Friday, 23 January 2015
Salam Perpisahan
“..memang sedih, hari perpisahan Muhammad Solehuddin di Hospital..ramai Jururawat yang menangis, sebab sayangkan Muhammad Solehuddin..tak sanggup nak berpisah dengan dia..bila aku tengok diaorang menangis, hati aku jadi sayu..masa tu, baru terdetik hati aku rasa ingin melupakan ‘kejadian’ yang membuat aku trauma di wad itu..’kejadian’ yang membuat aku ‘dingin’ dengan hampir semua Jururawat di situ..lebih kurang sebulan, aku tak dapat nak bersua dengan Muhammad Solehuddin di wad ICU..hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa itu..aku tak sanggup nak pandang wajah mereka..macam-macam perasaan yang aku rasa..tapi, sejak beberapa bulan ini..bila aku pergi melawat Muhammad Solehuddin, aku dapati banyak perkara yang dah berubah..hati aku, jadi makin sejuk..bila difikirkan semula, tak wajar aku salahkan mereka semua..hanya sebilangan Jururawat, yang berada di wad & membuat ‘tindakan’ seperti ‘hari kejadian’..yang penting, di celah-celah mereka, ada seorang insan yang sangat berhati mulia..yang wajar, untuk aku kenang budi baiknya sampai bila-bila..entahlah, mungkin ‘kejadian’ itu tak sepatutnya pun berlaku..hanya orang yang salah, tempat yang salah, percakapan yang salah, perbuatan yang salah serta pada masa yang salah..disebalik apa yang berlaku, aku sedar begitu besar pengorbanan & beratnya tanggungjawab seorang Jururawat..tak semua orang, boleh berada di tempat mereka..sewajarnya, mereka dihargai..InsyaAllah, semoga masa mengubati hati ibu ini untuk melupakan ‘kejadian’ itu & memaafkan mereka seikhlas hati ku buat selama-lamanya..”
“..aku juga sangat terharu, dengan sambutan Doktor-Doktor..ramai yang sanggup datang ke wad ICU, semata-mata nak ucapkan ‘salam perpisahan’ pada Muhammad Solehuddin..Ketua Jabatan Pediatrik yang sangat comel & baik hati, Dr. Rohaizah..dia lah tempat aku mengadu, selama ini..dah macam ibu sendiri..Pakar Perunding Pediatrik (Rawatan Rapi) Dr. Ani Suraya, yang lemah lembut & cukup memahami..macam tak percaya Pegawai Gred Khas C bertaraf JUSA seperti mereka, bersikap begitu merendah diri..sedangkan sikap yang sebaliknya, kita boleh lihat hampir di kebanyakkan Jabatan dipamerkan oleh pegawai kumpulan lain setaraf mereka..”
Buat semua para Doktor, Jururawat & Kakitangan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang..Terima Kasih banyak-banyak, kerana telah menjaga & merawat Muhammad Solehuddin dengan baik selama ini..”
Kata-Kata Terakhir Pakar
“..sehari sebelum hari perpisahan, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment