Friday, 17 April 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam Pagi Jumaat
27 Jamadil Akhir 1436H,
17 April 2015
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya الله Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman..
Ya الله tanamkanlah ke dalam hati kami sifat amanah, bertanggungjawab dan taat mengerjakan suruhan Mu dan sentiasa menjauhi laranganMu..
Ya الله bantulah kami mengharungi cabaran Mu hari ini..
Ya الله janganlah biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang Engkau telah berikan..
Ya الله janganlah pula Engkau biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan..
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, angkatlah penyakit mereka Ya الله , berikanlah kesembuhan untuk mereka kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeqi, mudahkanlah dan bukalah jalan rezeqi mereka Ya الله kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeqi..
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih dalam menerima dan menghadapi ujianMu, kuatkanlah mereka untuk mampu bertahan dan bersabar dan hiburlah mereka dengan penuh kurnia-Mu..
Ya الله jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami memohon agar bersihkan dan sucikanlah hati mereka Ya الله ..
Ya الله jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa disakiti dan didzhalimi kerana kesalahan kami yang disengajakan atau pun yang tidak disengajakan, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.ْ.
َYa الله kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak kami, pasangan kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada..
Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya..
Segala puji-pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment