“..Hari ini, berlangsungnya Hari Orientasi Pelajar Tahun 1, SERI ABIM..Mama bangga melihat kau begitu bersemangat & gembira menempuhi alam persekolahan yang baru..tak seperti ramai kanak-kanak lain yang kelihatan gementar & menangis..tersentuh hati Mama, melihat kanak-kanak lain datang bersama ibu & ayah mereka..tapi, keluarga kita tak dapat lakukannya..Abah kena jaga adikmu Muhammad Solehuddin di rumah..biarpun Abah tak dapat bersama kita, untuk menyaksikan hari bersejarah ini..tapi, doa Abah lebih bermakna buatmu..pasti kau dapat merasakan kehadirannya di mana sahaja kau berada..”
“..InsyaAllah, biar apapun yang terjadi..Mama & Abah akan cuba memastikan kau menamatkan persekolahan sehingga Tahun 6 di sini, dan seterusnya menyambung persekolahan di peringkat menengah di SEMI ABIM juga..semoga Allah swt memurahkan rezeki kita sekeluarga, agar Mama & Abah dapat menunaikan amanah Allah swt, memberikan yang terbaik untukmu..kecemerlangan Dunia & Akhirat..”
“..Mama & Abah tahu, disebalik hajat kami ini, ada suara sumbang yang berkata “..dah tahu tak mampu, kenapa belajar di sekolah swasta?.." benar, SERI ABIM cita-cita kami dari dulu..tapi, kami ada faktor lain juga..tak perlah, anak..mereka tak faham, masalah keluarga kita..kita tak dapat nak berbelanja di luar kawalan..semuanya dah terbatas & terhad..di sini, Mama tak perlu fikir nak bayar transit, tak perlu fikir nak bayar bas sekolah, tak perlu fikir nak bagi wang saku, tak perlu fikir nak bayar kelas Al-Quran, tak perlu fikir nak bayar Kelas KAFA, tak perlu fikir pasal sekolah pagi + sekolah petang..setiap bulan, Mama hanya perlu fikir ‘sekian’ jumlah..jangan usik ‘jumlah’ tu..kurang sedikit tekanan Mama..tambahan lagi, Mama tak mampu nak bekejar-kejar ke sana sini..Mama terpaksa uruskan kau & adik kau Hafiz seorang diri..Abah terpaksa jaga Muhammad Solehuddin di rumah, sepanjang masa..hanya Allah swt yang tahu, bagaimana Mama akan menghadapi hari-hari yang mendatang dalam keadaan ini kelak.."
“..biar apa kata mereka di luar sana..Mama & Abah akui kekadang memang terasa goyah dalam membuat keputusan ini..terlintas di hati, nak mencuba dulu..tapi, bila Mama dengar taklimat daripada Pengetua, hati Mama kuat semula..Mama rasa tenang & sangat lega..terasa berbaloi, pengorbanan Mama & Abah..kalau Mama & Abah kena ikat perut sekalipun, kami rela..apa yang kamu dapat di sekolah ini, tak ternilai dengan wang ringgit..latihan, praktikal & amalan yang berterusan setiap hari..bacaan Zikrullah, bacaan Al-Mathurat, bacaan Yaasiiin, Hafazan Al-Quran, bacaan Al-Quran bertajwid, pemahaman tafsir Al-Quran, Solat Dhuha, Solat Fardhu berjemaah serta pembentukan sahsiah & ketrampilan diri sebagai seorang Imam..disini, Akademik & Agama tidak terpisah..dinilai dari segi keputusan peperiksaan pelajar Tahun 6 di sekolah ini, menguatkan lagi keyakinan Mama..SPRA, UPSRA & UPSR sangat cemerlang..Alhamdulillah..biarpun hajat arwah Abah Mama datuk kau untuk pastikan Mama habiskan pengajian di Sekolah Menengah Islam AL-ISLAH dahulu, tidak kesampaian kerana faktor kewangan..InsyaAllah, Mama akan pastikan hajatnya tetap terlaksana melalui kau..matlamat memberi penekanan pendidikan agama kepada zuriat keturunannya, InsyaAllah akan diteruskan..Mama anggap lulusnya kau dalam Ujian Penilaian Kemasukan Tahun 1 di SERI ABIM ini juga, sebagai petunjuk & kekuatan daripada Allah swt..Semoga Allah swt permudahkan urusan agama ini..Aamiiin..”
“..Selamat Menuntut Ilmu, anakku..Belajarlah bersungguh-sungguh, demi cita-cita kita sekeluarga melihat kau menjadi seorang Doktor, InsyaAllah..semoga kau menjadi penolong kita sekeluarga di Dunia & Akhirat..semoga kau menjadi contoh & teladan yang terbaik untuk adik-adikmu..Aamiiin..”
0 comments :
Post a Comment