Friday, 23 January 2015

27.8.13 @ Hari ke-49 di ICU

"..hari nie, pagi-pagi lagi kami diarahkan ke Hospital..Doktor perlukan sampel darah ibu lagi, untuk proses pemindahan darah Muhammad Solehuddin..kali nie, doktor terus ambil 3 botol..boleh simpan, dlm peti sejuk katanya..setiap botol dgn sampel darah, sah bagi tempoh 24 jam sahaja..jadi tidak perlu ambil darah lagi, utk tempoh terdekat kalau proses pemindahan darah perlu dilakukan beberapa kali..selain itu, doktor minta aku jumpa sister (Ketua Jururawat) yang arif dalam ilmu 'breastfeeding' nie memandangkan masalah susu aku kronik semula..hasil perbincangan dengan doktor pada petang semalam, aku perlu usaha lebih agar anak aku dapat dibekalkan dgn susu ibu sahaja yg lebih baik untuk meningkatkan daya tahan tubuhnya melawan penyakit kerana tinggal di wad begitu lama, memungkinkan masalah jangkitan kuman..hampir sejam, sister bagi penerangan disusuli praktikal..beberapa hari ni pun, aku agak sedih..hilang motivasi, sebab anak aku dipuasakan dh masuk hari keempat..Alhamdulillah, aku semakin faham & tenang..semoga aku berjaya lakukan yg terbaik utk anak tersayang.."

0 comments :

Post a Comment