Friday, 23 January 2015
“..hari ini adalah hari terakhir aku bercuti..InsyaAllah, esok aku akan mula bekerja..hari-hari yang pastinya lebih sibuk, sukar dan mencabar bagi aku..sekarang, semuanya sangat berbeza berbanding sehingga 3 bulan lalu..kini, aku terpaksa mengumpul segenap qudrat yang ada dan membahagikan masa antara mengurus keluarga, kerja, kelas, assignment, memerah susu dan tentunya berulang-alik ke Hospital Ampang melihat anak kesayanganku..apapun cabarannya, aku akan cuba tempuhi selagi terdaya..aku tidak menafikan, kadang-kadang aku rasa sangat lemah dan buntu dalam membuat keputusan yang terbaik..syukur Alhamdulillah, suami ku sentiasa memberi kekuatan, dorongan, nasihat dan semangat..aku kagum dengan semangatnya, yang juga menempuh cabaran yang sama..dia tetap kuat, tenang, tabah dan sabar..tak pernah sekalipun dia mengeluh atau melenting..dialah akar tunjang keluarga kami.. yang membuat kami masih mampu bertahan hingga kini..pada aku inilah hikmahnya, Allah menjadikan kaum Adam itu sebagai pemimpin..biar sehebat dan sekuat mana seorang wanita, pasti ada kelemahannya..maka dari itu, janganlah ego dan hargailah seorang insan yang bergelar suami..pengajaran yang aku juga turut belajar dan terkesan..semuanya sunnatullah, hanya Allah Maha Mengetahui hikmah dan sebab tiap-tiap kejadiannya..apa yang berlaku kepada Muhammad Solehuddin, adalah ujian yang berat bagi kami..namun, kehidupan tetap perlu diteruskan, amanah tidak boleh diabaikan dan masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul..cabaran yang perlu diharungi hari ini, demi kesinambungan hidup dan masa hadapan yang kami impikan..semoga kami memperoleh bahagia serta kejayaan di Dunia dan Akhirat..begitulah juga, zuriat dan keturunan kami..semoga Allah memberi keringanan dan memudahkan semua urusan kami..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment