Thursday, 19 February 2015

Bil Elektrik Yang Meresahkan

“..bulan lepas, bil elektrik tinggi sangat..kami sekeluarga, memang terkejut..dahulu, bil penggunaan elektrik kami biasanya lebih kurang RM40-50 sahaja..paling tinggi pun, lebih kurang RM60..walaupun, kami dah dimaklumkan oleh pihak Hospital sebelum ini bahawa bil elektrik bagi penggunaan semua kelengkapan/mesin memang akan tinggi & kami sepatutnya bersedia..tapi, perasaan terkejut ini tidak dapat diketepikan..Mama memang tak mampu nak bayar bil elektrik ini..Mama cuma mampu berharap, ada rezeki yang tidak disangka-sangka atau ada rezeki lebih untuk Mama selesaikan bil elektrik ini..dalam masa yang sama, Mama ambil keputusan untuk kurangkan penggunaan ‘air-conditioner’ dengan harapan bil elektrik akan lebih rendah..walaupun, Mama tahu keadaan Soleh tidak mengizinkan..tapi, Mama tak berdaya..Mama terpaksa menahan perasaan, setiapkali melihat Soleh tergaru-garu apabila kulitnya gatal & kembali berbintik merah serta badannya berpeluh-peluh..puas sudah Mama sapu krim yang Hospital bagi iaitu 'hydro-cort'..tak jalan, juga..ada kawan suruh sapukan, minyak kelapa dara..itupun, Mama dah ikhtiar belikan..banyak kali dah sapu, masih macam itu..sehinggalah, Mama akur kembali menggunakan ‘air-conditioner’ apabila mata Mama tak sanggup lagi melihat deritanya..bulan ini, bil elektrik kurang sedikit berbanding bulan lepas..Mama tak mampu nak menarik nafas lega, sebab Mama kesiankan Soleh..walaupun bil elektrik lebih rendah, namun ianya masih di luar kemampuan Mama..Mama berdoa, semoga Allah swt memberi pertolonganNya & menunjukkan jalan yang terbaik bagi Mama menyelesaikan masalah ini..sesungguhnya, hati Mama sangat resah dengan bil elektrik yang parah..”










0 comments :

Post a Comment