Thursday, 29 January 2015

Ejen Produk - Tamar Cocoa

“..Alhamdulillah..kebelakangan ini, ramai yang tawarkan bantuan peluang mencari pendapatan sampingan atau perniagaan pada Mama Soleh..walaupun bukan dari segi kewangan..Mama Soleh tetap bersyukur & berterima kasih..tapi, mungkin ramai yang masih belum faham keadaan Mama Soleh sekeluarga..kami tak mampu nak sertai peluang mencari pendapatan sampingan atau perniagaan yang melibatkan modal..kami tak ada langsung sumber kewangan untuk dijadikan modal..habis semua simpanan, digunakan untuk perbelanjaan penjagaan rapi Muhammad Solehuddin..malah, kami masih ada tunggakkan bil elektrik yang sangat parah, hutang pada kawan & keluarga yang masih belum dijelaskan..jadi, Mama Soleh harap sangat jangan buat Mama Soleh berharap & akhirnya kecewa..terangkan sejujurnya & sejelasnya sedari awal, peluang perniagaan atau pendapatan sampingan yang dimaksudkan..jangan, bila dah berjumpa & bercerita panjang lebar, dihujungnya barulah diterangkan Mama Soleh perlu melabur atau mengeluarkan modal, apatah lagi ada yang memerlukan sehingga nilai ribuan ringgit..hanya Allah swt yang Maha Mengetahui perasaan Mama Soleh..terusik perasaan Mama Soleh, serasa dipermainkan pula.. Mama Soleh tahu, tak patut Mama Soleh berprasangka..tapi, Mama Soleh tak nak jadi hipokrit..itu sebenarnya, yang bermain di hati & fikiran Mama Soleh..jangan risau, biar apapun niat kalian..Mama Soleh maafkan..mungkin, kalian memang ikhlas..tapi, kalian tak berada dalam situasi Mama Soleh untuk betul-betul memahami keadaan kami sekeluarga..justeru, kalian mungkin tersalah percaturan..”


“..namun, ada juga mereka yang memahami..ada yang cadangkan Mama Soleh menjadi ejen produk..Alhamdulillah, akhirnya Mama Soleh dapat peluang menjadi ejen produk Tamar Cocoa..Mama Soleh tak perlukan modal..Mama Soleh hanya perlu menjadi ahli & mendapat komisyen daripada hasil penjualan..walaupun komisyennya sedikit sahaja, Mama Soleh tetap bersyukur..sedikit-sedikit, lama menjadi bukit..Alhamdulillah..Mama Soleh pun memang suka minum Tamar Cocoa, selain kerana banyak khasiatnya, Mama Soleh minum sebagai milkbooster..walaupun Adik Hafiz dah tak nak menyusu badan, Mama Soleh masih berupaya perah susu..daripada dulu Mama Soleh memang jenis kurang susu badan, tapi dengan mengamalkan Tamar Cocoa, susu Mama Soleh masih ada..walaupun tak banyak sangat, tapi Mama Soleh tetap gembira..sekurang-kurangnya masih ada..susu ini, Mama Soleh berikan pada Soleh dan Adik Hafiz..harap-harap, dapat juga jadi antibodi untuk anak-anak Mama Soleh..InsyaAllah..”

“..kalau ada kawan-kawan, keluarga atau rakan-rakan yang juga penggemar Tamar Cocoa yang selama ini beli di kedai runcit atau gerai jualan, mulai sekarang bolehlah mula beli daripada Mama Soleh pula yer..Mama Soleh jual Cash On Delivery (COD) area Bandar Baru Bangi/ Bangi/ Kajang/ Putrajaya..kalau nak beli online pun boleh..tapi, untuk tujuan penghantaran ada tambah caj kurier..Mama Soleh doakan semoga dengan pembelian ini, Allah swt memberikan ganjaran pahala kebaikan beramal kepada kalian kerana dah menolong Mama Soleh sekeluarga..Aamiiin..”

Disini, Mama Soleh kongsikan kebaikan Tamar Cocoa, harga & cara pembelian :

Khasiat Kurma
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi 

Khasiat Koko
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • Koko melambatkan proses penuaan


Tamar Cocoa
  • Campuran Koko & Kurma 
  • Minuman yang berkhasiat & memberi tenaga 
  • Membantu proses tumbesaran kanak-kanak 
  • Menguatkan tulang 
  • Mengawal tekanan darah 
  • Mengawal kerosakan sel & tisu 
  • Memiliki sifat anti stress & anti radang 
  • Mengurangkan masalah anemia 
  • Mengurangkan masalah kulit 
  • Meningkatkan kesihatan jantung 
  • Meningkatkan imuniti tubuh 
  • Meningkatkan kecerdasan minda 
  • Meningkatkan daya tumpuan & ingatan 
  • Meningkatkan pengeluaran & kualiti susu ibu



Golongan Yang Perlu Mengamalkan Tamar Cocoa
  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusukan anak sebagai penambah susu
  • Anak-anak sekolah untuk merangsang minda
  • Ibu bapa yang inginakan anak tidak mengantuk dalam kelas
  • Penggemar minuman malt coklat
  • Pencari alternative gantian Milo






3 packaging Tamar cocoa
  • Family Pack 900g
  • Sachet 20x25g
  • Papan Sachet 20x25g


Harga Tamar Cocoa
  • Setiap packaging berharga RM22.00
  • Jika anda inginkan Tamar Cocoa ini dipos terus kepada anda, sila tambah kos pengeposan sebanyak RM10.00
Kaedah Jualan Tamar Cocoa
  • Cash On Delivery (COD) sekitar Bandar Baru Bangi/ Kajang/ Putrajaya
    - waktu penghantaran 1.00 - 2.00 petang & selepas jam 5.30 petang (Isnin-Jumaat)
    - waktu penghantaran 8.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu-Ahad)
  • Pos ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak
  • Whatsapp saya untuk menempah Tamar Cocoa, 012-3065085
Keahlian Al Haddad Marketing Sdn Bhd


Dengan setiap pembelian 1 pek Tamar Cocoa, anda layak secara automatik mendapat KEAHLIAN PERCUMA Al Haddad Marketing Sdn Bhd untuk menikmati harga ahli Tamar Cocoa dan produk-produk Al Haddad Marketing Sdn Bhd yang lain yang lebih murah berbanding harga pasaran serta pelbagai keistimewaan yang lain.

Keistimewaan Keahlian Al Haddad Marketing Sdn Bhd



Keistimewaan Keahlian Al Haddad Marketing Sdn Bhd Di Bawah Kumpulan Rezeqi Soleh



Pendaftaran Keahlian & Pembelian



Nota : Post ini dikemaskini semula kerana perubahan harga Tamar Cocoa selepas GST mulai 1 April 2015


Info & Makluman Terkini

Sila layari blog www.rezeqisoleh.blogspot.com
Call/ SMS/ Whatsapp 012-3065085

Friday, 23 January 2015

21.11.14 - 13.12.14 @ Hari 1 - 23 Home Sweet Home

“..sepanjang tempoh ini, begitu banyak perkara yang dilalui oleh kami sekeluarga..minta maaf, baru sekarang dapat update..banyak sangat perkara & rutin yang berubah..terlalu sibuk, sampai Mama pun dah tak ingat kat mana simpan gambar-gambar yang berkaitan dalam komputer..ceritanyer, pun panjang..baru sekarang, betul-betul ada kelapangan untuk mengarang & mencari koleksi gambar..lagipun, Mama dah berhajat nak keluarkan entri ini seiring dengan siapnya Blog Kisah Soleh ini..Alhamdulillah, semasa berjaga waktu malam bergilir-gilir dengan Abah bagi memantau keadaan Muhammad Solehuddin, Mama dapat curi-curi masa untuk sediakan Draf..mengambil keberkatan hari Jumaat, hari ini 23 Januari 2015 dengan rasminya Mama publishedkan semua entri yang selama ini Mama kongsikan dengan sahabat-sahabat Mama di FB, untuk tatapan semua..InsyaAllah, Mama dah bersedia nak kongsikan kisah anak Mama dengan semua rakan-rakan di luar sana..Mama bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, Mama dapat siapkan Blog ini..Mama juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abah Soleh, Abang Luqman serta sahabat-sahabat Mama yang sentiasa memberi nasihat, teguran, sokongan & bimbingan dalam Mama menyiapkan blog Kisah Soleh ini..Mama juga dedikasikan ucapan terima kasih ini kepada ibu-ibu dan bapa-bapa 'anak syurga' yang lain, kerana Mama tak nafikan Mama juga mengambil inspirasi serta menjadikan blog-blog kalian sebagai rujukan..Semoga Allah swt merahmati & memberkati kalian..InsyaAllah..Aamiiin,."

Detik Bersejarah

“..Alhamdulillah..dengan izin Allah swt dan berkat doa daripada semua..Muhammad Solehuddin selamat menjejakkan kakinya buat pertama kali semenjak dilahirkan, dalam usianya 501 hari, lebih kurang jam 5 petang 21 November 2014..detik bersejarah, yang akan kekal dalam memori ingatan buat selamanya..InsyaAllah..”

Ujian

“..21 November 2014 memang hari yang sangat kalut..pagi-pagi, pergi cari barang ‘disposeable’ Muhammad Solehuddin, sampai ke KLANG jadinya..kami baru tahu, tak banyak barang ‘disposeable’ yang Hospital bekalkan..yang diaorang bagi, mungkin cukup seminggu dua..aku pula, tak pandai bab-bab jalan..kalau Muhammad Solehuddin dah balik rumah nanti, suamiku dah tak boleh nak keluar..kena jaga Muhammad Solehuddin sepanjang masa..jadi, pergi jugalah cari bersama sementara tunggu pengesahan ‘discharge’ daripada pihak Hospital..Alhamdulillah, suamiku memang sangat cekap bab-bab jalan Kuala Lumpur atau Selangor..lepas cari alamat pembekal di google, terus pergi..jalan nak pergi, dah ada dalam otak suamiku..abis di Klang, balik semula Bangi..tak semua barang, boleh beli daripada syarikat pembekal..kata pembekal, ada undang-undang yang melarang mereka menjual kepada pembeli persendirian..kami kena beli di Farmasi..Alhamdulillah, semua barang-barang ‘disposeable’ selesai dibeli menjelang tengahari..memang nangis, perbelanjaan beli barang..sampai ada yang dihutang dulu..mujurlah tauke cina Farmasi, sangat baik hati..aku pun hampir tak percaya dia yang tak ada kaitan apa-apa dengan kami, boleh begitu bertimbangrasa..semoga Allah swt, memberi hidayah Iman & Islam kepadanya..Aamiiin..”




“..berkali-kali kami berulang-alik rumah-hospital untuk bawa pulang barang-barang Muhammad Solehuddin..memang banyak sangat, yerlah macam orang pindah rumah juga..dah 501 hari Muhammad Solehuddin, tinggal di Hospital..dah jadi rumah jugalah untuk dia..dua (2) rumah pulak tu..barang-barang masa tinggal 112 hari di Hospital Ampang dulu tambah barang-barang masa tinggal 389 hari di Hospital Serdang dan tambah lagi semua mesin peralatan/kelengkapan Muhammad Solehuddin..ada Jururawat siap perli lagi, “..nak kena angkut dengan lori nie..”

“..selesai saja berulang-alik mengangkut 2 kali barang dari rumah ke hospital..petang tu juga, Allah swt menguji kami lagi dengan kereta suamiku yang rosak..mujur, ada saudara yang membantu..maka terpaksalah Muhammad Solehudddin pulang ke rumah, menaiki kenderaan saudara..aku hanya mampu ikut dengan keretaku dari belakang..kereta aku dah penuh muatan barang-barang, dibawa pula anak-anakku Luqman & Hafiz..tambah lagi, ventilator & tangki oksigen Muhammad Solehuddin..memang tak muat, kami nak bersama satu kenderaan..ada hikmahnya, bila difikirkan semula..memang bahaya, kalau Muhammad Solehuddin naik berdua sahaja dengan suamiku..kalau terjadi apa-apa, susah..inilah dikatakan, hikmah disebalik kejadian..”

