Showing posts with label Diari 501 Hari Di ICU. Show all posts
Showing posts with label Diari 501 Hari Di ICU. Show all posts
Friday, 23 January 2015
Salam Perpisahan
“..memang sedih, hari perpisahan Muhammad Solehuddin di Hospital..ramai Jururawat yang menangis, sebab sayangkan Muhammad Solehuddin..tak sanggup nak berpisah dengan dia..bila aku tengok diaorang menangis, hati aku jadi sayu..masa tu, baru terdetik hati aku rasa ingin melupakan ‘kejadian’ yang membuat aku trauma di wad itu..’kejadian’ yang membuat aku ‘dingin’ dengan hampir semua Jururawat di situ..lebih kurang sebulan, aku tak dapat nak bersua dengan Muhammad Solehuddin di wad ICU..hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa itu..aku tak sanggup nak pandang wajah mereka..macam-macam perasaan yang aku rasa..tapi, sejak beberapa bulan ini..bila aku pergi melawat Muhammad Solehuddin, aku dapati banyak perkara yang dah berubah..hati aku, jadi makin sejuk..bila difikirkan semula, tak wajar aku salahkan mereka semua..hanya sebilangan Jururawat, yang berada di wad & membuat ‘tindakan’ seperti ‘hari kejadian’..yang penting, di celah-celah mereka, ada seorang insan yang sangat berhati mulia..yang wajar, untuk aku kenang budi baiknya sampai bila-bila..entahlah, mungkin ‘kejadian’ itu tak sepatutnya pun berlaku..hanya orang yang salah, tempat yang salah, percakapan yang salah, perbuatan yang salah serta pada masa yang salah..disebalik apa yang berlaku, aku sedar begitu besar pengorbanan & beratnya tanggungjawab seorang Jururawat..tak semua orang, boleh berada di tempat mereka..sewajarnya, mereka dihargai..InsyaAllah, semoga masa mengubati hati ibu ini untuk melupakan ‘kejadian’ itu & memaafkan mereka seikhlas hati ku buat selama-lamanya..”
“..aku juga sangat terharu, dengan sambutan Doktor-Doktor..ramai yang sanggup datang ke wad ICU, semata-mata nak ucapkan ‘salam perpisahan’ pada Muhammad Solehuddin..Ketua Jabatan Pediatrik yang sangat comel & baik hati, Dr. Rohaizah..dia lah tempat aku mengadu, selama ini..dah macam ibu sendiri..Pakar Perunding Pediatrik (Rawatan Rapi) Dr. Ani Suraya, yang lemah lembut & cukup memahami..macam tak percaya Pegawai Gred Khas C bertaraf JUSA seperti mereka, bersikap begitu merendah diri..sedangkan sikap yang sebaliknya, kita boleh lihat hampir di kebanyakkan Jabatan dipamerkan oleh pegawai kumpulan lain setaraf mereka..”
Buat semua para Doktor, Jururawat & Kakitangan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang..Terima Kasih banyak-banyak, kerana telah menjaga & merawat Muhammad Solehuddin dengan baik selama ini..”
Kata-Kata Terakhir Pakar
“..sehari sebelum hari perpisahan, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”
20.11.14 @ Hari ke-500 di ICU
Pengesahan
"..INSYAALLAH, ESOK tanggal 21 NOVEMBER 2014 akan menjadi hari yang SANGAT BERSEJARAH buat kami sekeluarga..ESOK, di usianya 501 hari (1 tahun 4 1/2 bulan) Muhammad Solehuddin akan menjejakkan kakinya buat pertama kali di RUMAH semenjak dia dilahirkan.."
"..tak dapat digambarkan, perasaan kami ketika ini yang sangat bercampur baur..GEMBIRA, kerana Muhammad Solehuddin akan pulang ke rumah..SEDIH, kerana Muhammad Solehuddin akan berpisah daripada JURURAWAT yang baik hati yang selama ini bagaikan telah menjadi IBU ANGKAT nya..BIMBANG, kerana tidak dapat disangka bagaimana KEADAAN & REAKSI nya apabila melalui HARI PERALIHAN ini.."
"..dengan keberkatan HARI JUMAAT, semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan & melindungi kami daripada segala kemudharatan..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
p/s : mohon jasa baik sahabat & saudara umat Islam, dapat mendoakan kami jua..terima kasih..
Kata-Kata Terakhir Pakar
Kata-Kata Terakhir Pakar
“..hari ini juga, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”
14.11.14 @ Hari ke-495 di ICU
"..hari KHAMIS, telah pun berlalu..hari yang dijanjikan, Muhammad Solehuddin dibenarkan pulang ke rumah..rasa betul-betul kecewa..harapan tinggal harapan..alasan tetap kan ada alasan..tak guna nak dipertikaikan..balik-balik, kami yang akan dipersalahkan..penantian ini, terasa lama benar..segala yang diminta, telah dilaksana..syarat apa lagi, harus dipenuhi? kata siapa lagi, yang patut dituruti? siapa lagi yang perlu berpuashati? kadang-kadang rasa macam dipermainkan..mujur, hati ini masih mampu bersabar..walaupun sebenarnya, rasa macam dah nak 'meletup'..tak perlah, sabar lagi..kita tunggu keputusan pihak Hospital, minggu depan pula..pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi.."
10.11.14 @ Hari ke- 490 di ICU
“..ALHAMDULILLAH..berkat usaha & ikhtiar menggesa INFRA, termasuk daripada pihak Hospital sendiri dimana KETUA JABATAN PEDIATRIK telah melakukan panggilan bercakap dengan pegawai yang berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar & keperluan SEGERA untuk suamiku bercuti..hari KHAMIS ini selewat-lewatnya, Muhammad Solehuddin mesti PULANG..selain kerana faktor tiada apa-apa lagi rawatan ke atas Muhammad Solehuddin, pihak Hospital perlu mengeluarkan dia segera kerana KERJA-KERJA UBAHSUAI yang akan dijalankan di wad ICU bermula 15 NOVEMBER ini..tiada wad lain yang sesuai untuk memindahkan Muhammad Solehuddin..akhirnya, suamiku dipanggil melapor diri di JAKIM..sah, dia ditukarkan & dimasukkan ke Jawatan Kumpulan..pihak JAKIM yang sangat bertimbang-rasa, memaklumkan suami ku boleh terus mula bercuti sementara menunggu kelulusan permohonan CUTI SEPARUH GAJI secara rasmi..”
“..pagi ini, kami terpaksa memanggil semula syarikat yang melakukan pendawaian elektrik sebelum ini..kami memaklumkan hasil LAWATAN pihak Hospital pada hari Khamis yang lalu..pihak Hospital TIDAK MELULUSKAN pendawaian elektrik yang telah dibuat..mereka memerlukan pendawaian yang lebih selamat..iaitu menggunakan LITAR BARU dengan AMP yang lebih tinggi..2 litar baru diperlukan dengan AMP yang lebih tinggi..ini bagi mewujudkan sistem ‘back-up’ jika berlaku ‘power-failure’..kesemua mesin dengan litar baru & soket berasingan..sistem ‘looping’ dari litar sediaada tidak dibenarkan..pihak syarikat memaklumkan, KOS kerja-kerja ini sangat TINGGI..kami tidak ada pilihan lain, mahu tidak mahu kerja-kerja ini perlu dilaksanakan segera..”
“..benarlah kata orang, REZEKI anak-anak syurga ini sangat luas..di saat kami gusar mengenai kos kerja-kerja pendawaian elektrik yang telahpun selesai dijalankan & bayarannya perlu dijelaskan setelah invois diterima daripada pihak syarikat kelak, Allah swt menghantarkan BANTUAN yang tidak disangka-sangka..petang ini, seorang INSAN yang suatu ketika dulu SANGAT DEKAT dengan aku, telah datang ke RUMAH..aku rasa betul-betul terharu dengan NIAT murni & USAHA nya..selepas mendapatkan PENCERAHAN daripada PUSAT URUS ZAKAT, dia membuat keputusan untuk memberikan sebahagian daripada ZAKAT simpanan KWSP yang dikeluarkannya kerana telah sah diberi TARAF BERPENCEN kepada keluarga kami..MASYA-ALLAH, betapa besarnya kekuasaan Allah membuka pintu hati manusia..pada insan yang sangat berhati mulia itu, tiada dapat kami membalas budi baiknya..kami sekeluarga hanya mampu berdoa, semoga Allah swt memurahkan rezeki & merahmati ‘Puan’ sekeluarga..Aamiiin..”
5.9.14 - 31.10.14 @ Hari 1 - 57 Kelahiran Adik Hafiz
“..sepanjang tempoh ini, begitu banyak perkara yang dilalui oleh kami sekeluarga..InsyaAllah, ingin ku coretkan di sini sebagai perkongsian pengalaman, mungkin juga dapat mengubati rindu pada teman sekalian yang ingin mendengar perkhabaran..”
Kelahiran
“..Alhamdulillah..dengan izin Allah swt dan berkat doa daripada semua..aku selamat melahirkan cahaya mataku yang ke-3 mujahid kecil yang diberi nama Muhammad Hafizuddin pada 5 September 2014, jam 3.05 petang dengan berat 3.2 kg melalui pembedahan..”
Pembedahan
“..aku sangat bertuah & bersyukur, apabila pihak Hospital mengizinkan suamiku untuk turut bersama-sama menemaniku di bilik pembedahan..Alhamdulillah, dia dapat menyaksikan sendiri proses pembedahan..sepanjang masa dia disisiku, tangannya menyentuh pipiku sambil bibirnya melafazkan zikir & doa..kalau dulu, semasa aku melahirkan Muhammad Solehuddin, aku begitu takut, risau dan menangis semasa pembedahan dijalankan..kali ini, tidak lagi..aku rasa lebih kuat untuk menempuhi saat-saat sukar ini disamping suamiku yang tersayang..ini adalah detik yang sangat bermakna & akan ku kenang seumur hidupku..aku masih ingat usikan Doktor & petugas lain di bilik pembedahan.. “..Encik tak per, ker? boleh tengok? banyak kes, suami pengsan dalam bilik bedah..” aku dengar suamiku menjawab perlahan, OK..Alhamdulillah, dia bertahan hingga akhirnya..terima kasih, ‘Abang’..kaulah heroku..”
