Saturday, 28 February 2015
“..hampir 5 hari, Mama menyepikan diri dari Blog ‘Kisah Soleh’ & Facebook..sepanjang 5 hari ini, ramai yang call/SMS/Whatsapp Mama bertanyakan khabar Soleh & Mama sekeluarga..sebenarnya, sedang berlaku pergolakan besar dalam diri & keluarga Mama sekarang..banyak perkara yang perlu diuruskan serta difikirkan..ketika ini, Mama berasa sangat lemah..Mama sedang mengumpul kekuatan untuk menulis semula di Blog ‘Kisah Soleh’ & Facebook..Mama mohon izin untuk terus menyepi seketika..tolong doakan Soleh sentiasa sihat & kami sekeluarga baik-baik sahaja..”
“..di kesempatan ini, Mama ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara & sahabat yang telah menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga..kami amat menghargai apa sahaja bantuan baik dari segi kewangan, masa, tenaga, nasihat, idea serta usaha memanjangkan entri Blog ‘Kisah Soleh’, Blog ‘Tone Excel Noraaini’ & Facebook Mama kepada teman-teman yang lain..bagi kami, ini sedeqah daripada kalian..kami doakan semoga Allah swt membalas budi baik, memurahkan rezeki & merahmati kalian sekeluarga..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment