Saturday 28 February 2015

Izinkan Mama Menyepi

“..hampir 5 hari, Mama menyepikan diri dari Blog ‘Kisah Soleh’ & Facebook..sepanjang 5 hari ini, ramai yang call/SMS/Whatsapp Mama bertanyakan khabar Soleh & Mama sekeluarga..sebenarnya, sedang berlaku pergolakan besar dalam diri & keluarga Mama sekarang..banyak perkara yang perlu diuruskan serta difikirkan..ketika ini, Mama berasa sangat lemah..Mama sedang mengumpul kekuatan untuk menulis semula di Blog ‘Kisah Soleh’ & Facebook..Mama mohon izin untuk terus menyepi seketika..tolong doakan Soleh sentiasa sihat & kami sekeluarga baik-baik sahaja..”

“..di kesempatan ini, Mama ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara & sahabat yang telah menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga..kami amat menghargai apa sahaja bantuan baik dari segi kewangan, masa, tenaga, nasihat, idea serta usaha memanjangkan entri Blog ‘Kisah Soleh’, Blog ‘Tone Excel Noraaini’ & Facebook Mama kepada teman-teman yang lain..bagi kami, ini sedeqah daripada kalian..kami doakan semoga Allah swt membalas budi baik, memurahkan rezeki & merahmati kalian sekeluarga..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”






Monday 23 February 2015

Jualan Kecemasan

“..kadang-kadang, rasa nak lari daripada kesulitan..tapi, kesulitan pula tak nak lari dari Mama..semalam, Infant Sensor yang Mama beli pada 2 minggu lepas rosak lagi..Mama dah tak der ikhtiar lain..tambah berat, stok barang-barang ‘disposeable’ Muhammad Solehuddin pun dah nak habis..paling kritikal, ‘suction catheter’ & ‘feeding tube’..cukup untuk 2-3 hari sahaja lagi..nak tak nak, Mama kena beli juga..jadi, Mama ambil keputusan untuk jual barang rumah yang tak penting atau tidak diperlukan lagi buat masa sekarang..”

“..kebetulan, Mama dengar sekarang ni musim panas..Mama teringat ‘air-cooler’ yang Mama beli beberapa bulan sebelum kami terpaksa buat keputusan untuk beli second-hand ‘air-conditioner’ kerana keadaan Soleh yang selalu berpeluh kuat selepas makan ubat & kulitnya yang sensitive..”

Mama nak jual ‘Air-Cooler’

CIRI-CIRI

- MODEL UMS UAC-LO8R
- 3 FAN SPEED
- 7.5 HOUR TIMER
- NATURAL, SLEEPING & STANDARD MODE
- WITH BRAKE WHEEL & REMOTE CONTROL
- WIDE ANGEL OSCILATION

KEADAAN

- GUNA 2 BULAN SAHAJA
- CANTIK & TAK CALAR
- BERFUNGSI DENGAN SANGAT BAIK
- KOTAK MASIH SIMPAN

HUBUNGI

Call/ SMS/ Whatsapp -
012-3065085 (Noraaini)

“..kena ambil sendiri di rumah Mama di Bandar Baru Bangi, yer..Mama tak dapat nak hantar atau kurierkan..sebab kos..jangan risau, pasal harga..boleh dibincangkan..Mama bukan berniaga, nak cari keuntungan..InsyaAllah, dapat lepas 2 unit Infant Sensor dan barang-barang ‘disposeable’ Soleh sahaja pun, dah syukur Alhamdulillah.."














Friday 20 February 2015

Tone Excel Bersama Noraaini Saaidin

BISMILLAHHIROHMANIRROHIIM


"..ALHAMDULILLAH..setelah sekian lama Mama berusaha mengkaji, mengumpul material & maklumat berkenaan perniagaan yang telah Mama & Abah sertai hampir 2 bulan..akhirnya, hari ini dengan rasminya..Mama ingin berkongsi Blog ‘Tone Excel Bersama Noraaini Saaidin’ yang InsyaAllah lengkap & memberi kemudahan rujukan kepada mereka yang berminat menyertai Mama dalam perniagaan ini..perkara yang baik, biarlah dikongsi bersama..sama-sama kita tolong-menolong memperbaiki taraf kehidupan masing-masing..berusahalah untuk mencari rezeki yang halal demi keluarga yang tercinta..dengan mengambil iktibar daripada riwayat yang ada menyatakan : sesungguhnya 9/10 daripada rezeki itu, ada dalam perniagaan..semoga kita semua berjaya..InsyaAllah..”


7 sebab Mama memilih Perniagaan 'Tone Excel'

- Mudah
- Modal Kecil
- Pulangan Bulanan
- Syarikat Kukuh
- Adil, Bersih & Telus
- Pendapatan Pasif & Berterusan
- Santai & Sambilan


Kepada semua rakan-rakan yang berminat untuk menyertai Mama dalam perniagaan ini,


Call/ SMS/ Whatsapp
012-3065085


Kata-kata Hikmah Prof. Dr Hamka :

“..Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba..datang tidak menentu masa..datang di saat kita kesempitan atau kesusahan..Nilailah peluang itu secara bijaksana..rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba..Jangan jadikan seribu alasan untuk TIDAK merebut peluang yang besar itu..”




Ulangtahun Kelahiran ke-7 Abang Luqman

"..Alhamdulillah..19 Februari 2015, Abang Luqman telah berusia 7 tahun..maaf, Abang Luqman..tahun ini, tak der kek sebiji & sambutan bersama rakan-rakan..hanya beberapa potong kek ini sahaja, yang dapat Mama & Abah berikan..ikhlas, tanda ingatan serta kasih kami..semoga Abang Luqman dimurahkan rezeki, diberkati umur, menjadi anak yang soleh serta berjaya di Dunia & Akhirat..Aamiiin.."











Thursday 19 February 2015

Bil Elektrik Yang Meresahkan

“..bulan lepas, bil elektrik tinggi sangat..kami sekeluarga, memang terkejut..dahulu, bil penggunaan elektrik kami biasanya lebih kurang RM40-50 sahaja..paling tinggi pun, lebih kurang RM60..walaupun, kami dah dimaklumkan oleh pihak Hospital sebelum ini bahawa bil elektrik bagi penggunaan semua kelengkapan/mesin memang akan tinggi & kami sepatutnya bersedia..tapi, perasaan terkejut ini tidak dapat diketepikan..Mama memang tak mampu nak bayar bil elektrik ini..Mama cuma mampu berharap, ada rezeki yang tidak disangka-sangka atau ada rezeki lebih untuk Mama selesaikan bil elektrik ini..dalam masa yang sama, Mama ambil keputusan untuk kurangkan penggunaan ‘air-conditioner’ dengan harapan bil elektrik akan lebih rendah..walaupun, Mama tahu keadaan Soleh tidak mengizinkan..tapi, Mama tak berdaya..Mama terpaksa menahan perasaan, setiapkali melihat Soleh tergaru-garu apabila kulitnya gatal & kembali berbintik merah serta badannya berpeluh-peluh..puas sudah Mama sapu krim yang Hospital bagi iaitu 'hydro-cort'..tak jalan, juga..ada kawan suruh sapukan, minyak kelapa dara..itupun, Mama dah ikhtiar belikan..banyak kali dah sapu, masih macam itu..sehinggalah, Mama akur kembali menggunakan ‘air-conditioner’ apabila mata Mama tak sanggup lagi melihat deritanya..bulan ini, bil elektrik kurang sedikit berbanding bulan lepas..Mama tak mampu nak menarik nafas lega, sebab Mama kesiankan Soleh..walaupun bil elektrik lebih rendah, namun ianya masih di luar kemampuan Mama..Mama berdoa, semoga Allah swt memberi pertolonganNya & menunjukkan jalan yang terbaik bagi Mama menyelesaikan masalah ini..sesungguhnya, hati Mama sangat resah dengan bil elektrik yang parah..”










Friday 13 February 2015

Adik Hafiz Demam

"..sejak semalam, Adik Hafiz demam..belum reda..selsema & batuk, pun ada..asyik merengek, tidur kejap-kejap saja..susu pun, tak nak minum sgt..1oz - 2oz jer..itupun, muntah balik..dah bawa ke Klinik, pagi ni..Doktor tak boleh nk bagi ubat lain, selain ubat Demam..sebab, Adik Hafiz baru berumur 5 bulan..Doktor suruh kerap mandi/ lap badan, kalau badan panas sgt..susahnyer, hati Mama..selalunya, Adik Hafiz suka senyum, ketawa & aktif bermain..sangat rindukan, Adik Hafiz yang ceria..semoga Allah swt, beri kesembuhan & afiat pada Adik Hafiz..SyafakAllah, Ya Muhammad Hafizuddin bin Noraaini..Aamiiin.."









Monday 9 February 2015