati..aku ingat lagi, macammana kawan baikku Nurshi’izzah kena ‘sound’ dengan Sister di wad ICU gara-gara amik gambar Muhammad Solehuddin..kesian betul, dia..sabar jer lah, Izzah..kadang-kadang aku rasa, kalaulah aku jadi Menteri..nak saja aku tukar peraturan-peraturan di Hospital..yang pertama, pasal amik gambar.. kesian kan kalau ibu-ibu macam aku yang anaknya tinggal di Hospital lama, sejak lahir tak dapat bersama, terlepas banyak ‘moment’ bersama-sama dengan anak..siapa yang dapat bagi balik, ‘moment’ istimewa tu..kalau ada gambar, boleh jugak buat kenangan..yang kedua, pasal lawatan anak-anak kecil ke wad ICU..kesian sangat, bila adik-beradik atau anak-beranak tak dapat berziarah..sedangkan ziarah orang yang sakit tu, sangat dituntut dalam Islam.semakin ramai yang melawat, semakin banyak rahmat, semakin pesakit sihat..ramai yang ziarah, pesakit akan gembira..gembira boleh mengubat kesakitan..pasal bab-bab takut kena jangkitan, tentu ada cara-cara atau langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkannya daripada berlaku..kalau bagi sekejap saja, pun tak per..janji dapat lepaskan keinginan pesakit & keluarga untuk bertemu..Alhamdulillah, dengan ihsan Doktor & Jururawat, Abang Luqman pernah berkesempatan beberapa kali menziarahi Soleh di wad ICU..kalau tak dapat, Mama rasa sedih sangat..tapi, kalau berlaku atas pesakit lain lah yang Mama maksudkan..kesian kan, kalau jadi apa-apa, mereka tak sempat bertemu..harap-harap, adalah wakil rakyat yang nak syorkan perkara ini di Parlimen..InsyaAllah..”










Pengurusan Rapi Di Rumah

“..peringkat permulaan, memang kelam kabut & terkial-kial kami berdua..nak mengingat rutin prosedur & bagi ubat pada Muhammad Solehuddin..banyak sangat dokumen nak dirujuk..akhirnya, aku nekad cari jalan penyelesaian..setelah aku ingat-ingat balik, semua yang diajar oleh Doktor & Jururawat, rujuk semua dokumen yang berkaitan & deskripsi ubat..akhirnya, aku dapat sediakan satu Jadual Catatan Harian untuk mudahkan proses penjagaan rapi Muhammad Solehuddin..Alhamdulillah..”






Perbelanjaan Pengurusan Rapi

“..sejak di Hospital lagi, kami diuji..sebelum balik, boleh pulak Infant Sensor mesin Pulse Oxymeter Muhammad Solehuddin rosak..buka balik kotak yang simpan Infant Sensor, memang tak der yang baru..yang tinggal dalam kotak semuanya dah rosak..mujurlah, Hospital nak pinjamkan..kata mereka, kena ganti balik masa TCA akan datang..kami di suruh menghubungi supplier, untuk beli Infant Sensor yang baru..tak sampai 2 hari di rumah, Infant Sensor rosak lagi..call supplier, katanya harga 1 unit RM88..1 kotak RM2000..dalam tu, ada 24 unit..parah-parah, mana nak cari duit beli sekotak..kami beli 2 unit dulu..1 unit, untuk pakai..1 lagi, untuk ganti pada pihak Hospital..supplier tu, datang sendiri hantar ke rumah..kebetulan dia ada mesyuarat di Hospital, singgah hantar sendiri..dia terangkan pada kami, memang Infant Sensor ni jenis ‘disposeable’..tak lama, tahannya..ada yang jenis ‘reuseable’ pun, mahal juga 1 unit RM1000..yang itupun, ada jangka hayat jugak..kalau lasak penggunaan, 2-3 bulan dah rosak..dia cakap, benda-benda ni semua ‘omputih’ cipta..kalau tahan lama, diaorang rugilah..’sakit’ telinga, dengar perkara macam nie..tapi, apa daya kami..terbukti, pakai 2 hari saja, Infant Sensor Disposeable rosak lagi..terpaksalah pakai dulu, yang untuk bagi ganti pada Hospital..seminggu tahan, rosak balik..call lagi, supplier..kami beli 2 unit lagi..2 unit ini pun, tak tahan lama..aduh dah tak mampu nak tahan lagi, kena buat sesuatu..masa bawa Muhammad Solehuddin untuk TCA Rehab, aku singgah kejap Klinik Pakar Pediatrik untuk bertanya..kebetulan, jumpa Sister yang bertanggungjawab untuk pengurusan latihan kami berdua bagi penjagaan rapi Muhammad Solehuddin di rumah..aku cerita masalah Infant Sensor nie..alik-alik, katanya mungkin kami yang tak pandai guna..aku tunjukkanlah, semua Infant Sensor yang ada dalam koleksi simpanan kami..semenjak kat Hospital lagi, banyak unit yang dah rosak..takkan Jururawat pun tak pandai guna..akhirnya, Sister keluar ayat selesai masalah yang tak boleh tahan nak dengar.. “..you all, beli sajalah sekotak..” bisik hati aku, tak perlah kalau Hospital tak dapat nak tolong..biarlah aku usaha sendiri..aku pernah tanya pihak JPA sebelum ini, barang-barang bersifat ‘disposeable’ tak boleh mohon bantuan..aku difahamkan, pihak LZS pun tak dapat bagi bantuan macam nie..jadi, aku nak cuba cari bantuan daripada agensi lain..semoga ada jalannya..mengenangkan perbelanjaan besar Muhammad Solehuddin, kami terpaksa ubah rancangan asal..aku hanya mampu bercuti separuh gaji, 1 bulan sahaja..InsyaAllah, suamiku dah bersedia..kepada Allah swt, kami berserah..semoga semuanya dipermudahkan olehNya..




Ziarah ‘rindu’ Jururawat dari wad ICU

“..minggu ke-2 Muhammad Solehuddin di rumah, dia dapat kunjungan daripada ibu-ibu & kakak-kakak angkat dia di wad ICU, Hospital Serdang..nampak sangat, diaorang betul-betul rindukan dia.. Muhammad Solehuddin nampak seronok sangat..bila diaorang tengok perkembangan Muhammad Solehuddin, diaorang tumpang gembira..satu perkara yang diaorang perasan..dulu, Muhammad Solehuddin tak pandai nak capai-capai barang bila diacukan kepada dia..tapi, sekarang dia dah pandai..paling tak pun, capai bantal ‘bucuk’ dia..Alhamdulillah..biar sekecil mana perkembangan positif Muhammad Solehuddin..cukup besar nilainya, atas semua usaha & pengorbanan yang terpaksa kami lalui..”






0 comments :

Post a Comment