Friday, 23 January 2015

7.3.14 @ Hari ke-238 di ICU

"...aku tidak pernah begitu sedih selama ini, dengan ujian ALLAH ke atas anakku Muhammad Solehuddin..tapi, apa yang paling menyedihkan aku adalah tindakan negatif, tekanan & provokasi manusia seperti Doktor & Jururawat ke atas aku sebagai ibunya..sekian lama, semua perang perasaan aku simpan dalam hati..cuma sesekali merengus, meluahkan perasaan yang terbuku di hati..apabila mereka melakukan perkara yang tak masuk dek aqal ini..”

“..sekadar meluahkan perasaan hati, apabila ditanya oleh Doktor yang berniat ingin mengetahui masalah diri bila dilihat riak wajahku yang suram..harapanku, mungkin Doktor ada cara yang baik untuk menangani..tanpa aku ketahui, masalah yang ku luahkan telah menjadi ‘virus’ pada mereka yang berkenaan & mungkin telah merebak kepada teman-teman..”

“..tiba hari kejadian, sejurus Doktor memohon aku & suami membuat keputusan yang sangat penting bagi menjalankan ujian yang sangat berisiko tinggi membabitkan keselamatan nyawa Muhammad Solehuddin..disaat aku sedang berperang dengan perasaan & meluahkan kekesalan pada suami mengenai bicara seorang Doktor yang seakan-akan menganggap kami sangat ‘bodoh’..tetiba sahaja, kami dikejutkan dengan ‘fitnah’ dahsyat..”

“..maka pada ketika itulah, semua perasaan yang dibendung tidak dapat dikawal lagi..apabila aku cuba mempertahankan diri, perkara lain pula yang terjadi..kesalahanku pula, yang dicari..kerana nadaku sedikit tinggi pada Ketua Jururawat yang agak berusia itu, aku dikatakan tidak elok pekerti..mana tidaknya, Ketua Jururawat itu terus menuduh aku..membuta tuli percaya pada ‘fitnah’..apa salahnya kalau bertanya? kenapa terus dituduh tanpa usul periksa? itu yang buat aku rasa sangat kesal..dia seorang pemimpin, kenalah adil..ini tidak, cakapnya hanya pada sebelah pihak..tak sepatutnya, dia bersikap demikian..saat inilah, terbongkarnya ‘virus’ yang sedang merebak..rupa-rupanya mereka dah lama ‘sakit’ dengan aku..mereka kata, mereka tak nak jaga Muhammad Solehuddin..mereka tak boleh jaga Muhammad Solehuddin, sebab aku..aku ‘cerewet’ sangat..bukan niat aku nak susahkan sesiapa..aku hanya cuba berkongsi pengalaman perihal ragam anak aku, kebiasaannya semasa berada di Hospital Ampang..aku hanya cuba membantu mereka memahami karenah anakku..aku nak mudahkan mereka..itu niat sebenar aku..setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka..ibu mana yang tak susah hati, melihat perubahan mendadak yang mudharat pada anak aku..bukan aku minta kulit anak aku sensitive..dah begitu, kejadiannya..tak boleh panas, tak boleh berpeluh..dah sampai tahap merebak satu badan, sampai ada yang naik bernanah..mestilah aku susah hati..sesiapa sahaja ke wad ICU, pun tahu..wad ICU Hospital Serdang, panas..langsung tak rasa ‘air-cond’..sedangkan di wad NICU-Hospital Ampang dulu, kulit anak aku bersih sahaja..dia tidur jer selalu, senang hati..tak resah, macam di sini..”

“..paling aku terkilan, mereka hilang pertimbangan & sanggup mengetepikan etika kerja..seakan inilah masanya, membalas dendam memuaskan hati..tergamak mereka membiarkan sahaja anakku hampir tidak bernyawa..namun, Allah s.w.t sentiasa menghantar pertolonganNya..dicelah-celah kumpulan mereka, muncul seorang insan berhati mulia..walau ditegah oleh rakan-rakannya, dia tetap berusaha menyelamatkan anakku & menghubungi Doktor..terima kasih, Jururawat berhati waja..jasamu tetap akan ku kenang selamanya..semoga Allah swt memberi ganjaran yang setimpal dengan kebaikannya..”

“..sekian lama, kesabaranku teruji..dek peristiwa ini, aku benar-benar tidak dapat menahannya lagi..ia menjadi trauma & beban yang sangat berat di hatiku..sehinggalah aku terpikir cuba memperjuangkan menuntut hak & keadilan sebagai seorang ibu yang betul-betul rasa sedih & didzhalimi.."

"..kalau dulu, aku paling hormati kerjaya sebagai Doktor & Jururawat..hari ni, aku tak mampu lagi menghormati sepenuhnya kerjaya ini..semuanya, dek segolongan Doktor & Jururawat yang tidak jujur, tidak amanah & tidak adil..sanggup melakukan semua ini, semata-mata untuk menutup kesalahan & kelemahan sendiri..tergamak menafikan hak & keadilan bagi seorang ibu yang rasa betul-betul teraniaya & didzhalimi..aku langsung tidak diberikan hak untuk menyatakan kebenaranku..betapa mereka tidak menghormati, menghina, menyakiti & melukai perasaanku..sewajarnya pemimpin tertinggi menunjukkan sikap yang lebih adil, mendengar dari kedua belah pihak & barulah menilainya..tapi, pemimpin tertinggi yang aku jumpa pada hari ini sebaliknya.."

"..walaupun, aku harus mengakui tidak semua Doktor & Jururawat begitu..tapi, apa yang berlaku hari ini betul-betul merupakan tamparan hebat & terasa begitu pahit untuk aku menelannya..apa guna melawan lagi..dek nasihat suami, aku hentikan langkah perjuangan ini..walaupun hasrat dari naluri seorang ibu ini berkobar-kobar ingin mencari sebuah keadilan.."

"..hakikatnya, kedzhaliman telah benar-benar berlaku..aku, suami & anakku merupakan mangsa mereka..ALLAH & Malaikat menjadi saksi kami..biar mereka semua terlepas hari ini, aku yakin di AKHIRAT mereka tidak akan terlepas.."

"..hari ini hari mereka..hidup ini ibarat putaran roda..mereka juga ada anak, isteri, suami, ibu & bapa..janji ALLAH itu pasti..doa orang yang didzhalimi pasti termakbul.."

"..Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah keadilan kepada hambaMU yang teraniaya ini..Ya Allah, izinkan anak kami Muhammad Solehuddin sembuh dengan segera..cukuplah derita hati, kesedihan, kedukaan & keperitan yang ditanggung oleh aku sebagai ibunya.."

"..maafkan aku, duhai Doktor & Jururawat yang berhati mulia, bukan maksud ku ingin memandang serong atau membenci kerjaya kalian..tapi, kawan-kawan kalian yang mendesak aku berpikiran begini..pada kalian Doktor & Jururawat yang amanah, ikhlas, jujur, baik hati, bertanggungjawab & berbudi bahasa, semoga ALLAH merahmati kalian & sentiasa menunjukkan jalan yang lurus pada kalian..semoga amanah masyarakat tetap terpelihara di bahu kalian, kerana ramai yang menyanjungi kalian.."

0 comments :

Post a Comment