Friday, 23 January 2015

27.5.14 @ Hari ke-317 di ICU

“..sehingga hari ini, Muhammad Solehuddin di wad ICU..hasrat kami untuk membawa pulang Muhammad Solehuddin telah disuarakan kepada pihak Hospital..reaksi yang diterima, masih negatif..kami tidak dibenarkan membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..malah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan cadangan baru pihak Hospital..kali ni, pihak Hospital bercadang untuk membuat pembedahan usus ke atas Muhammad Solehuddin..persoalannya, kenapa sekarang? kenapa setelah 10 bulan? sebelum ni, bukankah telah disahkan oleh Pakar HKL bahawa ususnya normal..masalah sarafnya yang mengganggu usus Muhammad Solehuddin..apabila ditanya keperluan prosedur ini dan hasilnya, jawapan pihak Hospital adalah tidak pasti, sekadar cuba membantu Muhammad Solehuddin..”

“..cukup, cukuplah..kami tak sanggup derita baru menimpa Muhammad Solehuddin..biarlah kami ikhtiar dengan cara lain terlebih dahulu..tambah kuat, keinginan kami untuk membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah..setelah merayu dan berbicara dari hati ke hati dengan pihak Hospital, kami akan dibenarkan membawa pulang Muhammad Solehuddin dengan beberapa syarat..pertama, kami harus menjalani semua latihan yang diarahkan, sehingga disahkan benar-benar cekap & mahir untuk mengendalikan Muhammad Solehuddin..kedua, pasukan perubatan pihak Hospital akan melawat ke rumah, sehingga dipastikan keadaan rumah benar-benar sedia menerima Muhammad Solehuddin..ketiga, kami perlu mengambil tanggungjawab & risiko sendiri ke atas apa yang berlaku kepada Muhammad Solehuddin kelak..”

“..Khamis lalu, pihak Hospital telahpun selesai melakukan ‘home-visit’..hasil lawatan, kami dikehendaki menyediakan beberapa keperluan & kelengkapan sebelum ‘home visit’ seterusnya dibuat..pertama, kami perlu menyediakan lima (5) suis berasingan untuk setiap mesin/peralatan yang digunakan oleh Muhammad Solehuddin..kedua, kami perlu menyediakan ‘fire-extinguisher’ & alat ‘smoke-detect’ di rumah..anggaran kos yang terlibat adalah RM500..kami juga dikehendaki memikirkan keperluan pembelian sistem janakuasa ‘gen-set’ yang semestinya memerlukan kos yang tinggi kerana kami tidak boleh kehilangan punca kuasa kerana semua mesin/peralatan Muhammad Solehuddin perlu berfungsi 24 jam sehari..kami juga perlu mengambil risiko, bagi perjalanan ulang-alik ke Hospital berdekatan untuk menempatkan Muhammad Solehuddin sekiranya kejadian kecemasan berlaku seperti kebakaran dan kehilangan punca kuasa di rumah..selain itu, perjalanan ulang alik ke Hospital bagi rutin pemeriksaan oleh Pakar Perubatan juga perlu dirancang dengan teliti bagi mengelak kesesakan jalan raya..Muhammad Solehuddin tidak boleh terlalu lama berada dalam trafik jalan raya kerana bateri mesin pernafasan dan kandungan oksigen dalam tangki mungkin tidak boleh menampungnya..kami juga, diberikan penerangan mengenai bil elektrik yang dianggarkan mencecah RM300-400 sebulan bagi pengggunaan mesin/peralatan Muhammad Solehuddin..ini tidak termasuk, keperluan elektrik peralatan/ kelengkapan rumah yang lain..selain itu, kami juga dikehendaki memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada kuman..kehadiran teman & ahli keluarga ke rumah, perlu dikawal sepenuhnya..sekiranya ada yang ingin melawat Muhammad Solehuddin, seharusnya hanya dibenarkan melihat dari jauh terutamanya kanak-kanak..sekiranya Muhammad Solehuddin didapati terkena jangkitan kuman semasa berada di rumah kelak, pihak Hospital mungkin agak sukar untuk memberi peluang kebenaran bawa pulang ke rumah lagi..terduduk & termenung juga kami, bila mendengar & memikirkan semua perkara ini..kos dan risiko yang tinggi..apatah lagi mengenangkan kehidupan Muhammad Solehuddin..walaupun berada di rumah, macam berada di Hospital juga..terasing & tidak bebas menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain..namun, sekurang-kurangnya Muhammad Solehuddin dapat bersama keluarga sendiri..”

“..Jumaat pula, kami telah menjalani sesi latihan secara teori bagi ‘nursing-care’ Muhammad Solehuddin di rumah..termasuklah, ‘tracheostomy care’, ‘tracheostomy tube changing’, ‘rectal wash-out’, ‘ feeding tube changing’, ‘suctioning’ & ‘feeding’..kami juga diajar cara-cara ‘maintenance’ dan ‘service’ asas mesin/peralatan Muhammad Solehuddin..dalam sesi ini juga, kami dimaklumkan terdapat beberapa bekalan/peralatan/ubat-ubatan yang perlu dibeli sendiri oleh kami kerana tidak dibekalkan oleh pihak Hospital untuk kegunaan di rumah..antaranya ‘feeding tube’, ‘suction connecting tube’, ‘suction catheter’, ‘syringe’, ‘examination glove’, ‘tape’, ‘gauze’, ‘cotton ball’, ‘tracheostomy tube tie’, ‘Lubricating Jelly’, ‘normal saline’, ‘suction set’ dan ‘dressing-set’..anggaran kos keperluan semua bekalan/peralatan/ubat-ubatan ini yang majoritinya bersifat pakai buang & pakai habis adalah hampir RM300 sebulan..oleh kerana Muhammad Solehuddin tidak boleh makan makanan lain seperti kanak-kanak biasa.. Muhammad Solehuddin memerlukan supplement tambahan iaitu ‘Carborie’ dan ‘MCT Oil’ yang perlu dicampur bersama-sama susunya..anggaran kos supplement tambahan ini adalah RM200 sebulan..selain daripada ‘oxygen cylinder’ yang telah dibeli bersama set ventilator sebelum ni, kami juga diminta membeli sebuah atau sebaiknya dua lagi set ‘oxygen cylinder’ yang setiap satunya berharga RM1280 kerana tahap kegunaan Muhammad Solehuddin yang tinggi sementara prosedur bagi belian ‘refill’ oxygen di premis berkenaan, memerlukan ‘oxygen cylinder’ ini ditinggalkan terlebih dahulu sebelum dipungut semula..kos ‘refill’ setiap oxygen cylinder yang dianggarkan RM60-70 juga perlu ditanggung oleh kami sendiri..jadi kami diharap dapat membuat persediaan sewajarnya dari segi mental & kewangan..kami dimaklumkan latihan praktikal bagi ‘nursing-care’ boleh terus dilaksanakan ketika kami menziarahi & menjaga Muhammad Solehuddin di Hospital di bawah pemantauan Jururawat..sementara itu, latihan teori serta praktikal bagi prosedur & teknik ‘basic-life-support’ (BLS) akan diadakan tidak lama lagi..”

“..terus-terang, macam-macam perkara yang sedang berlegar-legar di fikiran kami..banyak persediaan yang perlu dibuat, baik dari segi ilmu, kemahiran, fizikal, mental dan kewangan..semuanya menuntut kekuatan & pengorbanan yang besar..sedangkan hanya seorang daripada kami akan bekerja sementara seorang lagi perlu menguruskan Muhammad Solehuddin yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi..”

“..walauapapun, hasrat membawa pulang Muhammad Solehuddin ke rumah tetap akan diteruskan..segala qudrat & rezeki hanya Allah yang Maha Berkuasa memberi & menentukannya..selagi terdaya, kami akan berjuang..namun, di hati ini kami benar-benar bertawakkal kepada Allah..semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga & dipermudahkan segalanya..yang nyata, kami takkan berhenti berharap & berdoa..semoga Muhammad Solehuddin disempurnakan segala sifat & fungsi angggota panca inderanya, diberi kesihatan yang baik serta dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain..semoga ujian yang kami lalui ini berakhir segera dan kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik..Aamiiin..”



0 comments :

Post a Comment