Anakku - Muhammad Hafizuddin
“..aku hanya dapat menatap wajah Muhammad Hafizuddin semasa di bilik pembedahan..selepas itu, dia terus dimasukkan ke wad untuk pemantauan sepenuhnya pihak Hospital..merujuk kes dahulu abangnya Muhammad Solehuddin, pihak Hospital tidak mahu mendedahkannya kepada sebarang risiko..hari ke-2, barulah aku dapat melihat sepuas-puasnya wajah dia..itupun juga, tidaklah terlalu lama..Muhammad Hafizuddin disahkan mengalami ‘neonatal jaundice’ (penyakit kuning) dan perlu dirawat dengan mesin fototerapi..Alhamdulillah, masuk hari ke-3, ‘jaundice’nya lebih rendah dan kami sama-sama dibenarkan pulang ke rumah..kami sekeluarga benar-benar gembira & bersyukur..”
“..kegembiraan kami tidak kekal lama..apabila pulang ke rumah, jururawat yang datang melawat ke rumah menyatakan ada tanda-tanda ‘jaundice’ pada Muhammad Hafizuddin tinggi..sehubungan itu, kami diminta untuk membawanya ke klinik bagi menjalani ujian darah sebagai pengesahan..ternyata benar bacaan ‘jaundice’ Muhammad Hafizuddin tinggi, naik semula berbanding semasa dibenarkan keluar daripada hospital..”
“..kami berulang alik setiap hari membawa Muhammad Hafizuddin ke klinik bagi menjalani ujian darah..apa sahaja nasihat daripada keluarga & kawan, kami ikhtiarkan..termasuklah memberi minum susu kambing, mandikan dengan air daun herba tabib cina & mandikan dengan air daun misai kucing..bacaan ‘jaundice’nya kadangkala naik, kadangkala turun..sehinggalah, Doktor mengesahkan dia mengalami ‘prolonged jaundice’ kerana telah melebihi 14 hari..sehubungan itu, Muhammad Hafizuddin perlu dirujuk ke Klinik Pakar Paediatrik di Hospital Serdang..Doktor bimbang, dia mungkin mempunyai penyakit lain..di Hospital, kami dimaklumkan bahawa ujian terperinci sampel darah & air kencing akan dijalankan ke atas Muhammad Hafizuddin..keputusan akan keluar, hanya selepas 2 minggu dan kami diberi temujanji dengan Doktor Pakar..hanya Tuhan yang tahu resah hati aku, menunggukan tarikh temujanji..tiap hari aku berdoa, janganlah ada berita sedih buat kami..cukuplah, apa yang berlaku pada Muhammad Solehuddin..kami tak berdaya, diuji lagi..akhirnya, hari yang dinanti tiba..terubat rasa resah & penantianku selama ini..Doktor Pakar yang melakukan pemeriksaan menyeluruh serta meneliti keputusan darah & air kencing Muhammad Hafizuddin, mengesahkan dia sihat & semuanya normal..tetapi, kami dinasihatkan tetap memantau keadaannya..jika ada tanda-tanda dia tidak sihat, dia perlu dibawa ke klinik segera..syukur, Alhamdulillah..”
Anakku - Muhammad Luqman Izzuddin
“..pertengahan tahun ini, anakku Muhammad Luqman Izzuddin kerap demam, selsema & batuk..sebelum ni, dia memang ada symptom asthma..tapi, tidak perlu mengambil ubat atau rawatan..symptom asthma hanya berlaku, apabila dia demam kuat atau batuk berpanjangan..biasanya, Doktor hanya memberi ubat cair kahak & dia disuruh menyedut gas di bilik rawatan..sehari dua, dia beransur pulih..tapi, apabila aku membawanya ke klinik pada bulan Ogos kerana demam & aku menceritakan pada Doktor mengenai hidungnya yang kerap berdarah..akhirnya, Doktor membuat ujian darah..hasil ujian darah menyebabkan ada perkara ‘lain’ yang dirisaukan oleh Doktor, ditambah faktor berat badannya yang tidak ideal..susuk badannya, begitu kurus, berbanding ketinggiannya..sehubungan itu, Doktor mengambil sampel darahnya bagi menjalankan ujian ‘talasemia’..Muhammad Luqman Izzuddin dibekalkan dengan multivitamin & aku juga dinasihatkan mengubah cara pemakanannya agar lebih seimbang serta memberi makanan yang kaya dengan zat besi bagi menambah darahnya..kami diberikan temujanji selepas 2 bulan, kerana keputusan ujian darah bagi ‘talasemia’ mengambil masa yang agak lama..”
“..2 minggu lepas, Muhammad Luqman Izzuddin dibawa untuk temujanji yang telah ditetapkan..Doktor memaklumkan keputusan ujian darahnya mengelirukan, dan pihak Hospital memerlukan ujian lebih terperinci dijalankan..sekali lagi, sampel darah Muhammad Luqman Izzuddin diambil dan keputusan ini juga hanya akan diketahui pada Disember ini..”
“..seorang ibu, tidak akan pernah berhenti merisaukan & memikirkan masa depan anak-anaknya..begitulah aku, di hati ini hanya Tuhan yang tahu..aku hanya mampu berdoa, semoga kami sekeluarga tidak diuji lagi..semoga keputusan ujian yang dijalankan ke atas sampel darah Muhammad Luqman Izzuddin adalah normal..semoga dia sihat & dijauhi daripada segala kemudharatan..Aamiiin..”
Anakku - Muhammad Solehuddin
“..agak lama, aku tidak dapat bertemu dengan Muhammad Solehuddin di Hospital..setiap hari, hanya suamiku yang berulang alik ke Hospital melihatnya..tapi, apabila aku bertanya keadaan Muhammad Solehuddin, jawapannya sangat ringkas iaitu OK..aku tak boleh menyalahkan dia..memang dia bukan orang yang suka nak bercerita..tambah pula, mungkin dia sangat letih..banyak perkara yang perlu dilakukannya..bekerja, belajar, menguruskan kami sekeluarga dan terpaksa pula berulang-alik ke Hospital melihat Muhammad Solehuddin..sehinggalah hari ke-18 selepas aku bersalin..semasa kami membawa Muhammad Hafizuddin untuk dirujuk ke Klinik Pakar Pediatrik, di Hospital yang sama Muhammad Solehuddin ditempatkan..aku mengambil peluang ini untuk melihat Muhammad Solehuddin di wad ICU..syukur, Alhamdulillah..dia nampak semakin sihat & berat badannya bertambah..Jururawat yang baik hati menjaga Muhammad Solehuddin pada hari itu juga sungguh ramah..sedar aku masih berpantang & nampak begitu lemah, dia terus mengambil kerusi, menyuruh aku duduk..sambil itu, dia bercerita mengenai Muhammad Solehuddin..kami dimaklumkan, Muhammad Solehuddin baru sahaja mula dirujuk kepada Klinik Rehabilitasi bagi menjalani terapi untuk membantu perkembangan fizikal & mentalnya..namun, terdapat limitasi bagi Muhammad Solehuddin menjalani sesi terapi..Jururawat & Doktor hanya akan membawa Muhammad Solehuddin ke Klinik Rehabilitasi sekiranya keadaannya benar-benar stabil pada hari-hari yang dijadualkan..ada beberapa kali jadual sesi terapinya dibatalkan, kerana keadaannya yang tidak stabil dan mengalami symptom ingin berhenti nafas (keadaan kebiruan) yang kerap..”
“..9 Oktober yang lalu, sekali lagi pihak Hospital mengadakan ‘family conference’..Doktor memaklumkan keputusan ujian MRI yang dijalankan ke atas Muhammad Solehuddin pada bulan September lalu, yang telah selesai dianalisis oleh Pakar Neurologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL)..hasil keputusannya, tiada perkara lain yang dikesan pada otak Muhammad Solehuddin..semuanya nampak normal, seperti juga keputusan ujian MRI pada awal kelahirannya..justeru, kesimpulan mengenai penyakitnya masih sama iaitu ‘Congenital Central Hypoventilation Syndrome’..satu keadaan yang ‘fitrah’..cuma, struktur otak Muhammad Solehuddin nampak semakin mengecut..perkara ini mungkin akan merencatkan perkembangan fizikal & mentalnya..sesi terapi yang dijalankan di Klinik Rehabilitasi adalah salah satu cara bagi membantu meransang otaknya untuk membantu perkembangan fizikal & mental Muhammad Solehuddin..”
“..justeru itu, seperti yang dimaklumkan dalam sesi-sesi ‘family conference’ terdahulu..tiada apa-apa ubat, rawatan atau pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit Muhammad Solehuddin..kami dikehendaki bersedia untuk membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..suamiku diarahkan mula menjaga Muhammad Solehuddin sepenuh masa bagi melatih diri dengan semua peralatan & kemahiran yang diperlukan untuk menjaga serta menguruskan Muhammad Solehuddin kelak..pihak Hospital akan sekali lagi membuat tinjauan ke rumah, bagi memastikan kami telah mematuhi semua perkara yang dikehendaki oleh pihak Hospital sebelum ini..termasuklah telah menyediakan 5 suis utama bagi peralatan/kelengkapan yang akan digunakan oleh Muhammad Solehuddin serta melengkapi rumah dengan kemudahan alat pemadam api & ‘smoke detector’..kami juga perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk menempatkan Muhammad Solehuddin bersama peralatan/ kelengkapannya sahaja..bilik ini mesti mempunyai pengudaraan yang baik & perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih kerana ‘oxygen concentrator’ akan menyedut udara dari persekitarannya..selain itu, pihak Hospital akan memberi sepucuk surat untuk dikemukakan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi pengesahan mengenai keselamatan pendawaian elektrik di kawasan Apartment berikutan mesin/ peralatan/ kelengkapan Muhammad Solehuddin kelak yang sangat sensitif serta bersifat ‘high voltage’..”
“..InsyaAllah, Muhammad Solehuddin akan dibenarkan pulang pada bulan November ini, jika pihak Hospital berpuas hati dengan semua perkara, keadaan Muhammad Solehuddin stabil serta suamiku dapat menguasai semua latihan & kemahiran yang diperlukan..”
Suamiku
“..setiap hari, rutin suamiku begitu sibuk..apatah lagi saat aku baru melahirkan..namun, dia tetap cekal melakukan kerja rumah, menguruskan aku serta anak-anak, melihat Muhammad Solehuddin di Hospital, bekerja, belajar & menyiapkan tugasan..menjelang akhir tahun, sudah menjadi lumrah kerjanya semakin banyak..kursus-kursus yang telah dijadualkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) tempat dia berkhidmat perlu dihabiskan sebelum Disember..selain kursus Unit sendiri, kursus Unit lain juga perlu dibantu..bukan sahaja siang, malam pun dia terpaksa pergi ke pejabat..hampir semua kakitangan INFRA, mengalami perkara yang serupa..”
“..sepertimana yang diarahkan oleh pihak Hospital..suamiku telah memohon Cuti Separuh Gaji (CSG) selama 180 hari (6 bulan) mulai 3 November ini..namun, permohonannya mengalami kesulitan..memandangkan sekarang adalah penghujung tahun & dia pula perlu bercuti panjang, Ketua Jabatan (KJ) nya sukar menyokong permohonan ini bagi diangkat kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) untuk kelulusan..banyak perkara lain yang menjadi kemusykilannya..sehubungan itu, permohonan suamiku ditangguh sementara untuk diangkat bagi kelulusan KSU sehingga KJ nya menghadiri mesyuarat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)..memang inilah agaknya nasib pegawai KADER seperti suamiku yang berkhidmat sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam (PHEI) yang ditempatkan di INFRA di bawah KKLW..banyak sangat karenah birokrasi yang melambatkan pelbagai proses dalam perkhidmatannya..semua perkara perlu dirujuk kepada JAKIM sebagai Jabatan asal yang melantik..cakap-cakap orang yang didengar suamiku, katanya KJ nya mahu memastikan tempatnya diganti segera..ada kemungkinan, suamiku tidak akan lagi berkhidmat di INFRA setelah dia kembali bertugas nanti..”
“..inilah harga pengorbanan yang perlu dibayar demi anak tercinta..aku tahu suamiku sedih, tapi dia tidak melahirkannya..dia memang sayang nak tinggalkan INFRA..dah 6 tahun, dia berkhidmat di sana..semenjak kali pertama dilantik, dalam perkhidmatan awam..dia memang selesa & seronok bekerja di INFRA..dia tidak pernah memohon pertukaran pun..kerjanya di INFRA, memang kena dengan jiwanya..aku melihat dia mengalami perubahan sikap yang sangat positif serta mempunyai keyakinan & jati diri yang teguh sepanjang berkhidmat di INFRA, berbanding semasa dia berkhidmat di POSLAJU dahulu..persahabatannya juga begitu akrab dengan teman-teman sepejabatnya..selalu mereka menjalankan aktiviti & hobi bersama-sama..bila terfikir semua ini, aku sangat sedih..kalaulah aku boleh berada di tempatnya..tapi, aku cuma mampu memohon Cuti Separuh Gaji (CSG) selama 2 bulan sahaja..kalau aku terpaksa bercuti lebih lama, kehidupan kami sekeluarga akan terjejas teruk..sementara penjagaan & pengurusan Muhammad Solehuddin kelak juga, memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi..CSG yang akan ku pohon pun, kerana arahan Doktor..kami dinasihatkan bersama-sama menjaga Muhammad Solehuddin pada peringkat awal pengurusannya di rumah kelak..hampir 1 ½ tahun, Muhammad Solehuddin tinggal di Hospital..dengan perubahan persekitaran yang baru, keadaan Muhammad Solehuddin adalah sukar untuk dijangkakan..pengendalian beberapa prosedur dalam menguruskannya seperti ‘feeding tube changing’, ‘suction tube changing’, ‘tracheostomy tube changing’ & ‘suctioning’, begitu juga halnya jika Muhammad Solehuddin berada dalam keadaan yang memerlukan ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) rawatan ‘Basic Life Support’ (BLS) adalah lebih mudah dilakukan secara bersama sehingga suamiku benar-benar mahir & mampu melakukannya secara bersendirian..tambahan lagi, Muhammad Solehuddin perlu berulang-alik ke Klinik Pakar Pediatrik bagi temujanji pemeriksaan Pakar serta ke Klinik Rehablilitasi bagi menjalani sesi terapi..”
“..memang sukar, bagi kami..banyak keputusan yang perlu dilakukan..banyak perkara yang memerlukan pengorbanan..hanya kepada Allah swt, kami berserah..semoga ada sinar, dalam kehidupan kami..semoga ada kebaikan, di sebalik ujian yang kami lalui..”
Aku
“..Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini..selepas melalui proses yang wajib dilalui oleh ramai wanita..melahirkan anak, satu perjuangan antara hidup & mati..cuma, cara yang ditempuhi yang berbeza..”
“..sepertimana 2 kelahiran sebelum ini, proses aku berpantang tidaklah seindah ramai ibu yang lain..berpantang sendiri, dengan dijaga oleh suamiku yang tersayang..sepanjang suamiku bercuti, hampir semua kerja rumah dilakukan olehnya..selepas itu, terpaksalah aku berdikari mengurus diri & anak yang baru dilahirkan..dia terlalu sibuk dengan kerja, berulang-alik ke Hospital melihat Muhammad Solehuddin serta menguruskan banyak perkara lain..aku faham & tetap bersyukur, kerana sepanjang bercuti dia telah menguruskan kami dengan baik..”
“..tapi, apabila bermula episod berdikari..maka bermulalah, episod luka pembedahan ku yang lambat sembuh..mungkin terlalu banyak bergerak & melakukan kerja rumah..hampir sebulan, lukaku masih belum kering sepenuhnya..apabila tiba hari temujanji 1 bulan untuk pemeriksaan menyeluruh aku & Muhammad Hafizuddin di Klinik Kesihatan, aku dimarahi oleh Jururawat kerana lukaku masih basah & ada darah yang keluar ketika ditekan..maka, aku dirujuk kepada Doktor..aku dibekalkan dengan antibiotic & ubat luka serta dinasihatkan agar benar-benar menjaga lukaku sehingga sembuh..jika tidak, ada potensi untuk luka pembedahan terbuka..Alhamdulillah, lukaku dah semakin sembuh..”
“..setelah hampir 2 bulan tidak berjumpa..minggu lepas, kawan-kawan daripada pejabat hadir menziarahi aku & Muhammad Hafizuddin..banyak perkara & khabar yang dibawa..ada yang gembira & ada yang sedih..yang gembira, seorang pegawai yang memang ramai tidak menyukainya & banyak menimbulkan masalah kepada Bahagian telah ditukarkan..yang sedih, waran perjawatan baru penstrukturan semula keseluruhan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) telah dikeluarkan..Bahagian aku juga, tidak terkecuali..”
“..yang paling memberi impak pada aku ialah, ‘post’ jawatan aku & juga CC kesayangan ku tiada lagi dalam waran perjawatan di Bahagian kami bertugas sekarang..begitu juga terdapat proses ‘re-shuffle’ besar-besaran sedang dijalankan oleh MOA..ramai pegawai & kakitangan di Bahagian ku yang terlibat..nasib kami tidak diketahui sehinggalah surat penempatan atau mana-mana surat arahan rasmi diterima..”
“..aku sangat risau memikirkan dimana aku akan ditempatkan kelak..namun, yang paling menyedihkan aku ialah terpaksa berpisah dengan teman & sahabat kesayangan ku yang dah ku anggap seperti keluarga sendiri..sepanjang tempoh aku berkhidmat di Bahagian ini, begitu banyak bimbingan serta pertolongan yang diberikan oleh mereka pada ku..dalam tempoh aku melalui saat-saat sukar, mereka sentiasa di sisi untuk memberi sokongan & menjadi tempat aku meluahkan perasaan..pelbagai suka duka telah kami kongsi dengan haluan perjuangan yang sama..”
“..walauapapun, inilah hakikat kehidupan..pelbagai pahit manis ujian yang perlu kita lalui..adakalanya suka, adakalanya duka..pasti ada hikmah, disebalik semua yang berlaku..jauh di sudut hati, aku hanya mampu berdoa..semoga kami semua diberikan ketentuan yang baik daripada Allah swt..walau di mana kami ditempatkan kelak, semoga ukhuwwah antara kami akan tetap terjalin erat..semoga kami saling mengingati & mendoakan kejayaan semua di tempat bertugas yang baru kelak..Aamiiin..”
Debaran Mama Soleh Menjelang 5.9.14
“..esok, hari yang sangat mendebarkan..InsyaAllah esok aku akan menjalani pembedahan bagi melahirkan anak kami yang ketiga..”
“..setelah Doktor Pakar membuat pemeriksaan beberapa kali, akhirnya Doktor terpaksa memutuskan aku bersalin lebih awal..minggu yang paling selamat adalah pada minggu ke-37..sebelum & selepas minggu ini, adalah masa yang sangat berisiko tinggi..jika terlalu awal, paru-paru anak masih belum matang…jika menunggu cukup tempoh pula, nyawa ibu & anak dalam bahaya..kontraksi yang kuat, mungkin akan menyebabkan dinding rahim ku yang nipis akan pecah..kesan paling buruk, aku & anak mungkin akan meninggal atau mungkin juga rahimku terpaksa dibuang..”
“.. mengimbas kembali, awal kehamilan ku yang ketiga ini..sepanjang pemeriksaan/ ujian di Klinik Antenatal di swasta/ Kerajaan, aku sering dimarahi oleh Jururawat & Doktor, kerana mengandung semula selepas baru sahaja melahirkan Muhammad Solehuddin yang juga secara pembedahan, tahun lalu..paling aku tak dapat lupakan, seorang Doktor di Hospital swasta yang begitu keras memarahi aku sehingga aku diberikan ceramah mengenai NUSYUZ.. “..awak tahu tak, awak tak nusyuz kalau tak dengar cakap suami pasal mengandung lagi..taat suami, bukan sampai membahayakan nyawa sendiri..sekarang dah mengandung, dah tak boleh buat apa dah..tapi, saya nak bagitahu awak siap-siap lah..awak memang berisiko tinggi, silap-silap boleh meninggal..” balik dari Hospital tersebut, tak henti-henti aku menangis..aku terus hubungi suami aku & ceritakan apa yang berlaku..suami aku dengan nada yang sangat tenang berkata “..tak der apa-apalah Ayang, jangan susah hati..sudah rezeki & ketentuan Allah swt, kita dapat anak lagi..hidup mati bukan ketentuan manusia, tapi ketentuan Allah swt..” aku lebih tenang selepas itu..”
“..aku ceritakan juga hal ini pada kawan-kawan di pejabat..ada yang memujuk, tak kurang juga yang geram & marah pada Doktor tersebut.. “..kalau yer pun, nak bagi nasihat..cakap baik-baik, tak boleh..ini semuakan ketentuan Allah swt..orang lain bersusah payah nak dapat anak..kahwin bertahun-tahun, cuba macam-macam cara, tapi masih tak dapat anak..”
“..apapun, semuanya telah berlalu..sehingga sekarang, Alhamdulillah aku & bayi dalam kandunganku masih selamat..cuma kebimbangan & kerisauan ku, yang masih belum berakhir..terus-terang dalam hati aku ini, bercampur baur pelbagai perasaan & mcm-mcm yang difikirkan..aku tak nafikan, kadang-kadang aku asyik terfikir, mungkinkah aku akan menemui ajalku ketika bersalin esok..semakin meniti detik kelahiran ini, semakin perasaan ku rasa tidak enak..aku cuba lebih kerap beristighfar & berdoa..semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosaku..semoga Allah swt mempermudahkan proses bersalin ku..semoga aku & anak ku selamat, sihat & afiat..semoga kami sekeluarga dapat terus menjalani kehidupan ini bersama-sama lagi..semoga tiada kedukaan menyelubungi kehidupan kami sekeluarga..aku sayang suami & anak-anak ku..aku ingin membesarkan mereka dengan tanganku sendiri & melihat mereka dewasa serta berjaya menunaikan hasrat & impian kami, di depan mataku..aku tak sanggup membayangkan kehidupan mereka yang kehilangan kasih sayang ibu sendiri..semua ini, membuat aku sedih & pilu..aku betul-betul memohon, semoga Allah swt panjangkan usiaku dalam ketaatan ku kepadaNYA..”
“..namun, disebalik semua ini..aku tahu & sedar..setiap manusia tidak dapat lari daripada ajal yang ditentukan oleh Allah swt..jika memang sudah masa untuk aku pergi, aku redha..semoga Allah swt menerima kembalinya aku kepadaNYA..semoga aku pergi dalam redhaNYA, redha suami serta ibubapaku..semoga aku ditempatkan di syurgaNYA serta dijauhkan dari azab seksa Qubur & Api Neraka..semoga mereka yang aku kasihi, redha dengan pemergianku..semoga Allah swt menjaga, memelihara serta membahagiakan mereka dengan rahmat kasih sayangNYA..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
buat masa ini,
“..tiada lain yg mampu dilakukan selain berdoa & aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf dzahir & batin daripada sesiapa sahaja atas segala kesalahan/kesilapan/kekhilafan/kedzhaliman/dendam baik dari segi tulisan/niat/tuturkata/perbuatan..mohon jua dihalalkan segala ilmu/hak/pemberian/makan/minum..”
daripada semua sahabat/saudara/kenalan..
“..ketahuilah, aku juga telah memaafkan & menghalalkan kalian dalam hal ini jua..”
“..sebagai manusia yg sentiasa bersifat lalai/alpa/lupa & tidak lepas dari dosa..aku juga ingin berpesan jika ada apa-apa tuntutan/hak/hutang/kemaafan yang masih belum aku jelaskan & kalian ingin menuntutnya dariku..mohon maklumkan aku di private message FB ini @ mana-mana waris ku, jika aku tiada kelak di dunia ini..”
terlebih dahulu,
“..aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kemaafan kalian & semoga kalian mendapat rahmat & keampunan daripada Allah swt..”
-salam ukhuwwah fillah-
jazakAllahhukhairankathira
ikhlas dariku,
- NORAAINI BINTI SAAIDIN -
4/9/2014
p/s :
sempena malam ini, malam Jumaat yang kebiasaannya umat Islam akan membaca Yaasiin..mohon jasa baik saudara/sahabat sekalian, agar dapat menghajatkan doa untuk keselamatan serta kesihatan diriku & anak yang bakal aku lahirkan..terima kasih banyak-banyak, atas doa serta pertolongan kalian..
tolong sampaikan mesej aku ini, pada kawan-kawan yang kalian rasa dia juga mengenali aku & baik baginya untuk disampaikan mesej daripadaku ini..
24.8.14 @ Terperangkap Dalam Lif Hospital
“..semalam, mungkin adalah hari yang paling aku tidak dapat lupakan..seumur hidup ini, aku tidak pernah terperangkap dalam lif..tapi, semalam adalah catatan baru dalam hidup ku..sehingga lewat pagi ini, aku tidak berupaya untuk tidur lena dek peristiwa ini..”
“..sekadar ingin berkongsi pengalaman & rasa dengan kalian..peristiwa ini terjadi selepas kami sekeluarga melawat Muhammad Solehuddin di wad ICU..lif yang aku naik bersama anakku Muhammad Luqman Izzuddin begitu sesak dengan manusia kerana baru sahaja habis waktu melawat di Hospital..kebetulan suamiku tidak bersama kami, kerana dia terlebih dahulu turun melalui anak tangga kerana tidak suka agak lama menunggu lif sedangkan berulang kali tiba penuh sesak..aku yang dah sarat ni, terpaksa juga menunggu lif ditemani anakku Luqman..”
“..kurang seminit kami menaiki lif, tiba-tiba sahaja lif tersebut berhenti..selepas loceng kecemasan ditekan, tiada respon yang diterima & bantuan masih juga belum sampai..hampir selepas 15 minit menunggu, anak-anak kecil mulai menangis & kaum wanita mula berasa bimbang..ada juga yang mengadu sesak nafas, mungkin kerana lif terlalu sesak & juga faktor panik..aku juga tidak dapat lari daripada perasaan yang sama, apatah lagi Luqman mula menunjukkan reaksi wajah yang sangat pucat serta air mata mula bergenang di matanya..”
“..dek kerana tertekan melihat isteri & anak masing-masing, kaum lelaki yang berada di dalam lif mula memikirkan sesuatu..akhirnya, mereka cuba membuka pintu lif dengan pelbagai cara..akhirnya, pintu lif terbuka sedikit & kanak-kanak serta mereka yang berbadan kecil dapat keluar..Luqman memegang erat tanganku seakan tak mahu berpisah apabila dia dipaksa juga keluar oleh mereka yang lain..akhirnya tinggal aku , seorang lelaki tua yang berkerusi roda serta 2 orang lelaki yang tak sampai hati membiarkan sahaja kami tertinggal dalam lif itu, kerana tidak dapat keluar..aku tidak mahu mengambil risiko untuk memaksa diri keluar dari bukaan laluan lif yang begitu sempit disebabkan anak dalam kandungan ku yang sedang menunggu hanya 12 hari sahaja sebelum dijadual lahir secara pembedahan pada 5 September ini..apa sahaja boleh berlaku pada kami berdua, jika kami tersepit..jadi aku memilih untuk terus berada dalam lif sahaja..”
“..sambil menunggu dalam lif, mujur aku dapat menghubungi suami ku untuk meminta bantuan daripada Unit Penyelenggaraan..sedang nafasku makin sesak, dari luar lif anakku Luqman mula menangis..semakin lama semakin kuat..tak henti-henti dia memanggil aku.. “..Mama, Mama, Mama..tolong Mama saya , pakcik makcik..”..kaum wanita di luar lif, cuba memujuknya..akhirnya Luqman lebih tenang apabila suamiku tiba, namun masih menangis sambil meminta ayahnya menyelamatkan aku.. “..Abah, Abah..tolong Mama, Abah..”..semakin sayu hati kecil ini, mendengar suaranya..”
“..akhirnya, Unit Penyelenggaraan tiba..mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana lif rosak teruk serta memarahi mereka-mereka yang cuba membuka lif secara paksa..dengan nada & suara yang keras mereka berkata.. “..lain kali, jangan buat apa-apa..jangan paksa buka lif..sekarang ni, dah jadi makin susah..sebab tu, bila kita naik lif..selalu ada tampal, jika terperangkap dalam lif jangan buka secara paksa..kami tak boleh hubungi bomba lagi..ikut peraturan, kena tunggu masa lebih dari setengah jam serta Unit Penyelenggaraan dah cuba segala cara untuk buka lif..”..mereka di luar lif yang dah berjaya keluar tadi, mula rasa tak puas hati & membentak..”..Encik, soal panik ni, bukan boleh jangka..kalau tahu pun, kadang tak mampu nak buat..lagipun, dah lama sangat kami tunggu bantuan..lif sesak dengan orang, kalau kami tak cuba buka..mungkin dah ada orang yang mati sesak nafas di dalam..”..komunikasi antara kakitangan Unit Penyelenggaraan, sangat menjengkelkan & menyakitkan hati..balik-balik soal kos pembaikan yang disebut..”..ini kalau cuba buka juga ni, abis rosak semua, jenuh karang kos nak repair..”..kami yang di dalam lif, mula bercakap sesama sendiri, sambil memandang di dalam lif..sah, tiada sekeping pun peraturan @ langkah-langkah kecemasan jika lif tersekat yang dipamerkan di dalam lif ini..akhirnya seorang daripada lelaki dalam lif bersuara.. “..Encik, nanti Encik tolong tampal besar-besar dalam lif ni yer ‘PERATURAN KECEMASAN’ jika lif tersekat, kami tengok dalam lif ni sekeping pun tak der..” seorang lagi lelaki bersuara, “..Encik, saya ni tak pikir diri saya..marilah kita cuba buka sama-sama lif nie..jangan lah pikir pasal kos, Encik..lif ni, boleh dibaiki, tapi Encik cuba pikir pasal nyawa ibu mengandung yang dah tunggu hari nak bersalin serta warga emas di dalam nie..” ..tersentuh hati aku, mendengar kata-kata lelaki tersebut..sungguh dia manusia yang bertimbang rasa serta berperikemanusiaan..”
“..aku semakin lemah, mungkin kerana kekurangan oksigen..akhirnya aku terduduk, kerana dah tak berupaya nak berdiri..dari dalam lif, aku bersuara..“..Abang, call jer lah bomba..Ayang dah tak boleh nak bernafas nie..” ..suami aku hanya mampu menjawab.. “..sabarlah Ayang, Jurutera mereka on the way dah..”
“..tak lama kemudian, Jurutera mereka datang..mengambil sedikit masa & mengguna pelbagai cara, Alhamdulillah, akhirnya pintu lif dapat dibuka, walaupun tidak habis dibuka namun kali ini lebih besar daripada sebelumnya..lelaki-lelaki dalam lif, menyuruh aku keluar dahulu..warga emas tadi pun, disuruh cuba bangun untuk keluar dari lif..keluar sahaja dari if, aku dah tak mampu nak berkata-kata..Luqman memeluk erat aku sementara suamiku memimpin tanganku.. “..saya tak nak naik lif, kita ikut tangga sahaja..” dalam perjalanan ke kereta, berkali-kali suamiku bertanya “..Ayang, awak OK tak?.." .. aku hanya menggangguk lemah..
“..berada dalam kereta, aku mula resah..nafasku rasa begitu sesak..perut ku pun rasa tak selesa..semasa ini, aku teringat kembali cerita kawanku mengenai seorang staf di pejabatnya yang anaknya meninggal dalam perut kerana lemas di usia kandungannya sudahpun melebihi 9 bulan.. “..Abang, saya nak pergi ke klinik lah..takut anak kita lemas..” tanpa banyak pikir, kami pun bergerak ke Hospital Az-Zahrah..itulah tempat yang paling sesuai bagi kami..kalau perlu emergency LSCS pun, Dr Fazlina dah tahu kes aku..”
“..setibanya di Hospital Az-Zahrah, aku terpaksa juga menunggu hampir sejam sebelum dapat berjumpa Dr yang berkenaan..dengar sahaja kes aku, Dr terkejut & bertanya macam-macam..Puan rasa sesak nafas teruk tak? berapa lama terperangkap dalam lif? perut rasa macamana? bayi ada rasa gerak-gerak? aku hanya menjawab.. “..minta maaf Dr, saya tak boleh nak rasa apa-apa sekarang..semuanya tak pasti, untuk saya..” “..kita kena buat CTG Puan..kalau dari scan & ultrasound sahaja, kita tak boleh nak pastikan anak lemas atau tak..kes macam ni, kena lebih hati-hati..kadang-kadang, anak boleh lemas kalau tak dapat oksigen yang cukup..”
“..CTG dibuat 2 kali bagi mengetahui keadaan anak & memeriksa tahap oksigen..Alhamdulillah, Dr sahkan anak tak lemas dan tahap oksigen baik..aku dibenarkan pulang..namun, Dr menasihatkan aku memantau rapi pergerakan anak..jika anak dikesan, kurang pergerakkan..aku perlu cepat-cepat ke Hospital semula..”
“..terus-terang aku masih trauma sehingga kini..semalam, aku peluk erat & pandang wajah Luqman ketika nak tidur..dia semangat aku..sehingga hari ini, aku masih bertahan kerana kekuatan yang lahir dari kasih sayang Luqman..aku mampu hadapi apa yang berlaku pada Muhammad Solehuddin, kerana Luqman..dia sentiasa jadi penawar yang menghilangkan duka ku..setiap gelagatnya menceriakan aku..aku tak sanggup melihat dia menangis..kalau lah aku terpaksa pergi lebih awal dijemput Ilahi, dialah insan yang paling aku sedih & berat nak tinggalkan..”
“..apa yang berlaku semalam juga, membuat aku tidak dapat lari daripada memikirkan, mungkinkah ini tanda-tanda awal yang Allah swt nak bagi pada aku? mungkinkah, aku akan pergi menemuiNya pada hari menjalani pembedahan nanti? tapi, sebagai hambaNya aku pasrah..aku sedar, tiada seorang manusia pun yang dapat lari, apabila tiba ajalnya..mungkinkah jua, ini cuma ujian daripada Allah swt? yang terbukti, setiap ujianNya sehingga kini, telah mengeratkan lagi hubungan & kasih sayang antara kami sekeluarga..mungkin, aku terbawa-bawa oleh mainan hati & perasaanku sendiri..namun, aku tetap berdoa semoga aku & anak ini selamat menjalani pembedahan..semoga kami membawa kegembiraan dalam keluarga ini, bukan kedukaan..semoga kami sekeluarga dapat bersama-sama lagi menjalani kehidupan, apatah lagi dalam keadaan Muhammad Solehuddin sekarang yang sangat memerlukan kasih sayang, sokongan serta perhatian kami semua..semoga Allah swt merahmati kami sekeluarga serta menjauhi kami daripada kemudharatan di Dunia & Akhirat..Aamiiin..”
14.8.14 @ Hari ke-401 di ICU
"..hari ni, kami berganjak setapak lagi dalam usaha rawatan ke atas Muhammad Solehuddin..Syukur, Alhamdulillah..Allah swt temukan kami dengan insan-insan yang sangat berhati mulia yang berjaya menemukan kami & Muhammad Solehuddin dengan seorang Doktor beragama Islam yang berasal daripada luar negara yang merupakan Assistant Professor di Faculty of Traditional & Complementary Medicine, Cyberjaya University College of Medical Sciences..mereka sanggup datang ke Hospital, untuk melihat serta mengkaji keadaan Muhammad Solehuddin bagi menentukan rawatan/ jenis ubat yang sesuai & sewajarnya ke atas dia..semoga usaha & ikhtiar ini, berjaya dengan izin Allah swt..semoga Allah swt memberi kesihatan & afiat kepada Muhammad Solehuddin serta menjauhi dirinya daripada segala mudharat, bahaya & penyakit..Aamiiin.."
28.7.14 @ 1 Syawal 1435H @ Hari ke-385 di ICU
“..Terima Kasih banyak-banyak kepada Jururawat yang sangat baik hati memberi keizinan & sudi menolong kami mengambil gambar sekeluarga bersama-sama..walaupun dia belum berkahwin & menjadi seorang ibu, tapi hatinya begitu mulia seakan mengerti perasaan hati seorang ibu..semoga dia tidak mendapat apa-apa masalah kerana hajat serta keinginan kami sekeluarga ini..semoga Allah swt melindunginya..Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt kerana menganugerahkan kegembiraan serta kebahagiaan ini kepada kami sekeluarga..”
25.7.14 @ Salam Aidilfitri 2014
"..Kami dengan rasa rendah diri dan setulus hati mengambil kesempatan di Bulan yang penuh kemuliaan ini, untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang perkhidmatan, perkenalan dan terjalinnya ukhuwwah sesama insan.."
"..Mohon dihalalkan makan minum serta sudilah kiranya untuk melupakan segala keburukan kami yang tersimpan di lubuk hati.."
"..Kami mendoakan semoga Allah swt merahmati dan melimpahkan kasih sayangNya buat kalian sekeluarga, agar dapat meraikan Syawal yang indah ini dengan penuh rasa syukur dan bahagia.."
"..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.."
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
AIN.AZHAR.LUQMAN.SOLEHUDDIN
21.7.14 @ Doa di Bulan Ramadhan
Bantuan Bacaan Yasin, Doa & Solat Hajat
Muhammad Solehuddin mengalami ‘Central Congenital Hypoventilation Syndrome’. Sejak dilahirkan pada 9 Julai 2013 sehingga kini masih berada dalam rawatan di wad ICU, hospital.
Sempena Bulan Ramadhan yang penuh Maghfirah, Rahmah & Barakah ini, kami sekeluarga ingin memohon pertolongan serta jasa baik sahabat & saudara umat Islam sekalian untuk mendoakan semoga Allah swt menghilangkan penyakit anak kami & kesihatannya bertambah baik. Semoga Allah swt merahmati kita semua. ~Aamiiin~
p/s : dalam mengharungi malam-malam terakhir Ramadhan & mencari keberkatan Lailatul Qadar tahun nie, kami amat berharap kalian dapat sama mendoakan kesihatan anak kami Muhammad Solehuddin..tolong sebarkan pada rakan-rakan umat Islam yang lain..semoga lebih ramai insan dapat mendoakan kesejahteraan anak kami..terima kasih, banyak-banyak..semoga Allah swt membalas jasa baik kalian..
9.7.14 @ Ulangtahun Kelahiran Soleh yang Pertama
"..semoga Muhammad Solehuddin diberkati umur, dimurahkan rezeki serta bahagia di Dunia & Akhirat.."
~Aamiiin~
setahun sudah usia mu berlalu, anakku..semoga Allah menganugerahkan mu, kesihatan yang berkekalan & menghilangkan penyakit mu..semoga kita sekeluarga dapat hidup bahagia bersama-sama..
3.7.14 @ Bantuan Bacaan Yasin, Doa & Solat Hajat
Muhammad Solehuddin mengalami ‘Congenital Central Hypoventilation
Syndrome’. Sejak dilahirkan pada 9 Julai 2013
sehingga kini masih
berada dalam rawatan
di Wad ICU, Hospital.
Sempena Bulan Ramadhan yang penuh Maghfirah, Rahmah & Barakah ini, kami sekeluarga ingin memohon pertolongan serta jasa baik sahabat & saudara umat Islam sekalian untuk mendoakan semoga Allah swt menghilangkan penyakit anak kami & kesihatannya bertambah baik. Semoga Allah swt merahmati kita semua. ~Aamiiin~
28.6.14 @ Imbasan Menjelang 1 Ramadhan
"..petang ini, menjelang malam 1 Ramadhan tahun 2013..lahirnya cahaya mata tersayang Muhammad Solehuddin..Alhamdulillah, dia selamat dilahirkan melalui pembedahan & diberitakan sihat..kegembiraan yang kami rasakan tidak berkekalan lama..saat suamiku selesai terawekh di malam 2 Ramadhan, dia mendapat berita anak kami berhenti bernafas & perlu dikejarkan ke Hospital..terasa begitu sedih & lemah diriku yang baru memasuki hari ke-2 selesai menjalani pembedahan, mendengarkan khabar yang sama..sebak & sayu menatap wajah & menyentuhnya, saat Jururawat & Doktor membawa dia bertemu aku sebelum dibawa ke Hospital..berat hati ini, berpisah dengannya.."
"..petang ini, menjelang malam 1 Ramadhan..hajat hati ibu ini, masih belum kesampaian..anak kesayangan masih belum boleh pulang ke rumah, untuk sama-sama meraikan Ramadhan yang mulia ini..terasa tidak lengkap keluarga ini tanpanya..apapun, kami tetap berdoa agar dapat kami memanfaatkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk meningkatkan amal & kebajikan..semoga Allah swt merahmati keluarga kami & memakbulkan doa kami agar Muhammad Solehuddin sihat sepenuhnya serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain..Aamiiin.."
"..sempena Ramadhan ini, izinkan kami sekeluarga memohon ampun & maaf daripada kalian semua..marilah kita sama-sama mengambil kesempatan menyucikan diri & hati di Bulan Ramadhan yang penuh dengan keampunan, rahmat & keberkatan daripada Allah swt ini..Aamiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin.."
29.5.14 @ Mama Terguris Rasa
“..bila aku ketawa, tidak bereerti aku tidak menangis..bila aku nampak gembira, tidak bereerti aku tidak sedih..bila aku melayari hidup seperti biasa, tidak beerti aku cukup tabah sehingga aku tidak tersinggung dengan kata-kata dan tingkahlaku kalian yang menyakiti hati aku..disebalik semua yang kalian nampak, kalian tidak pernah tahu apa sebenarnya yang aku rasa..betapa sakit dan peritnya, aku cuba menyembunyikan perasaan ku sebenar..semata-mata untuk aku mencari kekuatan meneruskan kehidupanku..untuk mereka yang aku kasihi..setiap saat aku tak pernah berhenti memikirkan segala apa yang sedang dan bakal aku lalui..bagaimana aku akan melaluinya..hakikatnya, kalian takkan mungkin mengerti dan merasai apa yang aku lalui..siapa kalian untuk mempertikaikan, menilai dan menghakimi naluri hati ku yang sebenar? doa, usaha dan perasaanku kalian takkan pernah tahu..di hati ini, hanya Tuhan yang Maha Tahu..terima kasih kerana mengguris hati ku, saat aku benar-benar mengharap kalian dapat menjadi sumber kekuatan untuk aku terus berjuang menempuhi ujian ini..tak pernah aku terfikirkan kalian sanggup melukai hati ku..perit lagi luka yang diberikan orang yang aku kasihi..tiada lagi harapan yang inginku sandarkan pada kalian..segalanya ku serahkan hanya pada Dia, yang Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuat, Maha Mengetahui, Maha Memahami & Maha Menguasai..mungkin suatu hari nanti, bila aku tiada lagi disisi..saat itu, kalian akan benar-benar mengerti dan merasai..jangan disesali, kerana aku telah maafkan kalian..doakan aku, itu lebih baik untukku dan kalian..”
27.5.14 @ Hari ke-317 di ICU
“..sehingga hari ini, Muhammad Solehuddin di wad ICU..hasrat kami untuk membawa pulang Muhammad Solehuddin telah disuarakan kepada pihak Hospital..reaksi yang diterima, masih negatif..kami tidak dibenarkan membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..malah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan cadangan baru pihak Hospital..kali ni, pihak Hospital bercadang untuk membuat pembedahan usus ke atas Muhammad Solehuddin..persoalannya, kenapa sekarang? kenapa setelah 10 bulan? sebelum ni, bukankah telah disahkan oleh Pakar HKL bahawa ususnya normal..masalah sarafnya yang mengganggu usus Muhammad Solehuddin..apabila ditanya keperluan prosedur ini dan hasilnya, jawapan pihak Hospital adalah tidak pasti, sekadar cuba membantu Muhammad Solehuddin..”
“..cukup, cukuplah..kami tak sanggup derita baru menimpa Muhammad Solehuddin..biarlah kami ikhtiar dengan cara lain terlebih dahulu..tambah kuat, keinginan kami untuk membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..setelah merayu dan berbicara dari hati ke hati dengan pihak Hospital, kami akan dibenarkan membawa pulang Muhammad Solehuddin dengan beberapa syarat..pertama, kami harus menjalani semua latihan yang diarahkan, sehingga disahkan benar-benar cekap & mahir untuk mengendalikan Muhammad Solehuddin..kedua, pasukan perubatan pihak Hospital akan melawat ke rumah, sehingga dipastikan keadaan rumah benar-benar sedia menerima Muhammad Solehuddin..ketiga, kami perlu mengambil tanggungjawab & risiko sendiri ke atas apa yang berlaku kepada Muhammad Solehuddin kelak..”
“..Khamis lalu, pihak Hospital telahpun selesai melakukan ‘home-visit’..hasil lawatan, kami dikehendaki menyediakan beberapa keperluan & kelengkapan sebelum ‘home visit’ seterusnya dibuat..pertama, kami perlu menyediakan lima (5) suis berasingan untuk setiap mesin/peralatan yang digunakan oleh Muhammad Solehuddin..kedua, kami perlu menyediakan ‘fire-extinguisher’ & alat ‘smoke-detect’ di rumah..anggaran kos yang terlibat adalah RM500..kami juga dikehendaki memikirkan keperluan pembelian sistem janakuasa ‘gen-set’ yang semestinya memerlukan kos yang tinggi kerana kami tidak boleh kehilangan punca kuasa kerana semua mesin/peralatan Muhammad Solehuddin perlu berfungsi 24 jam sehari..kami juga perlu mengambil risiko, bagi perjalanan ulang-alik ke Hospital berdekatan untuk menempatkan Muhammad Solehuddin sekiranya kejadian kecemasan berlaku seperti kebakaran dan kehilangan punca kuasa di rumah..selain itu, perjalanan ulang alik ke Hospital bagi rutin pemeriksaan oleh Pakar Perubatan juga perlu dirancang dengan teliti bagi mengelak kesesakan jalan raya..Muhammad Solehuddin tidak boleh terlalu lama berada dalam trafik jalan raya kerana bateri mesin pernafasan dan kandungan oksigen dalam tangki mungkin tidak boleh menampungnya..kami juga, diberikan penerangan mengenai bil elektrik yang dianggarkan mencecah RM300-400 sebulan bagi pengggunaan mesin/peralatan Muhammad Solehuddin..ini tidak termasuk, keperluan elektrik peralatan/ kelengkapan rumah yang lain..selain itu, kami juga dikehendaki memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada kuman..kehadiran teman & ahli keluarga ke rumah, perlu dikawal sepenuhnya..sekiranya ada yang ingin melawat Muhammad Solehuddin, seharusnya hanya dibenarkan melihat dari jauh terutamanya kanak-kanak..sekiranya Muhammad Solehuddin didapati terkena jangkitan kuman semasa berada di rumah kelak, pihak Hospital mungkin agak sukar untuk memberi peluang kebenaran bawa pulang ke rumah lagi..terduduk & termenung juga kami, bila mendengar & memikirkan semua perkara ini..kos dan risiko yang tinggi..apatah lagi mengenangkan kehidupan Muhammad Solehuddin..walaupun berada di rumah, macam berada di Hospital juga..terasing & tidak bebas menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain..namun, sekurang-kurangnya Muhammad Solehuddin dapat bersama keluarga sendiri..”
“..Jumaat pula, kami telah menjalani sesi latihan secara teori bagi ‘nursing-care’ Muhammad Solehuddin di rumah..termasuklah, ‘tracheostomy care’, ‘tracheostomy tube changing’, ‘rectal wash-out’, ‘ feeding tube changing’, ‘suctioning’ & ‘feeding’..kami juga diajar cara-cara ‘maintenance’ dan ‘service’ asas mesin/peralatan Muhammad Solehuddin..dalam sesi ini juga, kami dimaklumkan terdapat beberapa bekalan/peralatan/ubat-ubatan yang perlu dibeli sendiri oleh kami kerana tidak dibekalkan oleh pihak Hospital untuk kegunaan di rumah..antaranya ‘feeding tube’, ‘suction connecting tube’, ‘suction catheter’, ‘syringe’, ‘examination glove’, ‘tape’, ‘gauze’, ‘cotton ball’, ‘tracheostomy tube tie’, ‘Lubricating Jelly’, ‘normal saline’, ‘suction set’ dan ‘dressing-set’..anggaran kos keperluan semua bekalan/peralatan/ubat-ubatan ini yang majoritinya bersifat pakai buang & pakai habis adalah hampir RM300 sebulan..oleh kerana Muhammad Solehuddin tidak boleh makan makanan lain seperti kanak-kanak biasa.. Muhammad Solehuddin memerlukan supplement tambahan iaitu ‘Carborie’ dan ‘MCT Oil’ yang perlu dicampur bersama-sama susunya..anggaran kos supplement tambahan ini adalah RM200 sebulan..selain daripada ‘oxygen cylinder’ yang telah dibeli bersama set ventilator sebelum ni, kami juga diminta membeli sebuah atau sebaiknya dua lagi set ‘oxygen cylinder’ yang setiap satunya berharga RM1280 kerana tahap kegunaan Muhammad Solehuddin yang tinggi sementara prosedur bagi belian ‘refill’ oxygen di premis berkenaan, memerlukan ‘oxygen cylinder’ ini ditinggalkan terlebih dahulu sebelum dipungut semula..kos ‘refill’ setiap oxygen cylinder yang dianggarkan RM60-70 juga perlu ditanggung oleh kami sendiri..jadi kami diharap dapat membuat persediaan sewajarnya dari segi mental & kewangan..kami dimaklumkan latihan praktikal bagi ‘nursing-care’ boleh terus dilaksanakan ketika kami menziarahi & menjaga Muhammad Solehuddin di Hospital di bawah pemantauan Jururawat..sementara itu, latihan teori serta praktikal bagi prosedur & teknik ‘basic-life-support’ (BLS) akan diadakan tidak lama lagi..”
“..terus-terang, macam-macam perkara yang sedang berlegar-legar di fikiran kami..banyak persediaan yang perlu dibuat, baik dari segi ilmu, kemahiran, fizikal, mental dan kewangan..semuanya menuntut kekuatan & pengorbanan yang besar..sedangkan hanya seorang daripada kami akan bekerja sementara seorang lagi perlu menguruskan Muhammad Solehuddin yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi..”
“..walauapapun, hasrat membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah tetap akan diteruskan..segala qudrat & rezeki hanya Allah yang Maha Berkuasa memberi & menentukannya..selagi terdaya, kami akan berjuang..namun, di hati ini kami benar-benar bertawakkal kepada Allah..semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga & dipermudahkan segalanya..yang nyata, kami takkan berhenti berharap & berdoa..semoga Muhammad Solehuddin disempurnakan segala sifat & fungsi angggota panca inderanya, diberi kesihatan yang baik serta dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain..semoga ujian yang kami lalui ini berakhir segera dan kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik..Aamiiin..”
9.5.14 @ Hari ke-300 di ICU
"..hari ni genap 300 hari bersamaan 10 bulan, Muhammad Solehuddin di wad ICU..sehingga sekarang, keadaan Muhammad Solehuddin tidak banyak perubahannya..namun, kami tetap bersyukur..sebab dia masih bersama kami..dan apa yang paling penting, dah lama kami tidak menempuhi saat-saat sukar melihat Muhammad Solehuddin berada dalam keadaan kritikal.."
"..sejak tragedi perbuatan pihak Hospital yang membuat aku trauma, aku nekad ingin membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..setiap hari terngiang-ngiang di telinga ku, kata-kata Pengarah Hospital itu..["..semua tu, tanda protes saja..buktinya, anak Puan masih selamat sehingga sekarang..nak tak nak, Puan kena terima..sebab anak Puan di hospital kami..Puan boleh bersedia bawa balik anak Puan, sebab dah tak der apa yang pihak Hospital boleh buat..kat sini pun, kami cuma membantu untuk proses 'nursing-care' Muhammad Solehuddin sahaja"]..protes apa ke halnya, sampai mempertaruhkan nyawa anak aku..aku sebagai penjawat awam, macam mengemis simpati Hospital Kerajaan..inikah nasib penjawat awam? tak der langsung hak nak bersuara, nak buat aduan pasal salah laku Jururawat, Doktor di Hospital Kerajaan..bila buat aduan pun, diambil tak endah sahaja..kesalahan kita pula, yang dicari..begitu sukar untuk meluahkan masalah, apatah lagi untuk aku meminta sedikit pengertian & simpati tentang perasaan ini..agaknya, inilah nasib & hakikat yang perlu diterima pesakit & ahli keluarga yang terpaksa tinggal di Hospital Kerajaan.."
"..bersusah-payah aku melengkapkan semua dokumen, berhubung dengan syarikat-syarikat yang berkenaan dan berulang alik Kementerian Kesihatan..semuanya aku lakukan sendiri..semata-mata mempercepatkan lagi proses ini..aku tidak bergantung dengan Jabatan..semua dokumen aku serah dengan tanganku sendiri, kuiri aku terima dan hantar dengan tangan sendiri, begitu jugalah akhirnya kelulusan..sebelum ni, aku dengar sehingga berbulan-bulan lamanya KKM mengambil masa..tapi, Alhamdulillah..pada pertengahan bulan April yang lalu, kelulusan telah pun diperolehi bagi bantuan pembelian peralatan perubatan Muhammad Solehuddin yang berjumlah hampir RM60 ribu..Jabatan aku pun, dah mengeluarkan Pesanan Kerajaan bagi pembelian ini..aku masih meneruskan usahaku, dengan setiap hari aku susul dengan pihak syarikat, berkenaan proses perolehan ini..aku merayu, mohon dipercepatkan..Alhamdulillah, semalam aku terima berita gembira daripada syarikat berkenaan..shipment dari United State of America (US) dah tiba..InsyaAllah, aku akan dihubungi semula bagi temujanji untuk penghantaran ke Hospital & latihan penggunaan semua peralatan perubatan tersebut.."
"..bagaikan hilang separuh beban dalam hatiku..sekarang ni, tiada lain yang aku fikirkan..kami suami isteri dah bersetuju..pendirian kami sekarang, bawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..InsyaAllah, kami nak ikhtiar cara lain pula..kami yakin Muhammad Solehuddin akan bertambah sihat dengan jagaan sepenuhnya, perhatian, sentuhan dan belaian kasih sayang kami berdua..setiap anak yang sakit, perlukan perhatian ibu & ayahnya..itu semua, kami tidak dapat lakukan di Hospital..semuanya terbatas bagi kami..ini tak boleh, itu tak boleh..semuanya serba tidak kena..terus-terang, selama 10 bulan ini..aku sebagai ibu, telah memendam rasa yang cukup mendalam..aku ingin membelai anakku sepenuhnya..aku ingin memeluk, mendakap, memandikan, mendukung, mengusap dan membelai Muhammad Solehuddin dengan tangan aku sendiri..tanpa ada yang menghalangnya.."
"..dengan keadaan aku sekarang yang kurang mengizinkan, untuk aku berulang alik ke Hospital setiap hari..hati ini terasa lebih berat untuk berjauhan dengan Muhammad Solehuddin..di tiap hari aku tidak dapat menziarahinya, hati ini sangat sedih..apapun terjadi, selewat-lewatnya pada hujung bulan ini, kami akan bawa pulang Muhammad Solehuddin..semoga segala niat, ikhtiar & usaha kami ini diredhai & diberkati oleh Allah swt..Aamiiin.."
7.3.14 @ Hari ke-238 di ICU
"...aku tidak pernah begitu sedih selama ini, dengan ujian ALLAH ke atas anakku Muhammad Solehuddin..tapi, apa yang paling menyedihkan aku adalah tindakan negatif, tekanan & provokasi manusia seperti Doktor & Jururawat ke atas aku sebagai ibunya..sekian lama, semua perang perasaan aku simpan dalam hati..cuma sesekali merengus, meluahkan perasaan yang terbuku di hati..apabila mereka melakukan perkara yang tak masuk dek aqal ini..”
“..sekadar meluahkan perasaan hati, apabila ditanya oleh Doktor yang berniat ingin mengetahui masalah diri bila dilihat riak wajahku yang suram..harapanku, mungkin Doktor ada cara yang baik untuk menangani..tanpa aku ketahui, masalah yang ku luahkan telah menjadi ‘virus’ pada mereka yang berkenaan & mungkin telah merebak kepada teman-teman..”
“..tiba hari kejadian, sejurus Doktor memohon aku & suami membuat keputusan yang sangat penting bagi menjalankan ujian yang sangat berisiko tinggi membabitkan keselamatan nyawa Muhammad Solehuddin..disaat aku sedang berperang dengan perasaan & meluahkan kekesalan pada suami mengenai bicara seorang Doktor yang seakan-akan menganggap kami sangat ‘bodoh’..tetiba sahaja, kami dikejutkan dengan ‘fitnah’ dahsyat..”
“..maka pada ketika itulah, semua perasaan yang dibendung tidak dapat dikawal lagi..apabila aku cuba mempertahankan diri, perkara lain pula yang terjadi..kesalahanku pula, yang dicari..kerana nadaku sedikit tinggi pada Ketua Jururawat yang agak berusia itu, aku dikatakan tidak elok pekerti..mana tidaknya, Ketua Jururawat itu terus menuduh aku..membuta tuli percaya pada ‘fitnah’..apa salahnya kalau bertanya? kenapa terus dituduh tanpa usul periksa? itu yang buat aku rasa sangat kesal..dia seorang pemimpin, kenalah adil..ini tidak, cakapnya hanya pada sebelah pihak..tak sepatutnya, dia bersikap demikian..saat inilah, terbongkarnya ‘virus’ yang sedang merebak..rupa-rupanya mereka dah lama ‘sakit’ dengan aku..mereka kata, mereka tak nak jaga Muhammad Solehuddin..mereka tak boleh jaga Muhammad Solehuddin, sebab aku..aku ‘cerewet’ sangat..bukan niat aku nak susahkan sesiapa..aku hanya cuba berkongsi pengalaman perihal ragam anak aku, kebiasaannya semasa berada di Hospital Ampang..aku hanya cuba membantu mereka memahami karenah anakku..aku nak mudahkan mereka..itu niat sebenar aku..setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka..ibu mana yang tak susah hati, melihat perubahan mendadak yang mudharat pada anak aku..bukan aku minta kulit anak aku sensitive..dah begitu, kejadiannya..tak boleh panas, tak boleh berpeluh..dah sampai tahap merebak satu badan, sampai ada yang naik bernanah..mestilah aku susah hati..sesiapa sahaja ke wad ICU, pun tahu..wad ICU Hospital Serdang, panas..langsung tak rasa ‘air-cond’..sedangkan di wad NICU-Hospital Ampang dulu, kulit anak aku bersih sahaja..dia tidur jer selalu, senang hati..tak resah, macam di sini..”
“..paling aku terkilan, mereka hilang pertimbangan & sanggup mengetepikan etika kerja..seakan inilah masanya, membalas dendam memuaskan hati..tergamak mereka membiarkan sahaja anakku hampir tidak bernyawa..namun, Allah s.w.t sentiasa menghantar pertolonganNya..dicelah-celah kumpulan mereka, muncul seorang insan berhati mulia..walau ditegah oleh rakan-rakannya, dia tetap berusaha menyelamatkan anakku & menghubungi Doktor..terima kasih, Jururawat berhati waja..jasamu tetap akan ku kenang selamanya..semoga Allah swt memberi ganjaran yang setimpal dengan kebaikannya..”
“..sekian lama, kesabaranku teruji..dek peristiwa ini, aku benar-benar tidak dapat menahannya lagi..ia menjadi trauma & beban yang sangat berat di hatiku..sehinggalah aku terpikir cuba memperjuangkan menuntut hak & keadilan sebagai seorang ibu yang betul-betul rasa sedih & didzhalimi.."
"..kalau dulu, aku paling hormati kerjaya sebagai Doktor & Jururawat..hari ni, aku tak mampu lagi menghormati sepenuhnya kerjaya ini..semuanya, dek segolongan Doktor & Jururawat yang tidak jujur, tidak amanah & tidak adil..sanggup melakukan semua ini, semata-mata untuk menutup kesalahan & kelemahan sendiri..tergamak menafikan hak & keadilan bagi seorang ibu yang rasa betul-betul teraniaya & didzhalimi..aku langsung tidak diberikan hak untuk menyatakan kebenaranku..betapa mereka tidak menghormati, menghina, menyakiti & melukai perasaanku..sewajarnya pemimpin tertinggi menunjukkan sikap yang lebih adil, mendengar dari kedua belah pihak & barulah menilainya..tapi, pemimpin tertinggi yang aku jumpa pada hari ini sebaliknya.."
"..walaupun, aku harus mengakui tidak semua Doktor & Jururawat begitu..tapi, apa yang berlaku hari ini betul-betul merupakan tamparan hebat & terasa begitu pahit untuk aku menelannya..apa guna melawan lagi..dek nasihat suami, aku hentikan langkah perjuangan ini..walaupun hasrat dari naluri seorang ibu ini berkobar-kobar ingin mencari sebuah keadilan.."
"..hakikatnya, kedzhaliman telah benar-benar berlaku..aku, suami & anakku merupakan mangsa mereka..ALLAH & Malaikat menjadi saksi kami..biar mereka semua terlepas hari ini, aku yakin di AKHIRAT mereka tidak akan terlepas.."
"..hari ini hari mereka..hidup ini ibarat putaran roda..mereka juga ada anak, isteri, suami, ibu & bapa..janji ALLAH itu pasti..doa orang yang didzhalimi pasti termakbul.."
"..Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah keadilan kepada hambaMU yang teraniaya ini..Ya Allah, izinkan anak kami Muhammad Solehuddin sembuh dengan segera..cukuplah derita hati, kesedihan, kedukaan & keperitan yang ditanggung oleh aku sebagai ibunya.."
"..maafkan aku, duhai Doktor & Jururawat yang berhati mulia, bukan maksud ku ingin memandang serong atau membenci kerjaya kalian..tapi, kawan-kawan kalian yang mendesak aku berpikiran begini..pada kalian Doktor & Jururawat yang amanah, ikhlas, jujur, baik hati, bertanggungjawab & berbudi bahasa, semoga ALLAH merahmati kalian & sentiasa menunjukkan jalan yang lurus pada kalian..semoga amanah masyarakat tetap terpelihara di bahu kalian, kerana ramai yang menyanjungi kalian.."
10.1.14 @ Hari ke-180 di ICU
“..hari ni Muhammad Solehuddin dah berusia 180 hari @ genap 6 BULAN..bermakna dah hampir 1/2 TAHUN Muhammad Solehuddin berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)..1/2 TAHUN yang MENGHALANG kami hidup dan tinggal bersama sebagai sebuah KELUARGA..yang paling MENYEDIHKAN, 1/2 TAHUN ini juga MENAFIKAN hak Muhammad Solehuddin untuk menjalani kehidupan normal seperti ramai bayi lain..selama 1/2 TAHUN ini juga, kami telah banyak kali MELIHAT bayi & kanak-kanak lain yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) samaada mereka PULANG ke rumah ataupun kepada ALLAH swt..kami dapat MELIHAT IBUBAPA yang TERSENYUM ketawa, ada pula yang JATUH lemah TIDAK berdaya MENANGIS sebak untuk menerima hakikat sebuah KEHILANGAN sebagai TAKDIR yang ditentukan oleh-NYA ke atas mereka..bila mengenangkan semua perkara ini, kami sangat-sangat BERSYUKUR kepada YANG MAHA ESA..sekurang-kurangnya, Muhammad Solehuddin MASIH lagi BERSAMA kami, masih lagi dapat MENANGIS dan TERSENYUM kepada kami hingga ke HARI ini..”
“..soal PERKEMBANGAN, sehingga kini Muhammad Solehuddin baru sahaja mencapai berat 5KG..Muhammad Solehuddin masih lagi TIDAK dapat MINUM SUSU dan MAKAN seperti bayi lain..makan, jauh sekali..minum susu pula, melalui TIUB yang dimasukkan ke dalam MULUT terus ke PERUT Muhammad Solehuddin..itupun, melalui ‘FEEDING-MACHINE’ yang diset aliran PERLAHAN..susu Muhammad Solehuddin juga, BUKAN susu biasa..satu tin KECIL, berharga hampir RM100..ini berikutan, Muhammad Solehuddin ada masalah PENGHADAMAN..selain itu, bayi yang baru menjalani TRACHEOSTOMY dan tidak pandai MENELAN seperti Muhammad Solehuddin juga, TIDAK diberi minum susu & makan secara BIASA untuk mengelak daripada TERSEDAK..soal KESIHATAN Muhammad Solehuddin pula, kadang KRITIKAL kadang STABIL..dari segi rawatan TIDAK banyak beza sejak dilahirkan sehinggalah sekarang..seperti makluman pihak Hospital, ini FITRAH..TIADA ubat mahupun rawatan yang dapat dijalankan..jika Muhammad Solehuddin DEMAM @ SAKIT PERUT, adalah diberikan ubatnya..”
“..soal dijangkiti KUMAN pula, ANTIBIOTIK lah penawarnya..tapi, bila dah tinggal terlalu lama di Hospital ini dan dah BANYAK KALI dijangkiti kuman, antibiotik pun TIDAK dapat banyak membantu..kadar IMUN Muhammad Solehuddin dah MENURUN..sehinggalah MINGGU LEPAS, Doktor TIADA pilihan lagi..kami dipohon untuk MEMBELI vaksin PREVENAR, yang sememangnya TIDAK disediakan oleh pihak KERAJAAN..VAKSIN ini bagi rawatan dan pencegahan JANGKITAN kuman pada PARU-PARU dan OTAK..vaksin ini perlu diambil secara BERKALA sehingga Muhammad Solehuddin berumur 1 TAHUN 6 BULAN sebanyak 4 DOS, yang setiap DOS pada harga RM250..bermakna RM1000 keseluruhannya..sebagai ibubapa, ANAK yang paling UTAMA..soal lain, ketepikan dulu..ALHAMDULILLAH..DOS pertama, TELAH kami beli dan pihak Hospital telah pun MENYUNTIK Muhammad Solehuddin dengan vaksin ini..beberapa hari ini, Muhammad Solehuddin nampak lebih TENANG dan TIDAK terlalu LEMAH lagi..”
“..selepas menjalani TRACHEOSTOMY, keadaan Muhammad Solehuddin sedikit baik berbanding sebelumnya..usaha menyelamatkannya di saat-saat dia KRITIKAL juga, lebih mudah bagi pihak Hospital..”
“..soal PULANG ke RUMAH, Doktor sedang berusaha melakukan yang TERBAIK..kali ni, dah masuk mesin PORTABLE VENTILATOR ke-3 Doktor cuba..TAK BANYAK KES macam Muhammad Solehuddin di MALAYSIA..selalunya BAYI atau KANAK-KANAK yang mengalami MASALAH PERNAFASAN dan selesai menjalani TRACHEOSTOMY, hanya pulang dengan OXYGEN TANK, mesin CiPAP atau BiPAP..ada juga yang pulang, tanpa apa-apa mesin..cukup sekadar bernafas melalui salur pernafasan TRACH yang telah dibuat..oleh kerana TIADA permintaan, maka sangat KECIL bilangan syarikat pembekal yang ada membekal PORTABLE VENTILATOR begitu juga jenisnya sangat TERHAD di Malaysia..ini menyukarkan Doktor untuk mendapatkan PORTABLE VENTILATOR yang betul-betul SESUAI dengan Muhammad Solehuddin..keadaan kesihatan Muhammad Solehuddin juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan perkara ini..Muhammad Solehuddin perlu dalam keadaan STABIL dan CLEAR daripada INFECTION..”
“..tapi, Doktor optimis Muhammad Solehuddin dapat pulang ke rumah sedikit masa lagi..kami pun dah disuruh BELAJAR beberapa TEKNIK bagi pengurusan & penjagaan Muhammad Solehuddin di RUMAH kelak seperti ‘TRACH-CHANGE’, ‘TRACH-CLEANING’, ‘TRACH-TIES’, ‘SUCTIONING’, ‘FEEDING’, ‘BAGGING’, ‘CHEST-PHYSIO’ dan lain-lain..JURURAWAT ambil masa 3 TAHUN, baru dapat DIPLOMA..kami pula, DOKTOR cakap : “..kena YAKIN InsyaALLAH pasti boleh BUAT..”..mudah-mudahan kami BERJAYA lakukannya..Aamiiin..”
“..sekadar nak BERKONGSI rasa..sepanjang kami sekeluarga berhadapan dengan UJIAN ini..pelbagai REAKSI, PENDAPAT dan PERSOALAN daripada saudara, sahabat dan jiran-jiran..ada yang mengalirkan AIR MATA tatkala mendengar cerita kami dan melihat Muhammad Solehuddin di wad ICU..ada yang MENGKRITIK dan memarahi kami, kerana kononnya kami terlalu TERBUKA kerana membiarkan Doktor membuat anak kami seperti TIKUS MAKMAL..ada juga yang meminta kami BERDOA, untuk melepaskan Muhammad Solehuddin PERGI..ramai juga yang HAIRAN kerana kami masih boleh TERSENYUM dan boleh KETAWA walaupun berhadapan UJIAN ini..yang berkata dan bertanya : kamu TAK SEDIH, ker? kamu TAK TAKUT ker, kalau terjadi apa-apa? kamu TAK RISAU ker, macammana kamu sekeluarga nak hidup nanti, kalau dah seorang sahaja yang BEKERJA? kalau akak lah yang berdepan UJIAN ini, mesti akak dah TAK BOLEH nak buat apa.. kamu macam OKEY jer.. kamu mesti TAK tidur lena malam, kan? macammana kamu boleh KERJA lagi, dlm keadaan sekarang? kamu KUAT betul..dan macam-macam lagi..”
“..BOHONG..BOHONG..kalau kami katakan 100%..kami TAK SEDIH..kami TAK LEMAH..kami OKEY..kami TAK TAKUT..kami TAK RISAU..sebab sebenarnya..kami SEDIH..kami RISAU..kami TAKUT..kami LEMAH..kami TIDAK OKEY..tapi, PERJALANAN HIDUP ini mesti DITERUSKAN..TAKDIR ALLAH wajib DITERIMA..UJIAN ini perlu DILALUI..ANAK-ANAK memerlukan kami.. TANGGUNGJAWAB perlu DIPIKUL dengan AMANAH..kalau HARI INI, kami TAK MAMPU meneruskan KEHIDUPAN, macamana dengan HARI ESOK yang pastinya lebih BERAT dan MENCABAR buat kami? kami izinkan pelbagai UJIAN oleh Doktor ke atas anak kami, sebab ia IKHTIAR kami..kami harus ambil segala PELUANG yang ada..selain USAHA kami sendiri..MODEN, TRADISIONAL atau ISLAM, semuanya atas satu nama iaitu IKHTIAR..kami TIDAK MAMPU untuk melepaskan Muhammad Solehuddin pergi begitu sahaja..”
“..kami hanya mampu BERDOA, semoga Muhammad Solehuddin SIHAT, segala penyakitnya akan HILANG, fitrah kejadiannya SEMPURNA dan dia akan dapat menjalani KEHIDUPAN yang NORMAL..semoga ALLAH swt menentukan yang TERBAIK buat MUHAMMAD SOLEHUDDIN dan buat kami IBU, AYAH dan ABANGnya LUQMAN yang pernah menitiskan AIR MATA seakan faham erti KASIH yang sentiasa berharap dapat bermain bersama adiknya Muhammad Solehuddin seperti abang-adik yang lain..segala KEKUATAN yang ada pada kami hari ini, adalah dengan izin ALLAH..DOA, HARAPAN, PENGGANTUNGAN dan PENYERAHAN kami hanya pada DIA..sebab kami TIDAK PUNYAI apa-apa..semuanya MILIK ALLAH..daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali..TIDAK LUPA dan sentiasa kami HARGAI, pastinya DOA dan BANTUAN kalian semua saudara, sahabat dan jiran-jiran yang menyayangi kami dan prihatin dengan UJIAN yang sedang kami lalui..semoga ALLAH swt MENGAMPUNI DOSA serta melimpahkan RAHMAT, BERKAT dan KASIH SAYANG-NYA buat kita semua..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


