Perpisahan

“..memang sedih, hari perpisahan Muhammad Solehuddin di Hospital..ramai Jururawat yang menangis, sebab sayangkan Muhammad Solehuddin..tak sanggup nak berpisah dengan dia..bila aku tengok diaorang menangis, hati aku jadi sayu..masa tu, baru terdetik hati aku rasa ingin melupakan ‘kejadian’ yang membuat aku trauma di wad itu..’kejadian’ yang membuat aku ‘dingin’ dengan hampir semua Jururawat di situ..lebih kurang sebulan, aku tak dapat nak bersua dengan Muhammad Solehuddin di wad ICU..hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa itu..aku tak sanggup nak pandang wajah mereka..macam-macam perasaan yang aku rasa..tapi, sejak beberapa bulan ini..bila aku pergi melawat Muhammad Solehuddin, aku dapati banyak perkara yang dah berubah..hati aku, jadi makin sejuk..bila difikirkan semula, tak wajar aku salahkan mereka semua..hanya sebilangan Jururawat, yang berada di wad & membuat ‘tindakan’ seperti ‘hari kejadian’..yang penting, di celah-celah mereka, ada seorang insan yang sangat berhati mulia..yang wajar, untuk aku kenang budi baiknya sampai bila-bila..entahlah, mungkin ‘kejadian’ itu tak sepatutnya pun berlaku..hanya orang yang salah, tempat yang salah, percakapan yang salah, perbuatan yang salah serta pada masa yang salah..disebalik apa yang berlaku, aku sedar begitu besar pengorbanan & beratnya tanggungjawab seorang Jururawat..tak semua orang, boleh berada di tempat mereka..sewajarnya, mereka dihargai..InsyaAllah, semoga masa mengubati hati ibu ini untuk melupakan ‘kejadian’ itu & memaafkan mereka seikhlas hati ku buat selama-lamanya..”

“..aku juga sangat terharu, dengan sambutan Doktor-Doktor..ramai yang sanggup datang ke wad ICU, semata-mata nak ucapkan ‘salam perpisahan’ pada Muhammad Solehuddin..Ketua Jabatan Pediatrik yang sangat comel & baik hati, Dr. Rohaizah..dia lah tempat aku mengadu, selama ini..dah macam ibu sendiri..Pakar Perunding Pediatrik (Rawatan Rapi) Dr. Ani Suraya, yang lemah lembut & cukup memahami..macam tak percaya Pegawai Gred Khas C bertaraf JUSA seperti mereka, bersikap begitu merendah diri..sedangkan sikap yang sebaliknya, kita boleh lihat hampir di kebanyakkan Jabatan dipamerkan oleh pegawai kumpulan lain setaraf mereka..”

Buat semua para Doktor, Jururawat & Kakitangan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang..Terima Kasih banyak-banyak, kerana telah menjaga & merawat Muhammad Solehuddin dengan baik selama ini..”











Kata-Kata Terakhir Pakar

“..sehari sebelum hari perpisahan, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”



Home Sweet Home

“..malam pertama di rumah, Muhammad Solehuddin terpaksa tidur di bawah..katil, bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) belum sampai..katil bayi Abangnya Luqman dulu pula, dah uzur benar & tak sesuai untuk keadaan Muhammad Solehuddin..Adiknya Hafiz pun, tidur sekatil dengan aku saja..Muhammad Solehuddin tak boleh tidur katil macam kami..susah nak kendalikan mesin-mesin dia..tak per, kami temankan dia..kami tak tidur pun..esoknya, Alhamdulillah katil bantuan daripada LZS sampai..Muhammad Solehuddin, nampak selesa sikit..tambah pula, katil tu sama sebiji dengan yang di Hospital..agaknya, dia ingat itu katil yang sama..dia dah serasi katil macam tu..teringat aku, macamana susahnya kami nak dapatkan bantuan katil untuk Muhammad Solehuddin..berkali-kali cakap dengan Doktor..minta tolong buat surat pengesahan jenis penyakit saja..bukan minta surat sokongan pun..kata mereka, tak berani nak buat..sampai ada yang sanggup cakap, “..tak per, tidur kat bawah pun tak per..” hancur luluh hati ibu ini..salahkah kami, berusaha melakukan yang terbaik untuk Muhammad Solehuddin..akhirnya lepas 2 bulan, dapat jugak suratnya..sehari sebelum aku bersalin, aku 'whatsapp' Doktor kesayangan aku..terang betul-betul, kami hanya cuba ikhtiarkan..terpulang pada LZS untuk luluskan berdasarkan keperluan..bila tengok surat dengan setitik ayat, rasa sedikit kecik hati..tak per lah, kalau ada rezeki Muhammad Solehuddin, InsyaAllah dapat..kalau tak der, tak per..Alhamdulillah, ternyata ada rezeki Muhammad Solehuddin..”





“..2 hari pertama Muhammad Solehuddin di rumah, kami tak dapat melelapkan mata..risau sangat, bimbang apa-apa terjadi..pada awalnya, Muhammad Solehuddin memang agak meragam..adakalanya dia jadi biru, Alhamdulillah bila kami ‘bagging’ dia okey semula..tak perlu pun, sampai peringkat nak buat CPR..mungkin, dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru..nak senyum pun, susah..masuk hari ke-3, dia dah okey..dah tak meragam..kalau jadi biru pun, masa kami nak tukar ‘feeding tube’..memang sakit, prosedur ini..kesian, Muhammad Solehuddin..sampai bila, dia akan lalui semua ini..sebagai ibu, hati aku rasa perit sangat bila melihat dia kesakitan..tapi, semuanya terubat bila melihat dia senyum..”

“..Muhammad Solehuddin nampak macam seronok, bila dapat mandi dalam kid & baby bath tub yang aku beli semata-mata kerana dia..walaupun mahal, aku rasa sangat berbaloi..kami pun, mudah nak mandikan dia..Muhammad Solehuddin, tak macam kanak-kanak lain..dia hanya boleh mandi sambil duduk..berendam saja, sampai ke paras dada..bahagian atas, tak boleh kena air..nanti, air masuk dalam salur ‘tracheostomy’..tapi, inipun dah besar rahmat untuk aku..hati aku, rasa puas..selama ni, Muhammad Solehuddin hanya ‘mandi’ di atas katil hospital yang pada aku, sangatlah terbatas..”

“..seperkara lagi, yang membuat Muhammad Solehuddin nampak gembira ialah bila kami bawa dia ke balkoni untuk menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan pagi yang sangat menenangkan..selama ni, dia asyik terbaring & terperuk saja dalam wad..semoga perkara ini, dapat membantu perkembangan otaknya..”

“..bila tiga beradik dapat bermain bersama, akulah orang yang paling gembira..pada awalnya, Luqman sedikit kekok kerana Muhammad Solehuddin jarang memberi reaksi balas..selalu juga, dia bertanya kenapa adiknya begitu..bila diterangkan kepadanya mengenai keadaan Muhammad Solehuddin, dia nampak berusaha untuk faham..lama kelamaan, dia dah biasakan dirinya bermain dengan Muhammad Solehuddin..”




“..aku pula, perkara yang paling menggembirakan aku ialah dapat ambil gambar Muhammad Solehuddin sepuas-puas hati aku..kalau di Hospital dulu, kami hanya dapat curi-curi amik beberapa keeping gambar..yang lain-lain, ihsan Jururawat yang baik hati..aku ingat lagi, macammana kawan baikku Nurshi’izzah kena ‘sound’ dengan Sister di wad ICU gara-gara amik gambar Muhammad Solehuddin..kesian betul, dia..sabar jer lah, Izzah..kadang-kadang aku rasa, kalaulah aku jadi Menteri..nak saja aku tukar peraturan-peraturan di Hospital..yang pertama, pasal amik gambar.. kesian kan kalau ibu-ibu macam aku yang anaknya tinggal di Hospital lama, sejak lahir tak dapat bersama, terlepas banyak ‘moment’ bersama-sama dengan anak..siapa yang dapat bagi balik, ‘moment’ istimewa tu..kalau ada gambar, boleh jugak buat kenangan..yang kedua, pasal lawatan anak-anak kecil ke wad ICU..kesian sangat, bila adik-beradik atau anak-beranak tak dapat berziarah..sedangkan ziarah orang yang sakit tu, sangat dituntut dalam Islam.semakin ramai yang melawat, semakin banyak rahmat, semakin pesakit sihat..ramai yang ziarah, pesakit akan gembira..gembira boleh mengubat kesakitan..pasal bab-bab takut kena jangkitan, tentu ada cara-cara atau langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkannya daripada berlaku..kalau bagi sekejap saja, pun tak per..janji dapat lepaskan keinginan pesakit & keluarga untuk bertemu..Alhamdulillah, dengan ihsan Doktor & Jururawat, Abang Luqman pernah berkesempatan beberapa kali menziarahi Soleh di wad ICU..kalau tak dapat, Mama rasa sedih sangat..tapi, kalau berlaku atas pesakit lain lah yang Mama maksudkan..kesian kan, kalau jadi apa-apa, mereka tak sempat bertemu..harap-harap, adalah wakil rakyat yang nak syorkan perkara ini di Parlimen..InsyaAllah..”










Pengurusan Rapi Di Rumah

“..peringkat permulaan, memang kelam kabut & terkial-kial kami berdua..nak mengingat rutin prosedur & bagi ubat pada Muhammad Solehuddin..banyak sangat dokumen nak dirujuk..akhirnya, aku nekad cari jalan penyelesaian..setelah aku ingat-ingat balik, semua yang diajar oleh Doktor & Jururawat, rujuk semua dokumen yang berkaitan & deskripsi ubat..akhirnya, aku dapat sediakan satu Jadual Catatan Harian untuk mudahkan proses penjagaan rapi Muhammad Solehuddin..Alhamdulillah..”






Perbelanjaan Pengurusan Rapi

“..sejak di Hospital lagi, kami diuji..sebelum balik, boleh pulak Infant Sensor mesin Pulse Oxymeter Muhammad Solehuddin rosak..buka balik kotak yang simpan Infant Sensor, memang tak der yang baru..yang tinggal dalam kotak semuanya dah rosak..mujurlah, Hospital nak pinjamkan..kata mereka, kena ganti balik masa TCA akan datang..kami di suruh menghubungi supplier, untuk beli Infant Sensor yang baru..tak sampai 2 hari di rumah, Infant Sensor rosak lagi..call supplier, katanya harga 1 unit RM88..1 kotak RM2000..dalam tu, ada 24 unit..parah-parah, mana nak cari duit beli sekotak..kami beli 2 unit dulu..1 unit, untuk pakai..1 lagi, untuk ganti pada pihak Hospital..supplier tu, datang sendiri hantar ke rumah..kebetulan dia ada mesyuarat di Hospital, singgah hantar sendiri..dia terangkan pada kami, memang Infant Sensor ni jenis ‘disposeable’..tak lama, tahannya..ada yang jenis ‘reuseable’ pun, mahal juga 1 unit RM1000..yang itupun, ada jangka hayat jugak..kalau lasak penggunaan, 2-3 bulan dah rosak..dia cakap, benda-benda ni semua ‘omputih’ cipta..kalau tahan lama, diaorang rugilah..’sakit’ telinga, dengar perkara macam nie..tapi, apa daya kami..terbukti, pakai 2 hari saja, Infant Sensor Disposeable rosak lagi..terpaksalah pakai dulu, yang untuk bagi ganti pada Hospital..seminggu tahan, rosak balik..call lagi, supplier..kami beli 2 unit lagi..2 unit ini pun, tak tahan lama..aduh dah tak mampu nak tahan lagi, kena buat sesuatu..masa bawa Muhammad Solehuddin untuk TCA Rehab, aku singgah kejap Klinik Pakar Pediatrik untuk bertanya..kebetulan, jumpa Sister yang bertanggungjawab untuk pengurusan latihan kami berdua bagi penjagaan rapi Muhammad Solehuddin di rumah..aku cerita masalah Infant Sensor nie..alik-alik, katanya mungkin kami yang tak pandai guna..aku tunjukkanlah, semua Infant Sensor yang ada dalam koleksi simpanan kami..semenjak kat Hospital lagi, banyak unit yang dah rosak..takkan Jururawat pun tak pandai guna..akhirnya, Sister keluar ayat selesai masalah yang tak boleh tahan nak dengar.. “..you all, beli sajalah sekotak..” bisik hati aku, tak perlah kalau Hospital tak dapat nak tolong..biarlah aku usaha sendiri..aku pernah tanya pihak JPA sebelum ini, barang-barang bersifat ‘disposeable’ tak boleh mohon bantuan..aku difahamkan, pihak LZS pun tak dapat bagi bantuan macam nie..jadi, aku nak cuba cari bantuan daripada agensi lain..semoga ada jalannya..mengenangkan perbelanjaan besar Muhammad Solehuddin, kami terpaksa ubah rancangan asal..aku hanya mampu bercuti separuh gaji, 1 bulan sahaja..InsyaAllah, suamiku dah bersedia..kepada Allah swt, kami berserah..semoga semuanya dipermudahkan olehNya..




Ziarah ‘rindu’ Jururawat dari wad ICU

“..minggu ke-2 Muhammad Solehuddin di rumah, dia dapat kunjungan daripada ibu-ibu & kakak-kakak angkat dia di wad ICU, Hospital Serdang..nampak sangat, diaorang betul-betul rindukan dia.. Muhammad Solehuddin nampak seronok sangat..bila diaorang tengok perkembangan Muhammad Solehuddin, diaorang tumpang gembira..satu perkara yang diaorang perasan..dulu, Muhammad Solehuddin tak pandai nak capai-capai barang bila diacukan kepada dia..tapi, sekarang dia dah pandai..paling tak pun, capai bantal ‘bucuk’ dia..Alhamdulillah..biar sekecil mana perkembangan positif Muhammad Solehuddin..cukup besar nilainya, atas semua usaha & pengorbanan yang terpaksa kami lalui..”






Puisi 'Anakku Syurgaku'

Anakku
Sekian lama ibu menantikanmu
Tanggal 9 Julai 2013 lahirlah kamu
Syukur serta bahagia ayah & ibu

Anakku
Saat gembira bertukar duka
Tatkala ibu mendengar berita
Kau berada dalam bahaya

Anakku
Gelora rasa di hati ibu
Hanya Tuhan Yang Maha Tahu
Setiap masa berdoa untukmu

Anakku
Mata ibu kadang tidak mampu
Melihat kesan darah di badanmu
Melihat tiub-tiub memasuki tubuhmu
Terasa longlai & menggigil tubuh ibu

Anakku
Ibu akui kekadang goyahnya rasa
Melihat kau bagaikan terseksa
Lalu terdetik kerelaan di hati
Ibu redha melepaskan kau pergi

Namun,
Terima Kasih mujahid ku
Atas perjuanganmu melawan derita
Tiap ujian berjaya kau laluinya
Lalu ibu titipkan doa
Semoga Tuhan tentukan sahaja
Yang terbaik untuk kita semua

Anakku
Mereka membuat ibu trauma
Membiarkanmu hampir tak bernyawa
Hilang sudah pertimbangan & etika kerja
Marahkan ibu kamu menjadi mangsa

Anakku
Keranamu ibu rela
Perjuangan menentang satu dunia
Demi yang terbaik untukmu pastinya

Anakku
Di bilik keramat itu merekalah Raja
Bicara ibu dikunci belaka
Keadilan dituntut tiada jua
Kata mereka tanda protes sahaja

Anakku
Ayahmu bicara menutup sakitnya rasa
Setiap perbuatan ada pembalasannya
Bukan di Dunia pasti di Akhirat sana

Anakku
Maafkan ibu yang tidak sempurna
Tak dapat menjagamu sepenuh masa
Biar ibu tak disampingmu sentiasa
Ingatan & doa ibu tetap bersama

Anakku
Maafkan ibu atas segala kelemahan
Kasih sayang ibu usahlah disangsikan
Kering sudah air mata untuk dititiskan

Anakku
Ibu teringin sekali
Melihat kau makan & minum
Melihat kau berjalan & bermain
Seperti anak-anak normal di luar sana

Anakku
Ibu teringin sekali
Mendengar kau memanggil ibu ‘Mama’
Derita hati ibu tiapkali memikirkannya

Anakku
Mereka sering bertanya perihalmu
Tak pernah sekali mereka menjengahmu
Menjelas segalanya perit tekak ibu

Anakku
Mereka hujahkan naluri ibu
Mana pergi segala rasa
Pada anak yang tercinta

Anakku
Mereka kata mereka hairan & pelik
Melihat ibu tersenyum & ketawa
Hanya ibu yang tahu peritnya
Derita bertarung dengan jiwa

Anakku
Episod duka silih berganti
Ramai berkata mereka simpati
Belum pasti mereka empati

Anakku
Segala yang berlaku ada hikmahnya
Kini ibu tahu untuk menimbangkan
Menilai erti persaudaraan
Menilai erti persahabatan
Siapa disisi saat menempuhi ujian

Anakku
Rai & sendu mengiringi perpisahanmu
Cukup menyentuh sanubari ibu
Tanpa ibu sedari ramai menyayangimu
Lahirlah kemaafan setulus hati ibu
Catatan duka diari trauma yang berlaku
Biarkan sahaja terpadam seiring waktu

