Thursday, 5 March 2015
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ
Artinya : “..Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan 'Arashy Yang Agung agar memberi kesembuhan & kesihatan kepadamu..”
“..SyafakAllah, Ya Muhammad Solehuddin bin Noraaini..”
~Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin~
“..mujahid kecil yang dilahirkan secara pembedahan pada 9 Julai 2013, dengan berat 2.35kg di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi..diberitakan normal & sihat pada awal kelahirannya..namun, tiba-tiba bertukar kepada kejadian beberapa kali berhenti nafas & akhirnya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Hospital Ampang dek kerana tiada kekosongan di Hospital Serdang/ Kajang/ Putrajaya..selepas hampir 4 bulan berulang alik dari Bangi ke Ampang & merayu, akhirnya Muhammad Solehuddin dapat dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Hospital Serdang..semenjak dilahirkan sehingga memasuki usia 501 hari tinggal & dirawat di Hospital, akhirnya Muhammad Solehuddin dibenarkan pulang ke rumah dengan penjagaan rapi sepenuhnya..”
“..selepas melalui pelbagai ujian serta diagnosis seperti ujian darah, air tulang belakang, x-ray dan MRI yang menunjukkan daripada segi struktur segalanya normal, rujukan kepada Pakar Pediatrik, Pakar Neurologi (Pediatrik) & Pakar Respiratori (Pediatrik) serta contoh-contoh kes di beberapa negara lain, akhirnya Muhammad Solehuddin disahkan mengalami ‘Congenital Central Hypoventilation Syndrome’..sejenis penyakit fungsi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan menunjukkan symptom-symptomnya sahaja..yang boleh juga disimpulkan sebagai masalah kawalan saraf, dimana tidak dapat menghantar ‘signal’ yang cukup kuat kepada otaknya untuk bernafas..dalam erti kata lain yang lebih mudah, ini ‘fitrah’ kejadian Muhammad Solehuddin..penyakit yang sangat jarang berlaku di Malaysia..”
“..dari segi sains perubatan moden, tiada apa-apa ubat/ rawatan/ pembedahan yang boleh dibuat bagi merawat penyakitnya..sehubungan itu, hanya sokongan rawatan/ penjagaan dapat diberikan..Muhammad Solehuddin telah menjalani pembedahan bagi mewujudkan salur pernafasan melalui tiub trakea dan kini bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan (ventilator) serta memerlukan penjagaan rapi..”
“..ujian MRI kali kedua yang dijalankan pada September 2014, mengesan otaknya semakin mengecut yang sekaligus boleh mengganggu perkembangan fizikal & mentalnya..keadaan ini mungkin oleh kerana dia terlalu lama terlantar di Hospital serta bergantung kepada mesin bantuan pernafasan (ventilator)..”
"..pada peringkat awal, selain 'Congenital Central Hypoventilation Syndrome', Muhammad Solehuddin juga dikesan mempunyai beberapa masalah kesihatan lain iaitu 'Presumed GERD', 'Global Developmental Delay' & 'TRO Hirshprungs Disease'..hasil ujian & temujanji susulan beberapa Klinik Pakar kini mengesan Muhammad Solehuddin juga turut mempunyai masalah penglihatan pada mata kiri kerana otot mata yang lemah serta kelopak mata yang jatuh, masalah pendengaran yang berada pada tahap sedikit & masalah postur kaki serta badan.."
".di usia hampir 2 tahun, Muhammad Solehuddin masih lagi belum boleh makan, minum, bercakap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan, bermain atau berinteraksi dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain seusianya..Muhammad Solehuddin perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital bagi menjalani terapi pemulihan di Klinik 'Occupational Therapy', Klinik 'Physiotherapy', Klinik 'Speech Therapy' serta temujanji susulan bagi pemantauan perkembangan kesihatannya di Klinik Pakar Rehabilitasi, Klinik Pakar Pediatrik, Klinik Pakar ENT & Klinik Pakar Oftalmology, Hospital Serdang.."
(dikemaskini pada 8 Jun 2015)
sekiranya keadaan Muhammad Solehuddin semakin stabil & kewangan kami mengizinkan, InsyaAllah kami berhasrat untuk mendapatkan rawatan/ perubatan alternatif bagi membantu perkembangannya..kami percaya dengan janji Allah swt..setiap penyakit, ada ubatnya..yang penting, usaha, doa & tawakkal..semoga Allah swt mempermudahkan urusan, menunjukkan jalan & memberkati segala ikhtiar kami
Cadangan Rawatan/ Perubatan Alternatif
Perubatan Islam
Perubatan Homeopathy
Perubatan Tradisional
Rawatan Tulang Belakang
Home Physiotheraphy
Stimulatheraphy
Lain-Lain
kami juga sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana individu, agensi atau pusat rawatan yang ikhlas ingin mencuba memberi rawatan dengan kepakaran/ ilmu pengetahuan masing-masing sebagai usaha merawat penyakit Muhammad Solehuddin