Friday, 23 January 2015

31.7.13 @ Hari ke-22 di ICU

"..hari ni, Doktor minta kami berdua ke Hospital..Doktor perlukan sampel darah Ibu, untuk tujuan pemindahan darah dari Tabung Darah Negara..Muhammad Solehuddin perlukan tambahan darah kerana hari-hari sampel darahnya diambil untuk ujian..baby dibawah umur 4 bulan belum cukup kuat..kesian, anak mama..aku tambah terkilan, rupanya teori sains yang kita belajar masa sekolah dulu x dpt diaplikasikan..Doktor ckp, memang darah Ibu & Ayah atau keluarga rapat tidak diambil..bagi tujuan pemindahan darah, adalah lebih selamat diambil daripada Tabung Darah Negara..untuk mengelakkan sebarang komplikasi, hanya darah dari kumpulan/ jenis yang betul2 sama diambil.."

"..semoga proses pemindahan darah Muhammad Solehuddin berjalan dengan baik, smg Allah swt melindunginya daripada sebarang risiko..Aamiiin.."

0 comments :

Post a Comment