Anakku
501 hari berlalu
Tak sedetik kau menjejakkan kakimu
Ke istana cinta ayah & ibu

Anakku
Syukur, Alhamdulillah
Kini, kita sekeluarga dapat bersama
Biar apa jua ujian & kesusahan
Semoga kita beroleh kejayaan

Anakku
Terpaksa ayah berkorban menjagamu
Demi kelangsungan hidup bersama
Berat kini tanggungjawab ibu
Menyara kehidupan kita sekeluarga

Anakku
Semoga ada sinar menerangi jalan kita
Semoga ada bahagia menanti kita
Semoga segala duka berlalu jua
Tanah Suci Makkah tujunya kita

Anakku
Kau seputih kain tiada dosa
Senyumanmu cukup menenangkan
Kaulah sumber kekuatan
Mengajar ibu erti ketabahan
Menahan segala kesakitan

Anakku
Kau Syurgaku
Kaulah sumber kebahagiaan
Kau memberi segenap harapan
Teristimewa anugerah Tuhan

~Nukilan Hati Mama~
(buat anakku Muhammad Solehuddin)



28.11.14 @ Abang Luqman Berkhatan

“..minta maaf yer, lewat sangat update pasal ni..dia dah masuk sekolah, baru nak update..sibuk sangat, sampai terlupa..”

 “..Alhamdulillah..anak Mama, dah selamat berkhatan..syabas & tahniah, anakku..sekarang, kalau Luqman solat pun dah sah..dah suci..nak jadi Imam, kena ada ilmu dululah yer..”

“..semangat berkobar-kobar dari rumah nak ke Klinik..sedikit gementar pun, tak nampak..sampai sana, ramai pulak budak lepas Khatan yang nangis, tergoyah jugak..Abah kata, macam-macam doa dibaca Luqman..dari luar sampai ke dalam bilik..nangis sikit ler, hero Mama..tapi, tak per..yang penting dah selamat berkhatan..tak jadi kes lari tak nak khatan, sudahlah..minta maaf yer, Mama tak dapat temankan Luqman sama pergi ke klinik..Mama kena jaga adikmu Muhammad Solehuddin, di rumah..yang penting, doa Mama tetap bersama..”

“..bertambah pesakit, kat rumah ni..tapi, gembira..tak sangka, anak Mama boleh disiplin berpantang..dah baik pun & tak berlaku mudharat..syukur, Alhamdulillah..”











2.1.15 @ Hari Orientasi Tahun 1 Abang Luqman

 “..Alhamdulillah..daripada beratus-beratus yang layak menduduki Ujian Penilaian Kemasukan Tahun 1 di SERI ABIM, pada Ogos tahun lalu..Muhammad Luqman Izzuddin antara 216 orang pelajar yang bertuah kerana berjaya terpilih untuk belajar di SERI ABIM..terima kasih Luqman, kerana tidak mengecewakan Mama & Abah..terima kasih, kerana menunaikan hajat kami agar kau dapat diterima belajar di sini..”

“..Hari ini, berlangsungnya Hari Orientasi Pelajar Tahun 1, SERI ABIM..Mama bangga melihat kau begitu bersemangat & gembira menempuhi alam persekolahan yang baru..tak seperti ramai kanak-kanak lain yang kelihatan gementar & menangis..tersentuh hati Mama, melihat kanak-kanak lain datang bersama ibu & ayah mereka..tapi, keluarga kita tak dapat lakukannya..Abah kena jaga adikmu Muhammad Solehuddin di rumah..biarpun Abah tak dapat bersama kita, untuk menyaksikan hari bersejarah ini..tapi, doa Abah lebih bermakna buatmu..pasti kau dapat merasakan kehadirannya di mana sahaja kau berada..”

“..InsyaAllah, biar apapun yang terjadi..Mama & Abah akan cuba memastikan kau menamatkan persekolahan sehingga Tahun 6 di sini, dan seterusnya menyambung persekolahan di peringkat menengah di SEMI ABIM juga..semoga Allah swt memurahkan rezeki kita sekeluarga, agar Mama & Abah dapat menunaikan amanah Allah swt, memberikan yang terbaik untukmu..kecemerlangan Dunia & Akhirat..”

“..Mama & Abah tahu, disebalik hajat kami ini, ada suara sumbang yang berkata “..dah tahu tak mampu, kenapa belajar di sekolah swasta?.." benar, SERI ABIM cita-cita kami dari dulu..tapi, kami ada faktor lain juga..tak perlah, anak..mereka tak faham, masalah keluarga kita..kita tak dapat nak berbelanja di luar kawalan..semuanya dah terbatas & terhad..di sini, Mama tak perlu fikir nak bayar transit, tak perlu fikir nak bayar bas sekolah, tak perlu fikir nak bagi wang saku, tak perlu fikir nak bayar kelas Al-Quran, tak perlu fikir nak bayar Kelas KAFA, tak perlu fikir pasal sekolah pagi + sekolah petang..setiap bulan, Mama hanya perlu fikir ‘sekian’ jumlah..jangan usik ‘jumlah’ tu..kurang sedikit tekanan Mama..tambahan lagi, Mama tak mampu nak bekejar-kejar ke sana sini..Mama terpaksa uruskan kau & adik kau Hafiz seorang diri..Abah terpaksa jaga Muhammad Solehuddin di rumah, sepanjang masa..hanya Allah swt yang tahu, bagaimana Mama akan menghadapi hari-hari yang mendatang dalam keadaan ini kelak.."

“..biar apa kata mereka di luar sana..Mama & Abah akui kekadang memang terasa goyah dalam membuat keputusan ini..terlintas di hati, nak mencuba dulu..tapi, bila Mama dengar taklimat daripada Pengetua, hati Mama kuat semula..Mama rasa tenang & sangat lega..terasa berbaloi, pengorbanan Mama & Abah..kalau Mama & Abah kena ikat perut sekalipun, kami rela..apa yang kamu dapat di sekolah ini, tak ternilai dengan wang ringgit..latihan, praktikal & amalan yang berterusan setiap hari..bacaan Zikrullah, bacaan Al-Mathurat, bacaan Yaasiiin, Hafazan Al-Quran, bacaan Al-Quran bertajwid, pemahaman tafsir Al-Quran, Solat Dhuha, Solat Fardhu berjemaah serta pembentukan sahsiah & ketrampilan diri sebagai seorang Imam..disini, Akademik & Agama tidak terpisah..dinilai dari segi keputusan peperiksaan pelajar Tahun 6 di sekolah ini, menguatkan lagi keyakinan Mama..SPRA, UPSRA & UPSR sangat cemerlang..Alhamdulillah..biarpun hajat arwah Abah Mama datuk kau untuk pastikan Mama habiskan pengajian di Sekolah Menengah Islam AL-ISLAH dahulu, tidak kesampaian kerana faktor kewangan..InsyaAllah, Mama akan pastikan hajatnya tetap terlaksana melalui kau..matlamat memberi penekanan pendidikan agama kepada zuriat keturunannya, InsyaAllah akan diteruskan..Mama anggap lulusnya kau dalam Ujian Penilaian Kemasukan Tahun 1 di SERI ABIM ini juga, sebagai petunjuk & kekuatan daripada Allah swt..Semoga Allah swt permudahkan urusan agama ini..Aamiiin..”

“..Selamat Menuntut Ilmu, anakku..Belajarlah bersungguh-sungguh, demi cita-cita kita sekeluarga melihat kau menjadi seorang Doktor, InsyaAllah..semoga kau menjadi penolong kita sekeluarga di Dunia & Akhirat..semoga kau menjadi contoh & teladan yang terbaik untuk adik-adikmu..Aamiiin..”









24.12.14 @ Soleh Pulang Ke Rumah Semula

 "..selepas hampir 12 hari, Muhammad Solehuddin dimasukkan semula ke wad ICU & selepas selesai menjalani pembedahan 'tracheostomy'..hari ini, Muhammad Solehuddin dibenarkan pulang ke rumah semula.."

"..hati, berbunga-bunga gembira..tapi, kerisauan tetap ada..luka pembedahan Muhammad Solehuddin masih baru..bimbang juga, berlaku apa-apa di rumah..walaupun lewat petang, dapat pengesahan untuk discharge..tetap juga usaha dibawa pulang..bila melihat jalan raya yang sesak dek ramai yang balik kampung, jadi berdebar-debar & resah sepanjang perjalanan..bimbang sangat, oksigen dalam tangki habis @ Muhammad Solehuddin meragam..Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di rumah..malam ni, memang tak tidur lena..tidur-tidur ayam saja..sedikit meragam, pada awalnya..tapi, lama kelamaan Muhammad Solehuddin dah boleh tidur jua..'air-conditioner' memang tak boleh 'off' langsung..kalau tak, Muhammad Solehuddin akan resah..badan dia selalu berpeluh-peluh & panas, lepas makan ubat..tak tahulah, kenapa..mungkin ini, sebahagian daripada kesan ubat..tambah pula, dia dah biasa dengan keadaan Wad ICU yang berhawa dingin..selain itu, tak dinafikan mesin 'ventilator' & 'oxygen concentrator' Muhammad Solehuddin juga mengeluarkan haba panas, kerana perlu dipasang 24 jam..kadang-kadang saja, kami tutup sekejap..sebab nak rehatkan mesin-mesin tu..itupun, masa kami mandikan Muhammad Solehuddin & masa kami buat 'physiotherapy' padanya..sakit, memang sakit nak bayar bil elektrik..beratus-ratus..tapi, lebih kasihan pada Muhammad Solehuddin..Ya Allah, permudahkanlah bagi kami..Aamiiin.."


16.12.14 @ Doa Untuk Soleh


أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ

Artinya: "..Aku memohon pada Allah yang menguasai arasy agar memberi kesihatan dan kesembuhan padamu.."

"..SyafakAllah Ya Muhammad Solehuddin bin Noraaini.."

~Aamiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin~


16.12.14 @ Soleh Menjalani Pembedahan 'Tracheostomy' Semula

"..setelah 3 hari Muhammad Solehuddin dimasukkan semula ke wad ICU Hospital Serdang..hari ini Muhammad Solehuddin perlu menjalani pembedahan semula 'tracheostomy'..ini keputusan yang dibuat, hasil perbincangan Pakar Respiratori (Pediatrik) & Pakar Bedah..berkemungkinan lubang lama hampir tertutup kerana tisu-tisu yang mengembang @ tidak cukup besar selari dengan peningkatan usia Muhammad Solehuddin..minta tolong saudara & rakan-rakan, agar dapat mendoakan pembedahan ini berjalan lancar serta anak kami Muhammad Solehuddin sihat & selamat..Aamiiin.."


13.12.14 @ Soleh Dimasukkan Semula Ke Wad ICU

 "..belum sempat nak update cerita pasal Muhammad Solehuddin sepanjang berada di rumah..tiba-tiba hari ini, Muhammad Solehuddin terpaksa dikejarkan semula dengan ambulans ke Hospital Serdang..hari ni, tracheostomy tube Muhammad Solehuddin tercabut..kami tak berjaya nak masukkan semula..bila sampai Hospital, Doktor pun tak berjaya nak masukkan..terpaksa pihak Hospital memanggil Pakar Bedah..satu pembedahan kecil dibuat, akhirnya tracheostomy tube dengan saiz yg lebih kecil boleh dimasukkan..tetapi menjelang petang, tracheostomy tube yang ini pun tercabut..ketika ini, Muhammad Solehuddin berada di wad ICU menunggu Pakar Bedah datang semula utk melakukan sesuatu..mungkin juga, pembedahan kecil sekali lagi.."

"..insiden hari ini sangat mencemaskan..namun, ada suatu perkara yang bagi aku 'anugerah' terbesar dari Allah..aku tak tahu samaada dari segi perubatan @ perkembangan Muhammad Solehuddin, ianya baik atau tidak..sepanjang Muhammad Solehuddin dilahirkan sehingga kini, hari inilah buat pertama kalinya aku dapat mendengar suara Muhammad Solehuddin menangis dengan kuat seperti kanak-kanak lain..biar perkara ini, hanya berlaku seketika..tetapi, ianya saat yang paling berharga & bermakna dalam hidup aku.."

"..terima kasih kepada SN Fizi yg bersusah payah menolong kami dalam situasi kecemasan hari ini..sanggup bersusah payah datang ke rumah, tolong kami..mujurlah ada Nurse daripada wad ICU yg pernah menjaga Muhammad Solehuddin tinggal berdekatan rumah kami..kebetulan juga, dia belum shift utk masuk kerja..semuanya diatur dengan baik, oleh Allah swt..terima kasih juga pada semua Nurse dari wad ICU yang bergegas datang dari rumah & wad ICU ke wad kecemasan utk memberi bantuan mempercepatkan kes Muhammad Solehuddin.."

"..pada saudara & sahabat sekalian, tolong doakan anak kami Muhammad Solehuddin berada dalam keadaan yang sihat & semuanya dipermudahkan..Aamiiin.."



21.11.14 @ Hari ke-501 di ICU

Salam Perpisahan

“..memang sedih, hari perpisahan Muhammad Solehuddin di Hospital..ramai Jururawat yang menangis, sebab sayangkan Muhammad Solehuddin..tak sanggup nak berpisah dengan dia..bila aku tengok diaorang menangis, hati aku jadi sayu..masa tu, baru terdetik hati aku rasa ingin melupakan ‘kejadian’ yang membuat aku trauma di wad itu..’kejadian’ yang membuat aku ‘dingin’ dengan hampir semua Jururawat di situ..lebih kurang sebulan, aku tak dapat nak bersua dengan Muhammad Solehuddin di wad ICU..hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa itu..aku tak sanggup nak pandang wajah mereka..macam-macam perasaan yang aku rasa..tapi, sejak beberapa bulan ini..bila aku pergi melawat Muhammad Solehuddin, aku dapati banyak perkara yang dah berubah..hati aku, jadi makin sejuk..bila difikirkan semula, tak wajar aku salahkan mereka semua..hanya sebilangan Jururawat, yang berada di wad & membuat ‘tindakan’ seperti ‘hari kejadian’..yang penting, di celah-celah mereka, ada seorang insan yang sangat berhati mulia..yang wajar, untuk aku kenang budi baiknya sampai bila-bila..entahlah, mungkin ‘kejadian’ itu tak sepatutnya pun berlaku..hanya orang yang salah, tempat yang salah, percakapan yang salah, perbuatan yang salah serta pada masa yang salah..disebalik apa yang berlaku, aku sedar begitu besar pengorbanan & beratnya tanggungjawab seorang Jururawat..tak semua orang, boleh berada di tempat mereka..sewajarnya, mereka dihargai..InsyaAllah, semoga masa mengubati hati ibu ini untuk melupakan ‘kejadian’ itu & memaafkan mereka seikhlas hati ku buat selama-lamanya..”

“..aku juga sangat terharu, dengan sambutan Doktor-Doktor..ramai yang sanggup datang ke wad ICU, semata-mata nak ucapkan ‘salam perpisahan’ pada Muhammad Solehuddin..Ketua Jabatan Pediatrik yang sangat comel & baik hati, Dr. Rohaizah..dia lah tempat aku mengadu, selama ini..dah macam ibu sendiri..Pakar Perunding Pediatrik (Rawatan Rapi) Dr. Ani Suraya, yang lemah lembut & cukup memahami..macam tak percaya Pegawai Gred Khas C bertaraf JUSA seperti mereka, bersikap begitu merendah diri..sedangkan sikap yang sebaliknya, kita boleh lihat hampir di kebanyakkan Jabatan dipamerkan oleh pegawai kumpulan lain setaraf mereka..”

Buat semua para Doktor, Jururawat & Kakitangan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang..Terima Kasih banyak-banyak, kerana telah menjaga & merawat Muhammad Solehuddin dengan baik selama ini..”











Kata-Kata Terakhir Pakar

“..sehari sebelum hari perpisahan, kami dapat berjumpa dengan Pakar Respiratori (Pediatrik), Dr Dayang Zuraini yang mengendalikan kes Muhammad Solehuddin..beliau, memang sibuk..namun, tetap dapat meluangkan masa demi kami..banyak kemusykilan kami yang terjawab..banyak nasihat berbaur sokongan moral untuk memberi kekuatan pada kami, dilontarkan..apa yang paling membuat hati aku rasa teringin sangat nak menangis sekuatnya, masa tu..apabila kami bertanya mengenai harapan & alternatif rawatan lain terhadap kes Muhammad Solehuddin..kata Pakar “..minta maaf, Tuan/Puan..saya tak berani nak janji apa-apa..percentage pun, saya tak berani nak bagi..kalau masa kita SCAN baru-baru ini, otak Muhammad Solehuddin tak mengecut, saya mungkin boleh bagi sedikit harapan..tapi, apabila disahkan otaknya mengecut..saya tak berani nak cakap..pasal alternatif rawatan lain tu, tak payahlah..kes Muhammad Solehuddin ni, sangat istimewa..Allah swt pilih Tuan/Puan, untuk terima ujian ini..semuanya ketentuan Dia..dari segi sains memang tak ada apa-apa rawatan/perubatan..Tuan/Puan harus bersedia juga, untuk melihat dia pergi..kerana keadaannya yang begini, amat terdedah kepada pelbagai risiko..tapi, InsyaAllah mungkin Muhammad Solehuddin dapat survive..ada pun, yang dapat survive..jangan risau, yang penting banyak-banyakkan berdoa..InsyaAllah..”